Masak lemak cili api antara masakan yang paling mudah untuk dihasilkan. Bahan-bahan yang diperlukan tidak renyah dan sangat ringkas. Kalau makan bersama nasi panas mesti membangkitkan selera.
Ikuti perkongsian resipi yang sangat menarik ini. Jantung pisang digandingkan bersama pucuk ubi kayu bagaikan match made in heaven, sedap sangat!
BAHAN-BAHAN
Ads
Jantung Pisang
Pucuk Ubi Kayu
Cili Padi (ditumbuk)
Kunyit Hidup (ditumbuk)
Ikan Bilis
Asam Keping
1 ½ Biji Kelapa Parut (Perah dan ambil pati santan sahaja)
Garam
CARA MEMASAK
Masukkan santan, ikan bilis, cili padi, kunyit hidup ke dalam kuali. Masak sehingga mendidih
Masukkan jantung pisang dan biarkan sehingga lembut.
Kemudian masukkan pucuk ibu kayu dan kacau selama beberapa minit.
Perasakan dengan garam secukupnya. Siap untuk dihidang.
Resipi ini sangat sesuai dimakan bersama ikan goreng garing atau ikan masin.
Ads
Untuk pemilihan jantung pisang, lebih enak jika menggunakan jantung dari pisang nipah kerana rasanya yang tidak pahit dan tidak kelat.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
U Mobile merancang untuk mendominasi pasaran telekomunikasi lain di Malaysia pada tahun 2026 dengan melancarkan portfolio pelan ULTRA5G merangkumi prabayar, pascabayar dan perusahaan.
Pelan terbaru ini membolehkan pengguna mendapat kelebihan data yang lebih besar, kelajuan lebih tinggi, keselamatan dipertingkatkan serta kebolehpercayaan rangkaian. Semuanya selari dengan keperluan pengguna masa kini yang bergantung kepada penggunaan internet dalam kehidupan seharian.
Pelan Yang Menyokong Cara Pengguna Di Malaysia Berhubung
Ketua Pengawai Perniagaan Konsumer U Mobile, Navin Manian ketika ditemui di majlis pelancaran berkata, pengguna di Malaysia kini mengutamakan kelajuan dan kuota data yang lebih besar berbanding sebelum ini.
Pengguna juga mahukan ketersambungan (connectivity) walaupun di lokasi berkepadatan tinggi seperti stadium sewaktu kejohanan sukan atau konsert, hab pengangkutan, institusi akademik dan kawasan komersil.
Dengan ULTRA5F Priority Pass, pengguna hanya perlu mengaktifkan akses rangkaian berkeutamaan semasa tempoh sesak.
Berikut merupakan antara kelebihan pelan ULTRA5G dari aspek kelajuan.
Pelan prabayar menawarkan kelajuan sehingga 100 kali ganda lebih pantas tanpa had kelajuan.
Pek SIM ULTRA Prabayar serba baharu hadir dengan Data Kelajuan Tanpa Had, Panggilan Tanpa Had dan Hotspot Percuma Pada Harga Serendah RM10.
Pelan Data ULTRA Prabayar kini menawarkan sehingga 500GB kuota data pada kelajuan tanpa, bermula RM28.
Manakala, Pelan pascabayar menawarkan sehingga 1000GB kuota data.
Pelan ULTRA Family 128 pula disertakan dengan empat talian boleh kongsi, 1000GB data boleh kongsi di samping beberapa lagi kelebihan lain.
Seiring dengan lambakan kes ancaman siber dan penipuan dalam talian juga, U Mobile kini turut lebih mengutamakan faktor keselamatan pengguna.
Pelan yang dilengkapi dengan perlindungan keselamatan ULTRA terbina dalam terhadap SMS pancingan data (phishing), panggilan suara penipuan dan laman web berisiko.
Perlindungan lanjutan berbayar terhadap kecurian identiti, virus dan perisian hasad (malware) serta perlindungan insurans penipuan siber.
Pelan Khas Untuk Peniaga Di Malaysia
Selain pelan prabayar ULTRA5G dan pelan pascabayar ULTRA5G oleh U Mobile ini, turut tersedia adalah pelan ULTRA Business ULTRA5G baharu yang lengkap dengan penawaran keutamaan rangkaian khusus pertama dalam industri, ULTRA5G Reserve.
Menerusi pelan ini, data perusahaan peniaga diberi keutamaan berbanding trafik rangkaian biasa sehingga prestasi empat kali ganda lebih baik.
Berikan Ketenangan Fikiran Dengan Pelan Berprestasi Tinggi
Tambah Navin Manian lagi, dengan rangkaian 5G U Mobile baharu yang dipacu kecerdasan buatan (Artificial Intelligence), pelan prabayar dan pascabayarnya kini berada pada kelas terbaik mengikut keperluan sebenar pengguna.
Masing-masing kini boleh menikmati kelebihan kelajuan yang lebih pantas dengan kuota data yang lebih besar. Tambahan pula, pengguna turut memperoleh ‘ketenangan fikiran’ apabila aspek keselamatan yang dipertingkatkan daripada ancaman siber dan penipuan.
*
Are you not convinced enough with the offers?
Jangan risau, U Mobile menawarkan korang pengalaman ULTRA5G menerusi percubaan percuma selama tujuh hari merangkumi 10GB data 5G ultra laju dan panggilan percuma ke semua rangkaian bagi peranti yang menyokong eSIM.
Cuba, jangan tak cuba!
FOTO: U Mobile
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Peletakan jawatan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berlaku hari ini mendatangkan satu perasaan de javu yang dirasai oleh rakyat.
Ini memandangkan Malaysia baru saja berdepan senario yang seakan sama pada awal tahun lalu.
Jika pada tahun 2020, Tun Dr Mahathir menjadi individu yang melepaskan jawatan tersebut. Kali ini, giliran pengganti posisi kerusi panas itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula melakukan perkara sama.
Pretty similar situations with pretty similar characters involved, if you ask us. Tun Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin masing-masing dilantik sebagai Perdana Menteri sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri baharu.
Cuma, bezanya adalah penggunaan istilah yang digunakan.
Sekiranya Tun Dr Mahathir menggunakan gelaran Perdana Menteri Interim, Tan Sri Muhyiddin pula memilih gelaran Perdana Menteri Caretaker. Adakah kedua-duanya jauh berbeza?
Sumber Foto : Facebook Dr Mahathir Mohammad
Seingat penulis, semasa ‘interim’ diperkenalkan pada tahun lalu, ramai mendakwa istilah itu tidak pernah wujud dalam Perlembagaan Persekutuan dan sistem perundangan Malaysia.
Malah, ada yang berkata ‘interim’ bukanlah istilah yang tepat untuk digunakan pada waktu itu kerana peletakan jawatan oleh Perdana Menteri tidak berlaku akibat situasi kekecohan atau darurat dalam negara atau kepada diri beliau. Ia berlaku di atas kehendak Perdana Menteri itu sendiri.
Apapun, sebagai seorang Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir memangku tugasan sebagai Timbalan Perdana Menteri (kerana Kabinet termasuk Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Wan Azizah telah menyerahkan surat peletakan jawatan), tugas para menteri, timbalan menteri dan setiausaha politik.
Sementara itu, istilah ‘Perdana Menteri Caretaker’ yang digunakan Tan Sri Muhyiddin Yassin pula kata pakar merujuk kepada perlaksanaan tugas oleh beliau berdasarkan nasihat YDP Agong dan Peguam Negara. Seorang Perdana Menteri Caretaker mempunyai keterbatasan kuasa tanpa mempunyai jemaah menteri atau kerajaan bersamanya. Ini bermaksud, beliau tidak boleh meluluskan peruntukan kewangan besar dan tidak boleh membuat keputusan utama untuk Malaysia.
Kata Perdana Menteri kelapan Malaysia itu pada sebelah petang tadi, beliau tidak lagi perlu ke pejabat milik Perdana Menteri untuk melaksanakan tugasnya ituu. Beliau akan berkhidmat untuk menasihati YDP Agong sekiranya baginda memanggilnya menghadap.
*
Kesimpulannya, penggunaan istilah Interim dan Caretaker ini pada asasnya adalah sama saja.
Sebagai jawatan yang bersifat sementara, ia tidak sama sekali menyerupai kuasa seperti Perdana Menteri biasa yang dilantik mengikut Perkara 43(2)(b) dalam Perlembagaan.
Sebaliknya, seorang Perdana Menteri ‘Interim’ atau ‘Caretaker’ dilantik mengikut kuasa YDP Agong secara umum mengikut Perkara 32(1) dan Perkara 39 untuk menguruskan pentadbiran negara dan melancarkan proses pelantikan Perdana Menteri baharu sementara menunggu tarikh tersebut.
Selepas legenda bola sepak dunia, Lionel Messi mengumumkan persaraan beliau daripada pentas antarabangsa, bekas kapten England, David Beckham menyifatkan legasi pemain Argentina berkenaan sebagai sesuatu yang akan terus dikenang dalam sejarah bola sepak dunia.
Menerusi sebuah perkongsian di Instagram, David Beckham atau nama penuh beliau Sir David Robert Joseph Beckham (51) berkata, perjalanan Messi bersama Argentina menjadi satu kisah luar biasa yang wajar dihargai selepas segala pencapaian yang diraih sepanjang kariernya.
“Inilah masanya untuk kita menoleh ke belakang dan menyedari betapa bertuahnya kita kerana dapat menyaksikan kehebatan seorang kanak-kanak yang mempunyai impian,” kata Beckham.
Bekas pemain Manchester United dan Real Madrid itu turut menganggap Messi sebagai figura yang bukan sahaja membanggakan keluarga dan negaranya, malah menjadi contoh kepada jutaan kanak-kanak di seluruh dunia menerusi kepimpinan serta sikapnya di dalam dan luar padang.
Messi (39), menutup perjalanan panjangnya bersama skuad kebangsaan Argentina dengan 207 penampilan dan 125 gol, selain memainkan peranan penting dalam kejayaan negara itu menjuarai Piala Dunia 2022 di Qatar.
“Leo, kamu menghadiahkan hadiah terhebat kepada negara kamu dan atas sebab itu, legasi anda akan kekal selamanya. Tahniah atas segala yang telah anda capai bersama Argentina,” ujar Beckham.
Kejayaan Messi bersama Argentina turut melengkapkan reputasinya sebagai antara pemain terhebat dalam sejarah bola sepak, khususnya selepas beliau membantu negaranya meraih kejayaan di pentas antarabangsa selepas bertahun-tahun menjadi tonggak utama pasukan.
Untuk info, Beckham mempunyai hubungan yang lebih dekat dengan Messi dalam beberapa tahun kebelakangan ini apabila beliau bukan sahaja pernah berdepan dengan bintang berkenaan sebagai pemain, malah kini menjadi sebahagian daripada pemilikan Inter Miami, kelab yang diwakili Messi.
Dalam pada itu, penghormatan tersebut sekali lagi memperlihatkan bagaimana perjalanan Messi daripada seorang kanak-kanak yang mengejar impian akhirnya berkembang menjadi legasi yang memberi inspirasi kepada generasi baharu bola sepak.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!