Agak kerap sebenarnya bila di dalam surau kita akan terganggu dengan suara orang berborak-borak sesama rakan mereka selepas habis solat. Ada saja cerita dikongsi, dari kisah beli baju apa. Nak makan apa, kisah anak dan pelbagai kisah lain. Sambil pakai tudung, sambil tu la mulut tak henti-henti diselang seli dengan ketawa bagai.

Di sebalik isu ini, Remaja menemuramah Ustaz Mk Azman mengenai hukum berborak dalam surau atau masjid sehingga mengganggu tumpuan jemaah lain untuk beribadah.

“Masa Nak Pakai Tudung, Time Tu Kau Chit Chat Dalam Surau”? Ini Hukum Bila Suara Ganggu  Orang Lain  Nak Solat

Apa hukumnya?

IKLAN

Menurut Ustaz Mk Azman, hukumnya adalah BERDOSA.

Bila kita berbual-bual hal dunia sehingga mengakibatkan tumpuan jemaah lain hendak bersolat, kita adalah manusia yang berdosa.

IKLAN

“Ini kerana kita dilarang bercakap soal dunia di dalam masjid atau surau kerana di dalam rumah Allah ini, kita hanya digalakkan beribadah sahaja. Kalau hendak berborak hal dunia, kita harus keluar dengan segera dari ruang solat tersebut. Ruang solat adalah tempat untuk bersolat di mana orang lain mencari kekusyukan dari Allah dan bukannya bercakap soal dunia.

“Baca Quran dengan kuat dan masa yang sama orang hendak sembahyang pun dikira berdosa kerana mengganggu tumpuan orang apatah lagi berborak hal dunia. Baca Quran itu pahala tetapi jika sampai mengganggu orang lain sudah dikira berdosa.

IKLAN

“Apa tah lagi kita hendak bercakap-cakap soal dunia yang lain. Dunia Allah ini luas dan kita digalakkan untuk berborak mengenainya tetapi bukan di dalam masjid atau surau,” katanya menjelaskan tindakan berborak itu seperti menghilangkan i’zzah atau kemuliaan rumah suci Allah.

Dalam pada itu, Ustaz Mk Azman menjelaskan, perbuatan berborak dan bakal mengganggu tumpuan jemaah lain untuk bersolat perlu dihentikan serta merta.
Ditanya bagaimana untuk menegur orang yang sedang berborak dan masa yang sama tidak menyakitkan hati mereka, Ustaz Mk Azman menjelaskan cukuplah dengan mengangkat tangan ke bibir, tanda kita mahu mereka berhenti berborak.

“Jangan sampai terkeluar perkataan yang boleh menyakitkan hati orang lain hanya kerana kita hendak menegur perbuatannya itu,” katanya.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI