Pelakon Marissa Yasmin mengakui ia bukan perkara mudah untuknya melakonkan adegan menjadi imam solat kepada jemaah lelaki dalam drama bersiri Walid, memandangkan situasi itu bertentangan dengan ajaran Islam.

Menurut Marissa, persediaan mental adalah kunci sebelum menjayakan babak berkenaan. Antaranya termasuk mendapatkan pandangan beberapa ustaz dan memperbanyakkan istighfar sebelum penggambaran dijalankan.

“Sebelum melakonkan babak menjadi imam, pada malam sebelumnya saya memohon maaf kepada Allah. Dalam doa saya jelaskan bahawa niat saya bukan untuk memesongkan akidah, sebaliknya hanya melakonkan watak bagi menyampaikan mesej.

Marissa Yasmin Kongsi Cabaran Melakonkan Babak Imam Wanita Dalam Drama ‘Walid’

“Saya juga berasa bimbang sekiranya perkara yang kelihatan menyimpang itu memberi kesan kepada diri saya. Jadi sebelum penggambaran, saya akan banyak beristighfar dan berdoa agar diberikan kekuatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis Viu Together Gather dan Iftar di ibu negara baru-baru ini.

Ads

Selain itu, bagi watak Ummi Hafizah yang digambarkan telah terpesong akidah, Marissa juga mendapatkan pandangan pakar agama bagi memastikan mesej yang ingin disampaikan dapat memberi pengajaran kepada masyarakat.

“Selain itu, saya juga mendapatkan pandangan beberapa ustaz. Sebenarnya mesej yang cuba disampaikan adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat.

“Kita mahu penonton faham bahawa perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku dan masyarakat perlu lebih peka apabila berdepan situasi sebegitu,” ujarnya.

Marissa Yasmin Kongsi Cabaran Melakonkan Babak Imam Wanita Dalam Drama ‘Walid’

Marissa tidak menafikan bahawa dia sudah menjangka akan menerima kecaman daripada segelintir pihak susulan watak tersebut, termasuk tuduhan cuba memesongkan akidah.

“Mengenai babak menjadi imam itu, saya memang sudah bersedia menerima kecaman. Sudah tentu saya dihentam kerana ada yang melabel saya cuba memesongkan umat Islam.

Ads

“Namun satu perkara yang pasti, tujuan saya melakonkan babak itu bukanlah untuk memesongkan akidah mana-mana pihak. Sebaliknya ia bertujuan membuka mata masyarakat. Hakikatnya, perkara seperti itu pernah berlaku di tempat lain apabila seorang wanita menjadi imam dan di belakangnya terdapat lelaki serta perempuan yang mengikut solat.

Marissa Yasmin Kongsi Cabaran Melakonkan Babak Imam Wanita Dalam Drama ‘Walid’

Ads

“Niat saya hanyalah untuk memberi kesedaran kepada penonton. Jika perkara seperti imam wanita berlaku, masyarakat perlu lebih peka kerana dalam Islam memang tidak ada konsep wanita menjadi imam kepada lelaki,” jelasnya lagi.

Drama Walid merupakan sekuel kepada drama bersiri Bidaah yang pernah mencetuskan fenomena, mengisahkan perjalanan hidup Walid lakonan Faizal Hussein, bekas pemimpin ajaran sesat Jihad Ummah yang melarikan diri daripada pihak berkuasa. Drama ini mula ditayangkan minggu lalu dan turut menampilkan barisan pelakon lain seperti A. Tamimi Siregar, Aqasha, serta pelakon Indonesia, Olla Ramlan.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads