Kekeluargaan

Marissa Dania ‘Unfollow’ Ibu Bapa Di Instagram, Teruskan Hidup Seperti Biasa

Share

Nama anak perempuan kepada Norman Hakim dan Abby Abadi, Marissa Dania kecoh menjadi bualan warganet pada minggu ini.

Ia setelah Marissa, 19 didakwa kononnya telah melangsungkan pernikahan bersama jejaka bernama Aslam, 25 di Songkhla Thailand, Marissa Dania tanpa pengetahuan keluarga serta isteri pertama Aslam yang dikenali sebagai Misya Mazlan.

Biarpun dihambat dengan pelbagai pandangan warganet terhadapnya, Marissa selesa meneruskan kehidupan seperti biasa.

Marissa Dania

Tugas sebagai pempengaruh bagi beberapa jenama masih diteruskannya menerusi platform Instagram seperti biasa. Cuma ada sesuatu berbeza yang menarik perhatian REMAJA.

Meninjau di bahagian following akaun Marissa, nampaknya model tersebut telahpun berhenti mengikut akaun Instagram ibu bapanya. Hanya akaun abangnya iaitu Danish Hakim yang masih diikuti dalam kalangan ahli keluarga yang merupakan figura am.

Marissa bersama Norman Hakim dan ibu tirinya, Memey Suhaiza.
Ibu, Abby Abadi sentiasa menjadi tunjang kekuatan Marissa dari kecil.

Di pihak Norman, pelakon yang pernah bergelar finalis Hero Remaja 1994 itu memilih untuk mengunci mulut daripada mengeluarkan sebarang kenyataan umum. Hanya hantaran video baharu yang menampakkan beberapa ahli keluargnya (tanpa Marissa) sempena sambutan Israk Mikraj pada 8 Februari sahaja yang dimuat naik oleh Norman.

Abby juga enggan mengulas lanjut dan hanya menulis sepotong ayant ringkas. “Lawan semua dengan doa,” tulisnya yang tidak pasti ditujukan kepada siapa.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN