Selepas 17 tahun penantian, akhirnya gelaran Miss World diserahkan kepada wakil dari India iaitu Manushi Chhillar di Sanya, China semalam.
Gadis berusia 20 tahun itu juga merupakan peserta keenam dari India yang mencatat sejarah memenangi gelaran Miss World. Kali terakhir ia dimenangi India pada tahun 2000 menerusi pelakon superstar Bollywood yang kini popular dengan siri televisyen Quantico, Priyanka Chopra.
Pada acara finale semalam, Manushi perlu bertanding bersama 126 gadis lain dari seluruh dunia. Ada yang lebih berpengalaman daripadanya, ada juga yang sudah memiliki kejayaan dan harta melalui pekerjaan hebat.
Namun, juri sebulat suara telah memilih Manushi sebagai gadis paling layak memenangi gelaran itu lalu membuatkan ramai tertanya-tanya, apakah rahsia yang dimiliki oleh Manushi?
===========================
Pada segmen terakhir Miss World 2017 yang ditayangkan secara langsung menerusi televisyen dan live streaming, lima peserta terakhir perlu menjawab soalan yang diberikan oleh para juri. Setibanya giliran Manushi, dia ditanya apakah profesion yang dipercayai layak untuk memperolehi gaji paling tinggi.
Manushi Chhillar mengetuai ‘the final walk’ bersama pemenang tempat kedua, Miss England Stephanie Hill dan pemenang tempat ketiga, Miss Mexico, Alma Andrea Meza Carmona.
Manushi menjawab, “Saya rasakan bahawa ibu layak untuk memperoleh penghormatan tertinggi. Apabila kita bercakap mengenai gaji, tidak semestinya ia merujuk kepada wang semata-mata. Saya rasaya apa yang lebih penting adalah kasih sayang dan rasa hormat yang diberikan kepada seseorang. Ibu saya adalah inspirasi terbesar dalam hidup saya.
“Semua ibu berkorban untuk anak-anak mereka. Oleh itu, saya beranggapan merekalah yang layak untuk memperoleh gaji tertinggi!”
Ads
What a great answer.
Manushi Chhillar tidak mampu menyorokkan rasa terkejutnya apabila dinobatkan sebagai pemenang. Berdiri di sebelahnya ialah finalis Miss Kenya dan Miss France.
REMAJA percaya ibu Manushi juga adalah sumber kekuatannya semasa dia terpaksa bersusah payah untuk tiba di kota Mumbai Jun lalu untuk menyertai pertandingan ratu cantik Miss India. Sebagai wakil daerahnya Haryana, Manushi terpaksa seimbangkan jadual dirinya sebagai seorang pelajar perubatan MBBS tahun ketiga di Sonepat.
Bukan mudah untuk berulang alik dan fokus kepada pelajaran jika korang adalah seorang peserta Miss India, apatah lagi jika korang ingin menjadi pakar bedah jantung.
Miss World 2016, Stephanie Del Valle dari Puerto Rico menyerahkan gelaran di pentas finale, semalam.
“Manushi is gifted. Sejak kecil, dia suka bermain dengan anak patung dan suka mencuba macam-macam jenis baju. Walaupun dia seperti kanak-kanak perempuan biasa, dia juga selalu ingin membantu orang lain.
Dan dia sudah memaklumkan saya dia akan terus menyambung pengajiannya walaupun jika dia memenangi gelaran Miss World,” kongsi makcik kepada Manushi, Dr Usha Chhillar yang juga merupakan profesor dermatologi Manushi di BPS Medical College.
Ads
Berasal Daripada Keluarga Doktor Yang Berdisplin Tinggi
Menurut laporan Hidustan Times, kebanyakan ahli keluarga Manushi terdiri daripada golongan goktor dan ahli perubatan. Ayahnya, Dr Mitrabasu ialah seorang endroconologis (merawat komplikasi hormon) di Institute of Nuclear Medicine and Allied Sciences (INMAS) Delhi. Sementara itu, ibunya, Dr Neelam Chhillar pula bergelar doktor di institut yang sama.
Korang sendiri boleh mengagak, keluar Manushi pastinya amat mementingkan pelajaran dan displin di kalangan anak-anak mereka.
Manushi Chhillar di samping ayah dan ibunya selepas memenangi gelaran Miss World 2017.
Manushi pernah melakar keputusan 96% semasa tahun terakhir di sekolah dan mendapat tempat pertama untuk peperiksaan Bahasa Inggeris CBSE.
Ternyata, untuk memenangi gelaran Miss World 2017, bukan hanya rupa luaran yang dititik beratkan. Semua aspek dari segi pelajaran, moral, keazaman tinggi peserta dan displin yang tinggi juga diambil kira.
Dari Kelas Perubatan Ke Pentas Miss India
Mengimbas kembali bagaimana Manushi boleh terfikir untuk menyertai Miss India pada bulan Jun lepas, keluarga, rakan-rakan dan pengajarnya tidak langsung terkejut dengan berita tersebut.
Ads
“Saya sentiasa fokus kepada pelajaran saya untuk menjadi seorang doktor. Tetapi seperti gadis lain, saya juga pernah mengidamkan untuk berada di pentas ratu cantik. Sekurang-kurang sekali seumur hidup. Keluarga saya pun tahu mengenai angan-angan saya itu.
“Saya berada di Chandigarh semasa saya mendapat tahu mengenai ujibakat Miss India dan ibu bapa saya yang memberi sokongan untuk mencuba nasib,” katanya lagi.
“Rutin saya di kolej terus berubah apabila saya mendapat tahu saya terplih untuk pertandingan Miss India. Semasa pelajar lain masih berdengkur di hostel, saya akan bangun seawal 5 pagi untuk aktiviti work out. Hanya selepas tamat satu ke dua jam, saya akan pulang semula untuk menyertai kelas.
“Begitu juga selepas kelas, saya akan sambung senaman saya dan hanya belajar pada waktu malam. Saya cuba untuk tidak meninggalkan terlalu banyak kelas. Sebagai seorang pelajar perubatan, kamu tidak boleh terlepas melakukan ulang kaji pada setiap hari kerana mustahil untuk kamu melakukan persiapan menghadapi peperiksaan dalam masa beberapa hari saja.
“Ada yang beranggapan saya gila. (Ketawa) Sometimes I find it funny too,” katanya kepada akhbar Times Of India.
Selain bidang perubatan, Manushi turut menonjolkan diri dengan bakat dalam seni tarian klasik India dan gemar untuk melukis pada masa lapang. Follow Manushi Chhillar sekarang di @manushi_chhillar
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perkhidmatan penstriman video OTT terkenal, Viu tampil dengan siri terbaharu, Viu Original W: Two Worlds, sebuah karya adaptasi daripada drama bersiri popular Korea dengan tajuk yang sama.
Siri romantik, fantasi dan thriller ini akan mula ditayangkan pada 30 November 2023 dengan dua episod baharu pada setiap hari Khamis minggu berikutnya, menampilkan barisan bintang terkenal seperti Hun Haqeem, Daiyan Trisha, Faizal Hussein, Mierul Aiman, Elizabeth Tan, Tony Eusoff dan Shahkimin.
Selain itu, W: Two Worlds turut menggandingkan semula duo hebat iaitu pengarah Datuk Yusry Abdul Halim dan penerbit Zurina Ramli untuk kali ketiga dalam pembikinan Viu Original.
W: Two Worlds mengisahkan tentang Izara, seorang doktor muda dan bapanya Omar, yang merupakan pelukis siri webtoon popular, W. Apabila Omar hilang tanpa jejak, pencarian Izara membawa dirinya ke dunia webtoon, di mana dia menyelamatkan nyawa watak utama webtoon tersebut iaitu Aliff.
Dengan berbuat demikian, Izara mendapati dirinya ditulis ke dalam cerita, apabila webtoon itu seakan hidup dan mula berfungsi sebagai realiti yang berbeza. Aliff sedang memburu lelaki yang membunuh keluarganya sepuluh tahun lalu.
Dia sedar bahawa nasib Izara dan dirinya saling berkait, tapa menyedari bahawa dirinva adalah watak dalam sebuah webtoon. Apabila dua dunia bertembung, pelbagai situasi yang tidak dijangka timbul yang membawa kepada konflik dan kisah percintaan.
Penonton boleh menonton W: Two Worlds di aplikasi Viu, yang boleh dimuat turun secara percuma di App Store, Google Play, Huawei App Gallery dan TV pintar terpilih, serta di laman web www.viu.com.
Untuk mengetahui lebih lanjut, muat turun Viu di App Store atau Google Play, atau layari www.viu.com. Ikuti kami di Facebook, Instagram, YouTube, Twitter, dan TikTok.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Setiap yang bergelar pelakon pastinya ingin mencuba kelainan dalam membawa pelbagai watak menerusi naskhah mahupun karya tempatan.
Sama juga seperti seorang aktres tinggi lampai ini, keiinginannya untuk mencuba karakter yang ‘lari’ daripada stereotaip pasti ada untuk tampak lebih versatil sebagai seorang anak seni.
Sempat bertemu empat mata bersama pelakon dan model berkarisma, Alicia Amin, dia idam membawa watak sebagai seorang wanita kampung, yang lain daripada karakter yang diterimanya sebelum ini.
“Ya, saya sangat selektif tetapi pada masa sama saya realistiklah. Saya ada sahaja berlakon cerita yang ‘fun-fun’ dan tak serius sangat.
“Tetapi pada masa sama, saya nak sangat membawa watak sebagai perempuan kampung atau apa sahaja peluang yang diberi buat saya,” katanya kepada Remaja.
Mengulas lanjut, pelakon drama That Cover Girl ini turut memaklumkan sedikit sebanyak dapat mengetahui kemampuannya sebagai seorang anak seni jikalau dirinya diberi peluang memainkan watak tersebut.
“Percubaan melakonkan watak berkenaan sedikit sebanyak dapat mengetahui kemampuan saya boleh atau tidak berlakon untuk karakter tersebut.
“Jadi, saya boleh katakan saya memilih tetapi kenapa dan mengapa saya membuat pilihan itu lain dan mengikut pelbagai keadaan,” ujarnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Siapa je yang taknak kan pinggang ramping dan kurus. Tapi agak susah juga nak dapat pinggang bak ‘kerengga’ ni.
Yelah, antara ‘lubuk’ pengumpulan lemak dan bahagian badan yang mudah naik adalah perut dan pinggang. Tapi ia bukan satu yang mustahil, nah berikut penulis kongsikan selebriti yang terkenal dengan pinggang ramping, bawah 25 inci.
Ingat nak pinggang ramping kena rajin exercise dan amal pemakanan sihat. Berikut kami kongsikan antara 16 senaman yang korang boleh lakukan sendiri di rumah bagi tujuan mengecilkan perut dan pinggang.
Sempat lagi nak berazam pinggang bak kerengga untuk tahun ni..hehe
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!