The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia kini kembali dengan menu minuman terbaharu mereka, iaitu rangkaian musim panas, Strawberries & Cream Ice Blended®, yang bakal berada di semua kafe bermula 7 Julai 2023!
Dengan rona merah jambu yang memikat hati serta tekstur yang lembut, minuman campuran ais ini pasti akan memberi kelegaan kepada anda dalam cuaca Malaysia yang panas terik.
“Sama seperti Mint Chocolate Chip /ce Blended® popular kami yang telah dibawa kembali ke kafe kami, kami ingin menginspirasikan rakyat Malaysia untuk menemui semula ‘Keterujaan Zaman Kanak-Kanak yang Sebenar’ melalui Strawberries & Cream Ice Blended® kami.
“Berbekalkan warisan kami selama tiga dekad, minuman ini dihasilkan dengan tangan sehingga sempurna, dengan rasa dan kualiti kami yang terulung – menggabungkan perisa kegemaran yang kita semua kenali dengan sentuhan yang menyegarkan.
Ads
“Kami sangat teruja untuk memperkenalkan minuman Musim Panas baharu ini, baik untuk mereka yang sekadar ingin memuaskan keinginan, ataupun ibu bapa yang ingin berkongsi detik istimewa dengan anak-anak mereka,” kongsi Fiona Rodrigues, Ketua Pemasaran dan Inovasi, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia.
Setiap teguk Strawberries & Cream /ce Blended® (kecil RM18.90, biasa RM20.90) memberikan kemanisan buah-buahan dengan potongan buah-buahan yang sebenar, ditambahkan lagi dengan tekstur yang lembut.
Ads
Strawberries & Cream juga boleh dinikmati dalam format Strawberries & Cream Cold Brew Tea (kecil RM17.90, biasa RM19.90) – tersedia dalam format manis ataupun ‘sparkling’.
Keluaran baharu yang menyegarkan ini juga boleh digandingkan dengan tambahan baharu dalam menu bermusim dari The Coffee Bean & Tea Leaf! Daripada Summer Strawberry Tart sehinggalah Strawberry Haze, Buttermilk Chicken Sandwich, serta Caesar Salad yang dibawa kembali untuk memenuhi selera para penggemar.
Ads
Untuk maklumat lanjut tentang tawaran baharu, berita dan promosi daripada The Coffee Bean & Tea Lea® Malaysia, layari halaman Facebook (www.facebook.com/CBTLMalaysiaPage), laman Instagram (@coffeebeanMY), TikTok (@coffeebeanMY), atau laman web rasmi di www.coffeebean.com.my.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Satu pengumuman penting yang perlu si kaki travel ambil perhatian adalah AirAsia Malaysia bakal mengenakan semula surcaj bahan api mulai esok (8 Mac 2022) bagi semua penerbangan domestik dan antarabangsa.
Pengenalan semua surcaj bahan api adalah untuk mengimbangi kenaikan harga bahan api yang telah melepasi AS$120 setong. Surcaj bahan api ini dikenakan untuk semua tempahan penerbangan baharu yang dibuat pada dan selepas 8 Mac 2022 dan tempahan yang dibuat sebelum 8 Mac tidak akan terjejas.
Menurut AirAsia, kadar surcaj bahan api bagi semua laluan domestik dalam Malaysia adalah RM10, manakala bagi laluan antarabangsa bertempoh satu hingga dua jam pula sebanyak RM25.
Kadar untuk laluan antarabangsa dengan masa dua hingga tiga jam; tiga hingga empat jam dan lebih daripada empat jam masing-masing pada RM35, RM50 dan RM60.
“Sejak kali terakhir kami memansuhkan surcaj bahan api pada 2015 berikutan harga bahan api global serendah AS$48 setong waktu itu, kami telah mengalami beberapa lonjakan harga bahan api yang menyebabkan syarikat penerbangan lain mula mengenakan surcaj ini.
“Bagaimanapun, AirAsia telah menyerap kenaikan harga bahan api yang lepas untuk terus memberikan nilai terbaik kepada pelanggan kami. Malangnya, keadaan semasa, dengan harga bahan api telah melonjak lebih 160 peratus daripada angka pada 2015, telah menjadikan situasi ini tidak lagi mampan,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat.
Namun begitu, AirAsia berharap langkah ini hanya sementara dan akan terus memantau keadaan semasa, di samping memanfaatkan inovasi teknologi dan digital sebagai cara untuk mengawal kos dan menjadikan perjalanan udara mampu milik untuk semua.
Nampaknya selepas ini kos travel secara tidak langsung turut meningkat tambahan pula di waktu pandemik seperti ini ramai yang terjejas pendapatannya. Mungkin ada juga yang tidak lagi memilih untuk menaiki pesawat, sebaliknya hanya travel menggunakan pengangkutan darat.
Apa-apa pun buatlah pilihan dengan bijak dan ikut kemampuan masing-masing.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Dek kerana jumlah kes baharu COVID-19 yang semakin meningkat naik di Selangor terutamanya, kita semua tahu bahawa 6 daerah baru di negeri paling pesat ini akan melalui tempoh arahan Perintah Kawalan Pergerakan bermula esok, 6 Mei hingga 17 Mei 2021.
Ini bermakna sebarang aktiviti beriadah termasuklah melawati tempat awam seperti taman tema tidak akan dibenarkan sama sekali.
Taman tema Sunway Lagoon di Petaling Jaya tidak terkecuali apabila ia secara rasmi bakal menghentikan operasi sepanjang musim PKP.
Menurut pihak Sunway Lagoon, bagi pengunjung yang telah membeli tiket melalui kaunter taman tema atau laman web rasmi Sunway Lagoon, tempoh ‘validity’ atau masa sah laku tiket masuk tersebut akan dipanjangkan bagi lawatan korang pada masa yang akan datang.
Oleh itu, korang tidak perlulah memiikir untuk menebus semula wang tiket masuk kerana ia masih sah bagi tarikh selepas tamatnya musim PKP.
Sumber Foto: Sunway Lagoon.
Sekiranya korang masih musykil dengan isu tiket yang telah dibeli ini, ingin melihat garis panduan yang ditetapkan atau ingin juga menebusnya semula dengan wang Ringgit, korang lawati saja ke sunwaylagoon.com okay!
Rindulah pula nak bermain air di Sunway Lagoon, hhm..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim ialah seorang tokoh yang sangat dikenali dalam dunia perniagaan di Malaysia.
Beliau adalah pemilik dan Pengarah Urusan Weststar, sebuah syarikat yang terkenal dalam industri penerbangan dan automotif. Kisah kejayaan beliau menjadi inspirasi kepada ramai terumatanya anak remaja.
Latar Belakang dan Awal Kerjaya
Tan Sri Syed Azman membesar dalam keluarga sederhana di Alor Setar, Kedah. Selepas menamatkan perkhidmatan sebagai anggota tentera, beliau mengambil keputusan berani untuk menceburi bidang perniagaan. Dengan modal yang terhad, beliau memulakan perniagaan menjual kereta terpakai. Keberanian dan keyakinan beliau dalam mengambil risiko membuahkan hasil apabila perniagaannya mula berkembang dan mendapat perhatian ramai.
Penubuhan Weststar
Pada tahun 2003, Tan Sri Syed Azman menubuhkan Weststar Group, yang bermula dengan penjualan kenderaan. Beliau kemudian memperluaskan perniagaannya ke dalam industri penerbangan dengan menubuhkan Weststar Aviation Services. Kini, Weststar Aviation Services adalah salah satu penyedia perkhidmatan helikopter terbesar di Asia Tenggara, yang menawarkan perkhidmatan untuk industri minyak dan gas serta perubatan kecemasan.
Kejayaan dan Pengiktirafan
Di bawah kepimpinan Tan Sri Syed Azman, Weststar telah menerima pelbagai pengiktirafan dan anugerah. Beliau diiktiraf sebagai salah satu usahawan paling berjaya di Malaysia dan sering dijemput untuk berkongsi pengalaman dalam forum-forum perniagaan.
Selain daripada kejayaan dalam perniagaan, Tan Sri Syed Azman juga aktif dalam kegiatan kebajikan. Beliau sering menyumbang kepada program komuniti dan pendidikan serta membantu golongan yang memerlukan.
Inspirasi Kepada Generasi Muda
Kisah kejayaan Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim adalah satu inspirasi besar kepada generasi muda. Beliau membuktikan bahawa dengan semangat juang yang tinggi, ketabahan, dan keberanian untuk mengambil risiko, kejayaan boleh dicapai. Beliau juga menunjukkan bahawa latar belakang bukanlah penghalang untuk mencapai kejayaan besar dalam hidup.
Bagi mereka yang bercita-cita untuk berjaya dalam perniagaan, Tan Sri Syed Azman adalah contoh yang patut diikuti. Kejayaan beliau mengajar kita bahawa dengan visi yang jelas, strategi yang bijak, dan dedikasi yang tinggi, apa sahaja impian boleh direalisasikan.
Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim bukan sahaja seorang usahawan yang berjaya, tetapi juga seorang pemimpin yang dihormati dan seorang insan yang berjasa kepada masyarakat.
Semoga kisah inspirasi beliau terus memberi motivasi kepada kita semua untuk berusaha mencapai kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!