Tiada angin tiada ribut, pelakon Singapura berusia 24 tahun, Hannah Delisha mengambil keputusan untuk menyarungkan hijab pada minggu ini.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, penghijrahan Hannah kepada imej baharu untuk disokong ramai yang turut mendoakan agar dirinya istiqamah. Menurut pelakon drama Mencintaimu Mr Photographer itu, niat itu sudah lama tersimpan sejak Ramadan lalu.
Namun dia tangguhkan sebentar memandangkan masih mempunyai komitmen berlakon dalam drama Cinta Sekali Lagi. Sebaik saja tamat penggambaran, Hannah tidak teragak-agak untuk merealisasikan hajatnya itu.
“Bismillah,” catatnya dalam posting tersebut. Serius, Hannah memang bertambah manis bila berhijab. REMAJA doakan agar segalanya dipermudahkan untuknya.
Jom lihat 6 lagi selebriti muda negara yang mengambil keputusan untuk berhijab pada tahun 2020.
Ernie Zakri
Sejak 24 Mac lalu, penyanyi bervokal mantap Ernie Zakri telah mengenakan hijab dan mengumumkannya dia laman Instagram. Kata Ernie dalam satu temubual bersama Majalah Hijabista, dia sebenarnya sudah lama ingin berhijab.
Namun, disebabkan oleh komitmen kerjaya dia menangguhkan dahulu niatnya itu. Hanya apabila dunia dilanda wabak Covid-19 dan penularan semakin kritikal di Malaysia pada Mac lalu, dia mengambil keputusan untuk berhijrah.
Ads
Dahlia Shazwan
Siapa tak kenal dengan ‘Kakak Trivago’ ini? Dahlia yang kini bertugas sebagai pengacara program Hlive telahpun selamat menunaikan umrah pada Februari tahun ini. Setelah pulang ke tanah air, Dahlia terus mengenakan hijab sebagai imej baharunya.
Perubahan tersebut menerima sokongan ramai pihak yang menyatakan Dahlia umpama fesyenista hijab baharu Malaysia walaupun dia mengakui sedang cuba bereksprimentasi dengan stail terbarunya itu.
Ads
Fathia Latiff
Kontroversi tak kontroversi, pelakon Fathia Latiff mengambil keputusan untuk kembali berhijab. Fathia sebenarnya pernah berhijab sepenuhnya pada tahun 2016. Akan tetapi kerana “enggan hipokrit dengan diri sendiri”, Fathia kembali ke imej asal kira-kira pada bulan April 2019.
Kini apabila kembali berhijab, dia tidak teragak-agak untuk memadamkan foto lama miliknya yang menunjukkan aurat.
Kilafairy
Haa, siapa masih ingat dengan perubahan imej pelakon dan penyanyi, Kilafairy?
Ads
Video Kilafairy memberitahu keputusan untuk berhijab di hadapan bapanya di YouTube kini telahpun mencecah 610,000 tontonan. Kalau korang perasan, Kilafairy yang sinonim dengan imej seksi sudah mengikis imej itu sejak awal tahun ini. Demi mengambil keberkatan bulan Syawal, dia terus berhijrah.
Cik Manggis
Manis kan, semanis namanya! Hehe.. Cik Manggis mula memuat naik foto berhijab di Instagram pada akhir bulan Jun lalu. Ahli kumpulan De Fam itu menerima pelbagai pujian selepas pengumuman tersebut. Namun dia tetap berahsia mengenai sebab utama disebalik perubahan itu kerana menganggap ia sebagai momen yang istimewa untuk dirinya simpan.
Mawar Rashid
Sempena sambutan Awal Muharram iaitu tahun baru dalam kalendar Islam, penerima anugerah Dewi Favourite di pencarian Dewi Remaja 2014/2015 ini mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya.
Menurut Mawar, dia meminta agar peminat mendoakannya agar kekal istiqamah dengan penghijrahan tersebut. Mawar kini juga sedang berbadan dua setelah memiliki cahaya mata sulung, Rafael bersama suaminya, RAF Yaacob.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Komposer yang juga selaku juri tetap rancangan realiti The Hardest Singing Show (THSS), Edry Abdul Halim tampil mengulas mengapa barisan juri memilih vokalis kumpulan Drama Band, Aepul Roza sebagai juara, pada malam tadi.
Katanya, Aepul telah menunjukkan persembahan yang terbaik apabila berjaya memukau para penonton dengan drum terbalik 90 darjah di akhir persembahan nyanyiannya.
“Aepul ada wow factor, saya juga ada rujuk kepada pihak penerbit adakah kita perlu mengambil kira pencapaian mereka di minggu-minggu yang lepas. Tapi saya faham, kita nak beri peluang yang sama kepada semua peserta.
“Lagi pun, saya sendiri dapat rasakan drum terbalik itu menjadikan satu dewan ‘wow’ dengan persembahan tersebut. Itu sebenarnya yang membuatkan orang nak lihat berulang di Youtube atau di mana-mana persembahan sebegitu,” katanya.
Pada masa sama, adik kepada pengarah terkenal, Datuk Yusry Abdul Halim itu turut memaklumkan konsep dan tema yang mahu diketengahkan setiap peserta juga adalah memainkan peranan yang sangat penting bagi program itu.
“Peserta lain juga kemas, tapi ‘punchline’ itu kurang. Seperti Ayda, dia menggunakan konsep negara China. Mungkin dari pihak juri dan penonton berasa agak jauh sedikit dengan tema yang diketengahkan itu.
“Jadi, konsep juga memainkan peranan dalam pertandingan ini. Tapi saya tidak menafikan, persembahan Aepul tadi (malam semalam) iaitu momen terakhir, dia hadir dengan magis. Itulah goal yang sebenar,” ujarnya lagi.
Sekadar info, Aepul dinobatkan sebagai juara dan sekali gus berjaya membawa pulang RM150,000.
Bertemakan ‘Taruhan Akhir’, Aepul Roza menampilkan persembahan yang sangat luar biasa menerusi lagu ‘It’s My Life’. Persembahan Aepul mendapat pujian dan standing ovation daripada penonton dan para juri.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau korang perasan, sekarang ni bila mandi, air mandian pun jadi panas mungkin disebabkan cuaca panas terik yang melanda negara kita.
Kadang-kadang rasa bestnya kalau dapat mandi ais. Mesti badan jadi lebih segar kan?
Selain menyegarkan badan, sebenarnya ada banyak manfaat yang korang peroleh sekiranya mengamalkan mandi ais ini. Amalan ini dikatakan boleh menghilangkan rasa bisa dalam badan, sakit kepala, susah tidur dan menghindarkan diri daripada gangguan makhluk halus.
Jom lihat perkongsian menarik daripada Juna Ameral ini tentang cara-cara untuk mandi ais. Apa-apa pun ini hanyalah sekadar ikhtiar yang boleh dilakukan, selebihnya kita tawakal pada yang Maha Kuasa.
Cara-cara:
Beli sepaket ais dan masukkan ke dalam baldi, kemudian campurkan sedikit dengan air dalam baldi tersebut.
2. Perah limau nipis atau limau purut dalam empat atau lima biji.
Sebelum mandi, bacalah:
1. Al-Fatihah 3x
2. Al-Ikhlas 3x
3. Selawat 3x
Sebaiknya, baca ayat suci ini sebelum baldi dibawa masuk ke dalam bilik air. Setelah itu barulah anda mandi dengan air mandian tersebut.
Lebih baik jika air mandian ini digunakan pada bilasan terakhir. Mandi dulu dengan air biasa, kemudian baru mandi dengan air limau ini. Mula mandi daripada kepala, lebih kan siram di belakang tengkuk dan bahu.
Sekiranya ada gangguan, anda akan rasa seperti angin keluar dari belakang tengkuk. Badan dan kepala akan menjadi lebih ringan.
Jika anda sendawa atau muntah selepas mandi, dinasihatkan agar anda dapatkan rawatan Islam.Mandian ini hanya alternatif dalam merawat pesakit seperti buang angin bisa dalam badan. Disarankan mandi pada waktu selepas Subuh dan selepas Maghrib. Anda akan rasa kesegarannya.
InsyaAllah!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa yang tidak kenal dengan pelantun suara 'Makhluk Tuhan Paling Seksi' Mulan Jameela yang merupakan selebriti kelahiran negara jiran kita, Indonesia.
Kalau dulu kita semua sedia maklum bagaimana penampilannya sebelum ini, tapi tidak perlulah diungkit semula kerana kini Mulan sudah pun berhijrah dan tampil dengan imej berhijab.
Cantik sungguh bila personaliti ini berpakaian sempurna menutup aurat. Terbukti bahawa tidak mustahil untuk seseorang individu itu berubah menjadi lebih baik.
Penghijrahan selebriti Indonesia ini mendapat perhatian oleh seorang pensyarah yang memberi pandangannya terhadap perubahan positif yang dilakukan oleh Mulan Jameela.
Menurut Avana Fatni SyukurLee, ada 8 perkara yang kita semua boleh belajar daripada kisah hidup Mulan dan antaranya adalah seperti berikut:
1. Hidayah itu milik Allah
2. Jangan cepat menghina dan menghukum peribadi orang yang mungkin tidak sealim anda
3. Iman itu boleh turun dan naik
4. Wanita berhijab, tertutup itu lebih indah berbanding yang terbuka
5. Lebih banyak ilmu agama dipelajari, lebih banyak keinsafan. Dia mendalami ilmu agama
6. Pilih kawan yang menuju ke syurga bukan neraka. Dia memilih untuk bersahabat pada yang membimbing ke syurga
7. Hijrahnya dengan meninggalkan apa yang dia suka buat sebagai artis
Kesimpulannya, semua manusia boleh berubah. Jangan pernah sesekali kita memandang rendah dengan peribadi orang lain kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku di kemudian harinya.
Sungguh, hidayah itu milik Allah. Sebagai hambanya kita sentiasa perlu berdoa agar dibukakan jalan kebaikan dalam kehidupan seharian.
Moga kekal istiqamah, insyaAllah!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktres versatil, Nabila Huda kini membuktikan dirinya bukan sahaja berbakat di layar perak, malah turut berjaya dalam dunia perniagaan makanan.
Rezeki berpihak kepadanya apabila produk...