Jika sebelum ini insiden apabila atlet silat wanita negara, Siti Shazwana Ajak menutup rambut lawannya Selly Andiriani, atlet Indonesia yang tertanggal hijabnya sewaktu perlawanan telah mencuri perhatian ramai.
Baru-baru ini, pesilat wanita negara, Merrywati Manuil pula menjadi perhatian kerana dilihat memakai tudung ketika pertandingan tersebut walaupun dia bukan beragama Islam.
Sedar ramai yang tertanya-tanya mengenai perkara tersebut, Merrywati tampil menjelaskan tindakannya memakai tudung menerusi perkongsian di Facebook semalam.
Menurutnya, dia memakai tudung kerana menghormati dan mengagumi silat walaupun tidak diwajibkan untuk memakai tudung.
Ads
Dia juga turut menjelaskan bahawa tiada mana-mana pihak yang memaksanya untuk berbuat sedemikian.
“Tudung bukan sahaja wajib untuk menutup aurat bagi wanita Melayu tetapi bagi saya untuk nampak lebih sopan, kemas dan beradab semasa pertandingan.
“Semestinya tiada paksaan dari mana-mana pihak, saya belajar ilmu orang Melayu, sudah tentu saya mengikuti dan melakukan apa yang saya pelajari,” ujarnya.
Ads
Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022 telah berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) dan menyaksikan wakil negara beraksi dengan sangat cemerlang. Kejuaraan silat itu berlangsung selama enam hari dan disertai lebih 500 peserta dari 40 negara termasuk Indonesia, Thailand, Filipina, Kanada, Vietnam dan Malaysia.
Merrywati Manuil turut meraih pingat emas dalam Kategori Solo Kreatif Wanita selepas menumpaskan pesilat dari Indonesia, Puspa Arumsari.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita tentang remaja bunuh diri semalam memberi pelbagai reaksi daripada masyarakat dan Menteri Belia dan Sukan juga tidak terkecuali turut melahirkan kebimbangan berikutan dengan isu tersebut.
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkongsi kenyataan di laman twitternya mengatakan bahawa isu ini tidak boleh dipandang ringan dan harus dijadikan sebagai perbincangan nasional.
“I am genuinely worried about the state of our Youth’s mental health. It’s a national issue which must be taken seriously. A national discussion must take place. I’m free at 5.30pm on Friday. Let’s dialogue at IIUM Econs Cafe. Buka puasa sekali.”
I am genuinely worried about the state of our Youth’s mental health. It’s a national issue which must be taken seriously. A national discussion must take place. I’m free at 5.30pm on Friday. Let’s dialogue at IIUM Econs Cafe. Buka puasa sekali.#iCoverYouhttps://t.co/4E77E5FV2e
Remaja berusia 16 tahun ini terbabit dengan kes bunuh diri apabila dia membuka ruangan undian di laman instagramnya dengan catatan ‘Really Important, Help Me Choose D/L’ pada kotak undi. D membawa maksud die (mati), manakala L bermaksud live (hidup).
Mangsa juga dikhabarkan turut memuat naik status ‘WANNA QUIT F***KING LIFE I’M TIRED’ di dalam Facebook.
Memandang situasi ini sebagai satu perkara yang serius, Syed Saddiq mahu mengadakan perjumpaan dengan belia Malaysia pada Jumaat ini, sekali gus untuk berbuka puasa bersamanya sekali bagi membincangkan masalah ini.
Wah, ini satu inisiatif yang patut dipuji kerana YB sanggup turun padang untuk mendengar sendiri masalah yang dihadapi oleh para remaja.
Semoga perjumpaan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban dan masalah yang ditanggung oleh golongan belia.
Okay apa lagi, Jumaat ni kalau free bolehlah kita berdiskusi bersama YB. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pempengaruh dan pemilik jenama kecantikan popular, Athirah Kamaruzzaman atau Tyra berkongsi berita gembira apabila selamat melahirkan bayi sulungnya, semalam 19 Januari 2025.
Berita tersebut dikongsikan sendiri oleh Tyra menerusi akaun Instagram miliknya.
Menerusi satu hantaran, Tyra kelihatan tersenyum bahagia setelah selesai melahirkan bayi perempuan mereka.
Kami telah menyambut kehadiran malaikat kecil kami yang penuh keberkatan, Tyara binti Emran pada pagi 19 Januari 2025
Tyra dan Emran meluahkan rasa syukur atas kehadiran zuriat yang dikurniakan Allah SWT dalam hidup mereka.
Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi daripada pengikut yang rata-ratanya menzahirkan ucapan tahniah kepada pasangan ini atas kelahiran cahaya mata pertama mereka.
Untuk rekod, Tyra dan Emran telah mendirikan rumah tangga pada 3 Mei 2024 dan pasangan itu dinikahkan oleh bapa Tyra, Haji Kamaruzzaman Pada majlis nikah yang berlangsung di Boathouse, Kuala Lumpur, Tyra menerima mas kahwin sebanyak RM1,111.
Kucing merupakan salah satu haiwan peliharaan yang paling terkenal di Malaysia.
Terdiri daripada kategori mamalia karnivor, hubungan antara manusia dan kucing telah terjadi sejak sekian lamanya, hingga ia dipuja dalam banyak kisah lagenda dan dogengan sastera dan ada hadis mengatakan kucing adalah haiwan kesayangan Nabi Muhammad SAW.
Malah, seekor kucing menjadi bualan dunia dek rupanya yang unik. Kucing yang diberikan nama Narnia ini menjadi unik apabila mempunyai wajah dengan dua tona. Kucing berusia lima tahun itu dilaporkan mempunyai bulu bewarna kelabu pada bahagian sebelah kanan mukanya manakalan bulu bewarna hitam pada sebelah kiri.
Pemiliknya, Jimenez, ibu kepada lima orang anak yang tinggal di Paris, Perancis, telah membiakkan kucing baka itu selama sembilan tahun.
“Saya sangat terkejut apabila melihat Narnia buat pertama kali. Ada kemungkinan Narnia merupakan chimaera, jadi dua embrio dalam rahim ibunya bergabung. Seorang pakar genetik sedang menjalankan ujian baharu ke atas Narnia untuk mendapatkan jawapan yang tepat,” kata Jimenez.
Kucing comel ini turut mempunyai akaun media sosial Instagram tersendiri iaitu amazingnarnia dan mempunyai 279, 000 pengikut.
Rata-rata pengikutnya mengakui terpesona dengan kecantikkan yang dimiliki oleh Narnia, walaupun ada sebilangan kecil yang tidak mempercayainya dan menganggap gambar-gambar Narnia yang dimuat naik adalah palsu.
Seperti kucing biasa mengikut pemiliknya, walaupun wajah Narnia unik, namun Narnia tetap mempunyai tabiat yang sama seperti kucing-kucing yang lain. Dia banyak menghabiskan masa dengan membuka pintu rumah dan gemar dengan pelukan pemiliknya. Apabila tidur, Narnia suka berdengkur dan setelah bangun pasti akan mencari makanan sebelum sambung bermain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.