Manis & Anggun! Penampilan Tun Dr. Hasmah Berhijab Raih Perhatian Netizen

Share

Isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mencuri perhatian masyarakat apabila beliau tampil berhijab dalam sebuah acara berbuka puasa anjuran Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) yang diadakan baru-baru ini.

Menerusi sebuah video yang tular di media sosial, Tun Hasmah kelihatan anggun mengenakan baju kurung berona biru yang dipadankan dengan tudung warna senada. Walaupun usianya kini sudah mencecah 90-an, keanggunan dan kelembutan wajah beliau tetap mempesonakan.

Dalam rakaman tersebut, Tun Hasmah dilihat dipimpin keluar dari sebuah kereta sebelum memasuki dewan untuk menyertai majlis tersebut bersama suami tercinta, Tun Mahathir.

Kredit: Perkim Kebangsaan
Kredit: Perkim Kebangsaan

Selain itu, aura elegannya jelas terserlah sehingga ramai yang memuji kejelitaan beliau dalam penampilan berhijab itu.

Dalam pada itu, di ruangan komen media sosial pula dibanjiri dengan pelbagai reaksi positif warga internet. Ramai yang terkejut serta ada juga yang hampir tidak mengenali Tun Hasmah pada pandangan pertama.

Walau bagaimanpun, rata-rata daripada mereka memuji perubahan ini dan meluahkan rasa syukur serta menyifatkannya sebagai sesuatu momen yang indah.

@amofficialmy Replying to @AiniQ ♬ Ramadan Story – Ramol
@perkimkebangsaanofficial Replying to @Mimi Khalid Alhamdulillah cantik isteri Yang Dipertua PERKIM @chedetofficial 🎥: ˢᴿᶻ #perkim
#bidadarisyurga #bidadarisurgamu #tunmahathir #perkimkebangsaan #islam #islamic #fyp #fypシ #fypシ゚viral #foryou #foryourpage #beranda #tiktokmalaysia #malaysiatiktok #tiktokguru #xyzabc #bcaxyz #malaysia #hijab ♬ suara asli – Cici Amelia Gani

“Alhamdulillah, lain sangat muka Tun Hasmah pakai tudung. Manis sangat muka dia,” tulis pengguna Tiktok @mamaa_ct.

“Rakyat gembira dan bersyukur bila tengok Tun Siti Hasmah dah bertudung…” kata @suhailiMohd.

“Hmmm… kenapa pulak aku tetiba sayu je hati tengok mereka berdua ni. Dah berusia tapi tetap bersama-sama. Semoga Allah lindungi mereka berdua. Aamiin,” ujar @rosynsalim.

Sementara itu, ramai yang turut mendoakan agar Tun Hasmah dan Tun Mahathir terus diberikan kesihatan yang baik serta umur yang panjang. Pasangan ini sememangnya sudah sinonim dengan rakyat Malaysia, dan mereka tetap menjadi ikon hingga ke hari ini.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE