Isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mencuri perhatian masyarakat apabila beliau tampil berhijab dalam sebuah acara berbuka puasa anjuran Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) yang diadakan baru-baru ini.
Menerusi sebuah video yang tular di media sosial, Tun Hasmah kelihatan anggun mengenakan baju kurung berona biru yang dipadankan dengan tudung warna senada. Walaupun usianya kini sudah mencecah 90-an, keanggunan dan kelembutan wajah beliau tetap mempesonakan.
Dalam rakaman tersebut, Tun Hasmah dilihat dipimpin keluar dari sebuah kereta sebelum memasuki dewan untuk menyertai majlis tersebut bersama suami tercinta, Tun Mahathir.
Kredit: Perkim KebangsaanKredit: Perkim Kebangsaan
Selain itu, aura elegannya jelas terserlah sehingga ramai yang memuji kejelitaan beliau dalam penampilan berhijab itu.
Dalam pada itu, di ruangan komen media sosial pula dibanjiri dengan pelbagai reaksi positif warga internet. Ramai yang terkejut serta ada juga yang hampir tidak mengenali Tun Hasmah pada pandangan pertama.
Ads
Walau bagaimanpun, rata-rata daripada mereka memuji perubahan ini dan meluahkan rasa syukur serta menyifatkannya sebagai sesuatu momen yang indah.
“Alhamdulillah, lain sangat muka Tun Hasmah pakai tudung. Manis sangat muka dia,” tulis pengguna Tiktok @mamaa_ct.
Ads
“Rakyat gembira dan bersyukur bila tengok Tun Siti Hasmah dah bertudung…” kata @suhailiMohd.
“Hmmm… kenapa pulak aku tetiba sayu je hati tengok mereka berdua ni. Dah berusia tapi tetap bersama-sama. Semoga Allah lindungi mereka berdua. Aamiin,” ujar @rosynsalim.
Sementara itu, ramai yang turut mendoakan agar Tun Hasmah dan Tun Mahathir terus diberikan kesihatan yang baik serta umur yang panjang. Pasangan ini sememangnya sudah sinonim dengan rakyat Malaysia, dan mereka tetap menjadi ikon hingga ke hari ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Usahawan terkenal, Noor Kartini mencuri perhatian peminat apabila menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran anak perempuannya yang juga selebriti serta usahawan berjaya, Noor Neelofa yang ke-37 pada hari ini.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Kartini yang turut memuat naik sekeping foto mereka berdua meluahkan rasa syukur dan bangga melihat perkembangan anaknya, khususnya ketika berada di atas pentas menyampaikan perkongsian yang memberi manfaat kepada ummah.
“Happy Birthday wahai anakku sayang. Sekuntum bunga indah yang tumbuh di taman hati mama dengan penuh rasa syukur dan kasih yang dihadiri dengan doa-doa yang istimewa berpanjangan untuk melihat anakku Neelofa menjadi seorang insan yang menabur benih kebaikan ke seluruh pelusuk alam.
“Allah Maha Indah aturannya. Mama bangga melihat anakku di pentas berkongsi penuh semangat untuk memberi manfaat kepada ummah. Allah terima kasih Allah.
“Ya Allah angkatlah darjat nya dan keturunan nya dan capai segala cita-cita dan qabulkan doa-doa anakku Neelofa,” tulis Kartini.
Ucapan penuh emosi dan doa tersebut sekali gus menyentuh hati ramai pengikut, sekali gus mencerminkan hubungan erat antara ibu dan anak itu.
Sekadar info, Noor Neelofa mendirikan rumah tangga bersama pendakwah selebriti, Harris Ismail pada 27 Mac 2021. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sempena dengan ulang tahun Petronas yang ke-49, rakyat Malaysia yang lahir pada bulan Ogos boleh menebus satu tiket masuk secara percuma untuk melawat ke Menara Berkembar Petronas, sepanjang bulan Merdeka ini.
Untuk penebusan tiket, anda hanya perlu membawa MyKad atau MyKid dan tunjukkan sahaja kepada pekerja di kaunter tiket sebagai bukti anda lahir pada bulan Ogos.
Selain itu, anda juga perlu mengesahkan tarikh dan masa lawatan dengan kakitangan di bahagian kaunter kerana tempahan slot perlu dirujuk mengikut kekosongan.
Terma Dan Syarat
Tawaran ini hanya terbuka untuk warganegara Malaysia yang lahir pada bulan Ogos sahaja.
Tiket tidak boleh ditukar kepada bentuk wang tunai atau mana-mana servis dan produk.
Tiket kemasukan ini hanya sah pada bulan Ogos sahaja berdasarkan ‘First Come, First Serve’.
Tiket kemasukan hanya boleh ditebus secara ‘walk-in’ sahaja.
Tidak boleh menukar tarikh slot dan waktu jika sudah membuat tempahan.
Jadi kepada ‘August babies’ sekalian, jangan lepaskan peluang untuk menikmati pemandangan bandar Kuala Lumpur dari tingkat atas Menara Berkembar Petronas secara percuma ya!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Biarpun mendukung tanggungjawab besar selaku Duli Yang Maha Muli (DYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Shah tidak pernah menjarakkan diri daripada rakyat jelata.
Sempena Hari Keputerasaan Yang di-Pertuan Agong pada hari ini, REMAJA masih mengingati bagaimana Tuanku pernah makan bersama di atas padang di Kuantan semasa bulan Ramadan, memasuki kawasan pedalaman bagi membantu mangsa banjir dan Baginda yang selalu singgah ke kedai makan tanpa memerlukan sebarang protokol.
Salah satu restoran yang sudah menjadi kegemaran Al-Sultan Abdulah ialah restoran Kari Kepala Ikan yang terletak di Kampung Pandan Kuala Lumpur.
Kongsi pengurus restoran tersebut kepada Sinar Harian, juadah kari kepala ikan merah di restoran ini sudah menjadi di antara juadah kegemaran Baginda.
“Selepas bersantap, Baginda turut membungkus makanan tersebut dan membawa pulang ke istana untuk Permaisuri sertaorang lain di Istana.
“Malah sehingga kini, masih ada pihak istana yang datang untuk membungkus makanan di restoran kami. Ini adalah satu kebanggaan buat saya,” katanya.
Terdahulu, Seri Paduka Baginda pernah dilihat mencemar duli menikmati santapan tengah hari di restoran tersebut pada tahun lalu. Menurut sumber terdekat, Baginda telah menolak tempat khas seperti bilik yang berhawa dingin oleh pihak restoran dan memilih untuk bersantap di meja biasa bersama orang ramai.
Tambah pengurusnya lagi, Baginda ialah seorang pemimpin yang peramah, pemurah dan tidak memilih. Selain selalu merendah diri dan mesra rakyat, Baginda tidak membuatkan orang ramai kekok merapati untuk berinteraksi dengannya.
Spekulasi mengenai hari bahagia pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini semakin hangat diperkatakan di media...