Rentetan air bah dan banjir yang melanda Baling, Kedah semalam. Laporan terbaru, seorang wanita hamil yang disahkan hilang susulan kejadian tersebut ditemui dalam keadaan berpelukan dengan ibu mentuanya yang menghidap penyakit strok.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saadon memaklumkan mayat Nurul Anis Abu Hassan, 23 tahun, dan ibu mentuanya, Salmah Mat Akib, 53 tahun, ditemui kira-kira pukul 9.30 pagi tadi.
Menurutnya, kedua-dua mangsa ditemui anggota bomba di bawah timbunan pokok kira-kira 100 meter dari lokasi rumah mereka yang dihanyutkan arus deras.
“Untuk hari ini, kita fokus pencarian dalam radius awal, lebih kurang 100 meter dari kawasan rumah mereka. Dan Alhamdulillah, dalam pukul 9.30 pagi tadi mangsa berjaya dikesan anggota pasukan STORM.
Sumber : Astro Awani
Setakat ini, operasi pencarian mangsa ketiga, Khairul Ikhwan Nor Azman, 14 tahun, sedang giat dijalankan. Pasukan penyelamat juga telah berjaya menyelamatkan 155 mangsa yang terperangkap dalam kejadian banjir serta kepala air itu.
Malah, trending juga di media sosial dengan #baling, rata-rata rakyat Malaysia turut mendoakan mangsa-mangsa banjir disana.
Doakan Saudara Kita
Sebagai saudara sesama agama dan sebagai rakyat Malaysia secara amnya, wajarlah untuk kita sampaikan satu doa khusus yang boleh diamalkan semasa melihat orang lain ditimpa musibah.
Ads
Doa ini adalah bagi kita meminta perlindungan daripada Allah SWT agar terhindar daripada sebarang musibah fizikal yang boleh menimpa kita. Ia juga boleh diucapkan jika kita melihat bala penyakit melanda sesebuah kawasan ataupun jika kekufuran di kalangan masyarakat jelas dapat dilihat.
Riwayat Ibnu Umar dari ayahnya, Umar Radhiyallahu ‘Anhuma, bahawa Rasulullah SWT bersabda:
(Maksudnya: Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan aku dari musibah yang menimpamu dan benar-benar memuliakanku dari makhluk lainnya.)
“Jika kalimah ini diucapkan, maka ia akan diselamatkan dari musibah tersebut, musibah apa pun itu semasa ia hidup.” (Hadis Riwayat Tirmidzi)
*
Pengajaran yang kita boleh dapati daripada bacaan doa tersebut adalah untuk mengingatkan kita agar sentiasa bersyukur kepada Allah SWT kerana kita masih diselamatkan oleh-Nya daripada bala bencana atau penyakit yang sedang melanda orang lain.
Ads
Bukanlah untuk kita merasa ‘selamat’ kerana dikecualikan. Kita seharusnya merasa gentar jika musibah yang sama melanda diri kita. Ia mengingatkan kita untuk tidak pernah melupakan Allah SWT di saat senang mahupun susah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly @ Rahmat Ahmat Lana bagaimanapun berkata, banjir kilat pada petang semalam itu tidak seteruk seperti yang pernah berlaku sebelum ini dan semua haiwan berada dalam keadaan selamat.
“Kebetulan sewaktu kejadian, kakitangan kita belum balik lagi dan mereka berada dalam keadaan bersedia.
“Semua haiwan kita juga berada dalam keadaan selamat kecuali seekor capybara terlepas keluar. Tetapi ia dapat diselamatkan dan dimasukkan balik (ke dalam kawasannya) oleh kakitangan kita.
“Selain itu, dua panda juga selamat kerana berada di tempat yang tinggi,” katanya menurut sumber Harian Metro.
Mengulas lanjut, Rosly berkata, kerja-kerja pembersihan akibat banjir kilat yang berlaku di Zoo Negara juga dijalankan pada malam tadi.
“Zoo Negara sudah dibersihkan sehingga jam 11.30 malam. Saya berterima kasih kepada pihak bomba dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kerana membantu Zoo Negara. Tanpa mereka kerja-kerja pembersihan itu tidak akan siap,” katanya.
Beliau turut memaklumkan Zoo Negara dibuka pada hari ini dan ia beroperasi seperti biasa.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang pelajar berbangsa India tidak menjadikan bukan beragama Islam sebagai penghalang buatnya untuk berjaya dalam mata pelajaran Tasawwur Islam. Inilah dibuktikan oleh seorang pelajar tingkatan lima yang bernama Sai Easwaran ini mengambil subjek Tasawwur Islam sebagai mata pelajaran elektif bagi menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020.
“Saya baru terima keputusan SPM. Syukur, saya dapat 9A dan A+ Tasawwur Islam. Rancangan yang dipaparkan TV3 telah membantu saya mempelajari lebih dalam tentang Islam,” tulis Sai.
Menurut perkongsian personaliti televisyen Ahmad Fedtri Yahya di laman Twitter nya, dia terharu dengan pencapaian seorang pelajar lelaki berbangsa India yang meraih gred 1A+ bagi subjek Tasawwur Islam dalam keputusan SPM 2020.
Pelajar India yang selalu dm tanya-tanya soalan berkaitan Jejak Rasul, cemerlang dalam #SPM2020 👍👍
Menurut pengacara program Jejak Rasul ini lagi, pelajar ini juga rajin bertanya melalui direct massanger (DM) berkaitan program ilmiah jejak rasul dan menimba ilmu pengetahuan terutama mengenai Islam.
“Saya berhutang budi kepada semua, rancangan yang sangat bermaklumat dan para penyampai yang memiliki pengetahuan luas. Terima kasih kepada abang juga, semoga sentiasa dirahmati. Amin,” luahnya.
Malah, Fedtri mendedahkan pelajar itu juga sedang melaksanakan Puasa 6 yang dijadikan sebagai amalan walaupun tahu dirinya bukan beragama Islam.
Kisah Sai ini mendapat perhatian warganet, rata-rata memuji kegigihan pelajar ini menimba ilmu tidak kira dimana saja, tak kurang juga yang memuji content rancangan Jejak Rasul yang menarik.
Bak kata pepatah, malu bertanya sesat jalan. Bagusnya pelajar ini, tak malu bertanya untuk mendapatkan ilmu. Moga terus berjaya dan capai impian ke menara gading!
Baru ini tular di media sosial di mana sekumpulan gadis mendapat pujian dari orang ramai bila mana mengenakan pakaian menutup aurat ketika berbasikal. Ramai menyukai imej pakaian sopan dikenakan ketika menyertai sukan terbabit yang mana ia benar-benar menurut syariat Islam.
Walau ada segelintir mengenakan jersi ketat dan pernah menimbulkan perbalahan netizen mengenai aurat wanita, dapat dilihat lelaki turut mengenakan pakaian ketat yang memang biasa dipakai oleh pelumba basikal.
Dapat dilihat jersi dipakai lelaki ada kalanya tidak menutup lutut saat berkayuh. Baca perkongsian dari Ustaz Syed Syahridzan Ben Agil mengenai pakaian sukan ketat. Mungkin ramai tak sangka, lelaki yang berpakaian ketat boleh jatuh haram kerana mendedahkan diri kepada fitnah yang berbahaya.
Jika kita pertikaikan aurat wanita ketika berbasikal, fahami juga apa hukumnya untuk lelaki mengenakan pakaian ketat yang menjadi pemandangan biasa kita lihat setiap hari atau hujung minggu.
Pakaian Sukan Ketat
Wanita yang minat sukan berbasikal dan aktiviti-aktiviti sukan yang lain sambil memakai pakaian ketat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) hukumnya jelas lagi nyata tanpa perlu kepada fatwa mufti.
Ini kerana ia termasuk dalam urusan agama yang ‘tidak boleh tidak’ mesti dan pasti diketahui hukumnya (المعلوم من الدين بالضرورة), tidak kira orang awam atau tidak, semuanya tahu hukumnya haram yang nyata.
Saya pernah ditanya tentang kenyataan para ulama Syafi’iyyah yang menyatakan wanita yang memakai pakaian ketat ketika solat hukumnya makruh. Adakah hukum makruh ini boleh dibawa di luar solat? Jawapan sudah tentu TIDAK. Ini kerana jelas dalam kitab-kitab fiqh menjelaskan hukum itu dalam bab solat sahaja bukan situasi luar solat iaitu di hadapan lelaki ajnabi/bukan mahram.
Buktinya apabila fuqaha membicarakan tentang aurat lelaki mahupun perempuan, mereka memfatwakan berdasarkan situasi berbeza. Contoh ulama syafi’iyyah menyatakan wajah wanita ketika solat tidak wajib ditutup, manakala di hadapan lelaki ajnabi mereka wajib menutup wajah mereka menurut pendapat muktamad (ada pendapat kedua dalam mazhab Syafi’ie wanita harus mendedahkan muka jika aman dari fitnah).
Sama juga perkara yang melibatkan aurat lelaki yang mana para fuqaha menyatakan bahawa aurat lelaki ketika solat paling minimum antara pusat dan lutut. Namun apabila seorang lelaki berhadapan dengan wanita ajnabi maka lelaki itu wajib menutup tubuh badan mereka. Dalam erti kata yang lain haram si lelaki berlengging (tidak berbaju) di hadapan wanita ajnabi. Jelas bukan? Fatwa berbeza berdasarkan situasi yang tak sama.
Dalam kitab al-Majmu’ (rujukan utama kitab fiqh Syafi’ie), imam nawawi menjelaskan maksudnya perkataan نساء كاسيات عاريات (Wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang) dalam hadis sahih adalah wanita yang menzahirkan kecantikan tubuh badan mereka meskipun berpakaian, wanita sebegini termasuk dalam dua golongan ahli nereka. Maka jelas di sini menurut ulama wanita berpakaian ketat di hadapan lelaki ajnabi haram hukumnya. Yang makruh hanyalah ketika solat berseorangan atau bersama mahramnya.
Hukum lelaki memakai pakaian ketat termasuk pakaian sukan. Dalam kitab fiqh menyatakan lelaki memakai pakaian ketat ketika solat hukumnya “Khilaf Awla” iaitu lebih afdal ditinggalkan. Namun jelas apa yang dinyatakan ini berkait rapat ketika solat dan berbeza di luar solat terutama di hadapan wanita ajnabi. Sepakat para ulama dari mana-mana mazhab pun bahawa apa jenis pakaian dan ketrampilan lelaki yang boleh menimbulkan syahwat dari pihak wanita hukumnya haram.
Oleh itu tidak mustahil lelaki yang berbadan cantik, slim dan sado mampu menaikkan syahwat wanita yang melihatnya. Jika tidak, mengapa Allah perintahkan wanita agar menjaga mata mereka seperti yang dinyatakan dalam surah al-Nur, ayat 31? Lelaki boROY yang berpakaian ketat pun ada wanita yang bersyahwat .
Konklusinya lelaki yang berpakaian ketat boleh jatuh haram kerana mendedahkan diri kepada fitnah yang berbahaya, oleh itu sewajarnya dielakkan. Bayangkan isteri orang boleh puji ‘kesadoan’ badan lelaki ajnabi. Suami orang jangan cakaplah, lebih ramai yang puji dan terpikat dengan kecantikan tubuh badan wanita lain. Ini hakikat yang perlu diterima kerana kita kita hidup dalam persekitaran yang tidak sihat. Orang yang dipuji akan berasa bangga tetapi sedarkah pujian itu hasil dari perbuatan dosa?
Akhir sekali segala keputusan dalam menentukan gaya hidup berada di tangan kita sendiri. Kita yang menentukan sama hidup kita ini tunduk pada syariat Allah atau tidak. Tidak salah bersukan tetapi biarlah ia berlandaskan patuh syariah. Sebagai suami anda bertanggungjawab mendidik isteri anda sendiri ke jalan yang diredhai Allah ta’ala. Jangan pula suami berperanan sebagai ajen penyebarkan perbuatan yang salah di sisi agama.
Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi
Sumber : Fb Ustaz Syed Syahridzan Ben Agil
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.