Mana Lebih Baik, Beli Rumah Sendiri Atau Sewa Sahaja? Ini Jawapan Pakar Hartanah

Share

Kita sering bertanya, mana lebih baik, memiliki rumah sendiri atau menyewa sahaja pada usia muda? Kadang kita terfikir, kalau terus menyewa rumah orang, sampai bila pun tak ada harta sendiri sampai tua. Kalau beli rumah sendiri, bayar sikit-sikit pun lama-lama akan jadi harta kita juga. Betulkan!

Keluarga pun selalu akan bertanya, bila kita mahu beli rumah sendiri. Mana tahu sautu hari nanti ada jodoh, kan dah senang duduk rumah sendiri. Tak adalah nak tumpang rumah mak ayahkan atau rumah mentua!

Rumah mahal mana mampu, gaji pun ala ala…itu sebahagian jawapan kita dengar.

Memang  pening fikir soal rumah dalam keadaan ekonomi sekarang. Membeli rumah bermakna kita akan terikat dengan komitmen selama 20, 25, 30 tahun atau lebih dan kalau tak boleh bayar lebih dari tiga bulan, bank akan bagi surat peguam. Memang ngeri memikirkannya.

Tapi kalau duduk menyewa, kalau tak mampu bayarpun paling-paling tidak kita dihalau oleh tuan rumah. Pergi cari lagi rumah sewa lain dan boleh ada tempat teduh. Masa yang sama, nama kita pun tak di black list oleh pihak bank. Nampak tak dilema di sini.

Bagi yang pening memikirnya, jawapan dari pakar hartanah dikenali sebagai Mr Hartanah@twthartanah telah memberi kita pilihan dalam membuat jawapan!

Baca tweetnya dan selepas itu kita boleh fikir baik-baik!

 

Pendapat ini boleh kita fikirkan dengan baik kerana dalam satu situasi, nampaknya menyewa ini seperti memberi manfaat kepada golongan yang bijak menilainya dalam jangka masa panjang. Kalau menyewa sahaja, bermakna kita ada lebihan wang tunai di tangan tetapi kalau terikat dengan perjanjian bank, dalam situasi di bawah, wang tunai secara alirannya semakin mengecil.

 

 

 

 

 

Ini memang biasa iaitu dilema seorang anak yang ingin membantu mak ayah beli rumah kerana mahukan sebuah kehidupan yang  lebih selesa tetapi masa yang sama aliran wang tunai akan menguncup dengan banyak di tangan.

 

 

 

 

 

 

 

IKLAN