
Kadang-kadang, satu ucapan penuh keikhlasan sudah cukup untuk menyentuh hati ramai orang.
Itulah yang berlaku baru-baru ini ketika Majlis Istiadat Konvokesyen ke-23 Universiti Malaysia Terengganu (UMT), apabila ucapan wakil graduan tular di media sosial dan meruntun hati warganet.
Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok rasmi UMT, seorang wakil graduan tampil menyampaikan ucapan khas buat kedua-dua ibu bapanya.
Dalam nada sebak, pemuda itu meluahkan rasa syukur dan penghargaan yang mendalam atas pengorbanan mereka.
Ucapan tersebut nyata menyentuh hati ramai apabila kelihatan air mata turut mengalir di pipi ibu dan bapa pemuda itu sebaik mendengarnya.
Malah, suasana di dewan turut menjadi sebak apabila para graduan lain serta tenaga pengajar dilihat menitiskan air mata mengenangkan jasa ibu bapa masing-masing.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengakui turut tersentuh dengan kata-kata penuh makna itu. Ramai mendoakan agar pemuda berkenaan serta semua graduan yang diraikan terus menjadi anak yang soleh dan insan berguna buat masyarakat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.