Siapa je yang tidak pernah impikan untuk memakai barangan jenama mewah seperti pakaian dan aksesori terbaru.
Namun sudah tentu tidak semua insan mampu memilikinya. Jadi bagi segelintir individu ini, mereka sanggup menggayakan barangan tiruan semata-mata ingin nampak classy di mata masyarakat.
Disebabkan permintaan meninggi, perniagaan barangan tiruan dan cetak rompak semakin berjaya dan berkembang di Malaysia.
Baru-baru ini, lokasi membeli-belah Petaling Street, Kuala Lumpur telah tersenarai dalam The Notorius Market List mengikut laporan Semakan Pasaran-pasaran Barang Tiruan dan Cetak Rompak 2022 oleh United States Trade Representative (USTR).
Petaling Street terkenal sebagai salah satu lokasi utama pelancong dan aktiviti ekonomi di ibu kota.
Dakwa USTR, Petaling Street dikenal pasti sebagai lokasi pasaran fizikal yang menawarkan barangan palsu dan cetak rompak pelbagai jenis produk palsu seperti jam tangan, kasut, beg tangan, dompet dan cermin mata hitam.
Ads
Sesudah zaman pandemik, aktiviti jual beli di Petaling Street bagaimanpun dilaporkan masih belum pulis sepenuhnya. Ini kerana kehadiran pelancong asing ke sana masih lagi kurang berbanding beberapa tahun lepas.
Senarai USTR ini juga menamakan 39 pasaran atas talian dan 33 pasaran fizikal dari seluruh dunia yang didapati terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kerja-kerja pemalsuan tanda dagang serta cetak rompak hak cipta.
Selain itu, ia mengenalpasti ekosistem e-dagang WeChat sebagai salah satu platform terbesar yang menawarkan barangan cetak rompak di China.
Di lain-lain negara, ia menyenaraikan entiti atas talian lain termasuklah Shopee, Ali Express, MP3 Juices, Sci Hub, Thepiratebay dan Taobao setelah mendapati kesemua menjadi lubuk penjualan barangan tiruan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bila menonton filem tamil mahupun Hindustan, kita sering disajikan adegan polis menerima rasuah dari pemimpin politik, gangster dan juga orang berkepentingan. Jika sudah menerima rasuah, biasanya semua kesalahan ditutup sebelah mata saja.
Terkini, bagaikan adegan dalam filem, menurut laporan CNN sebanyak 2,500 orang dianggarkan telah menerima vaksin COVID-19 palsu. Pihak bertanggungjawab dianggarkan telah memperoleh keuntungan sekitar USD$ 28,000 dari vaksin palsu.
Menurut seorang pegawai kanan di jabatan polis Mumbai, vaksin palsu yang diberikan tersebut mengandungi air garam. Vaksin tersebut disuntik kepada mereka yang menunggu untuk mendapatkan vaksin di 12 pusat vaksinasi ini.
14 orang ditahan oleh polis India kerana disyaki menipu, cuba membunuh, konspirasi jenayah dan tuduhan berat yang lain. Jumlah suspek berkemungkinan meningkat seiring dengan siasatan yang sedang dijalankan oleh polis.
Penyediaan vaksin palsu ini menambah penderitaan yang ditanggung oleh rakyat India.
Untuk rekod, India telah mengeluarkan vaksin sendiri yang didakwa berkesan sehingga 78 peratus terhadap jangkitan simptomatik. Perdana Menteri India Narendra Modi mengumumkan pada bulan Jun bahawa vaksin itu akan diberikan secara percuma kepada semua rakyatnya.
Dari bulan April hingga awal bulan Jun, India dilanda gelombang kedua COVID-19 yang telah menjangkiti berjuta-juta dan membunuh puluhan ribu orang di seluruh India.
Perghhhh, benda ini pun nak dibuat main. Itu lah bila wang menguasai semuanya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Heboh di media sosial baru-baru ini tentang pengumuman PKP di beberapa kawasan daerah Selangor yang bermula hari ini 6 Mei hingga 17 Mei, ramai warga netizen yang tidak berpuas hati kerana pengumuman baru daripada MKN (Majlis Keselamatan Negara) ini.
Terkini, antara beberapa kawasan PKP baharu yang telah diumumkan adalah di daerah Johor Bahru, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mukim Taiping dan juga daerah Besut, Terengganu. Apa yang membuatkan warga netizen berasa marah adalah mengapa PKP tidak diumumkan secara serentak, dan ada juga yang berkongsikan kesedihan mereka kerana tidak dapat beraya bersama keluarga akibat pengumuman baharu PKP ini.
Bukan itu sahaja, mereka juga berkongsi rasa marah mereka kerana pengumuman yang dilakukan itu dalam jangka masa yang pendek dan mereka tidak dapat melakukan persediaan dengan lebih awal, bagi mereka yang ingin merentas daerah sebelum bermulanya PKP 3.0
Selain daripada adanya warga netizen yang naik bengang kerana PKP diumumkan secara tiba-tiba pada malam semalam, ada juga yang merasakan PKP di Selangor harus lebih panjang berbanding Kuala Lumpur kerana Selangor mempunyai kes yang lebih tinggi daripada Kuala Lumpur. Ada juga diantara warga net yang berkongsikan kesedihan mereka kerana tidak dapat berkumpul bersama keluarga.
Namun, ada juga warga netizen yang bersetuju jika PKP dikenakan di seluruh kawasan dan negeri seperti PKP 1.0 demi membendung penularan wabak penyakit Covid-19. Apa pun, korang setuju ke dengan PKP yang ditambah secara tiba-tiba semalam ni?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Wang, tenaga, teknologi dan tentunya situasi terdesak memungkinkan apa saja terjadi, termasuklah membina sebuah hospital dalam tempoh kurang seminggu!
Itulah perkembangan terbaru di Wuhan China dalam usaha untuk merawat para pesakit wabak Virus Korona.
Kerajaan China mengumumkan pembinaan sebuah hospital khas yang sedang berlangsung di Wuhan. Menariknya, ia hanya akan memakan masa seminggu saja untuk disiapkan!
Hospital sebesar 25,000 kaki persegi ini akan menempatkan 1000 katil. Rahsia di sebalik pembinaan pantasnya pula terletak pada kaedah pembinaan pasang siap (IBS) yang lebih pantas, mudah dan menjimatkan.
Semalam tular foto dari udara yang menunjukkan 35 jentera pengorek dan 10 jentolak sedang giat melakukan kerja di tapak pembinaan.
Ini bukanlah kali pertama China membina bangunan pada kadar segera.
Pada tahun 2003 semasa dunia dilanda wabak SARA, Hospital Xiaotangshan berjaya dibina di Beijing dalam masa seminggu saja. Malah hospital terbaru di Wuhan ini juga menggunakan pelan pembinaan yang sama dengan Hospital Xiaotangshan.
Sehingga kini 25 kematian dan lebih 900 kes telah dilaporkan. Kebanyakannya tertumpu pada daerah di China selain negara lain seperti Jepun, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Thailand, Taiwan dan Singapura.
Sumber: Sinar Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!