
Malaysia sekali lagi menerima sumbangan dos vaksin dan kali ini, sebanyak 415,000 dos vaksin COVID-19 AstraZeneca daripada kerajaan United Kingdom diterima bagi meningkatkan momentum Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Bekalan vaksin itu dihantar melalui penerbangan Emirates Airlines EK 346 yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 2.20 petang semalam.

Ini merupakan sumbangan keempat yang diterima dari negara luar, sebebelum ini Jepun telah menyumbangkan 998,400 dos vaksin AstraZeneca, Amerika Syarikat memberikan 1,000,350 dos vaksin Pfizer dan China dengan 500,000 dos vaksin Sinovac.
Menteri Penyelaras PICK Khairy Jamaluddin berkata, sumbangan ini akan mempercepatkan vaksinasi di Malaysia dan pada masa ini, Malaysia mempunyai kadar vaksinasi harian per kapita tertinggi di dunia yang melebihi negara lain.
Kira-kira 62 peratus penduduk dewasa telah menerima suntikan dos pertama, manakala 31 peratus lagi telah melengkapkan dua dos vaksin.

Vaksin AstraZeneca yang diterima kali ini adalah untuk penerima dos pertama dan akan dihantar ke negeri-negeri. Malaysia juga dijadualkan menerima kira-kira 500,000 lagi dos vaksin AstraZeneca pada hujung bulan ini untuk kegunaan dos kedua.
Lega sedikit rasa hati bila mendengar perkhabaran ini. Diharap agar proses vaksinasi di luar Lembah Klang dilakukan dengan segera untuk negera mencapai imuniti kelompok bagi membendung penularan wabak pandemik ini.
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Empat Pelajar Universiti Di Cyberjaya Ditahan Dalam Kes Langgar Lari Menyebabkan Kematian

Empat Pelajar Universiti Di Cyberjaya Ditahan Dalam Kes Langgar Lari Menyebabkan Kematian
Dalam tempoh 24 jam yang lalu telah tular di kalangan pengguna laman media sosial di negara kita tentang sebuah kes langgar lari. Kejadian langgar lari yang tidak berperikemanusiaan yang berlaku pada Rabu lalu di Cyberjaya telah menyebabkan seorang gadis tidak berdosa, Wan Amirah Wan Alias telah maut akibat dilanggar.
Rakaman dari sebuah CCTV telah tersebar yang menunjukkan kejadian tersebut. Lantaran itu netizen mengecam tindakan melulu pemandu tersebut yang memandu dalam keadaan berbahaya dan seolah-olah tidak mempedulikan mangsa.
Dan selepas itu ramai netizen menggesa semua pihak untuk berusaha menjejaki dalang di sebalik kejadian yang cukup menyedihkan ini. Mangsa telah dirempuh dari belakang dan diseret sejauh beberapa meter oleh kenderaan pelaku sebuah kereta model Hyundai dengan nombor pendaftaran BHS 7999.

Namun pagi ini kita telah menerima perkhabaran gembira selepas pihak polis menahan seramai tiga orang lelaki Arab dan seorang wanita warga Malaysia pada tengah malam tadi di Cyberjaya.
Menurut laporan Astro Awani, salah seorang yang ditangkap ialah seorang pemuda dari Yaman berusia 22 tahun dipercayai terlibat dengan kes langgar lari menyebabkan kematian. Penahanan tersebut dilakukan di Persiaran Putra Permai Selesa, Pusat Bandar Putra Permai Seri Kembangan.
BACA: Peniaga Ikan Bakar Dakwa Kerugian Ribuan Ringgit, Lihat Apa Jawapan Balas Pelanggan
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata tankapan lanjutan turut dilakukan di Verdi Residence, Symphony Hills Cyberjaya dan melibatkan dua warga Libya dan seorang wanita tempatan berasal dari Sabah.
Kenderaan jenis Hyundai yang disyaki terbabit dalam kes tersebut turut dirampas oleh pihak polis. Kesemua yang ditangkap dipercayai merupakan pelajar di sebuah universiti antarabangsa di Cyberjaya.
Dalam laporan Sinar Harian sebelum ini memaparkan yang pemandu tersebut berang dengan seorang pengawal keselamatan yang melarangnya meletak kenderaan di petak parkir OKU. Kemudia dia dalam keadaan berang memandu kereta secara melulu dan berbahaya sehingga melanggar mangsa.
Bagi REMAJA, kejadian seperti tidak sepatutnya berlaku. Jangan disebabkan rasa marah kepada orang lain menyebabkan mangsa tidak bersalah menjadi korban. Di manakah kewarasan kita seorang manusia boleh hilang tatkala membawa kenderaan.
Jadilah pemandu yang sentiasa berhemah dan ingatlah pesan REMAJA ini; jika bawa kenderaan seperti kereta, tolonglah alert kepada yang lebih ‘kecil’. Maksud REMAJA di sini, tolonglah lebih peka kepada pengguna jalan raya seperti penunggang basikal, motosikal dan pejalan kaki.
Diharapkan keadilan akan dapat ditegakkan di atas kematian tragis Wan Amirah. Takziah kami ucapkan buat keluarganya…
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pasukan Hoki Malaysia Akhirnya Jadi Juara Piala Sultan Azlan Shah, Pertama Kali Dalam Sejarah!

Sejak diadakan pada tahun 1983, pasukan hoki negara belum pernah menjulang kejuaraan Piala Sultan Azlan Shah biarpun pertandingan tersebut menyaksikan Malaysia menjadi tuan rumah saban tahun.
Malaysia terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib juara sebanyak lima kali iaitu pada tahun 1985, 2007, 2009, 2013 dan 2014. Namun segalanya berubah apabila sejarah akhirnya tercipta. Pasukan hoki negara yang dilatih oleh Arul Selvaraj berjaya bergelar juara untuk edisi 2022.

Pasukan kebangsaan itu berjaya menumpaskan pasukan Korea Selatan dengan catatan mata 3-2. Ketiga-tiga gol itu dijaringkan oleh Shello Silverius pada minit ke 15, Razie Abdul Rahim pada minit ke 45 dan Aminudin Zain pada minit ke 48.
Gol pasukan Korea Selatan pula dijaringkan oleh Jang Jung Hyun dan Jeon Byungjin pada minit ke 16 dan 58.
BACA JUGA: #GirlPower: Srikandi Malaysia! Pearly Tan Dan M. Thinaah Juara Badminton Terbuka Perancis
Kejayaan ini dilihat sebagai satu perlawanan ‘balas dendam’ apabila tahun lalu pasukan Korea Selatan mengalahkan Malaysia pada Piala Asia yang berlangsung di Jakarta, Indonesia.
Malaysia seterusnya akan ke Potchefstroom, Afrika Selatan, untuk Nations Cup dari 28 Nov-4 Dis. Pasukan negara itu akan menentang Kanada, Perancis, Ireland, Afrika Selatan, Jepun, Korea Selatan dan Pakistan untuk merebut gelaran juara.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Facebook Hokita
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jangan Suka Harga Minyak Turun! Faktanya Ribuan Orang Boleh Hilang Kerja & BLR Bank Naik Sekali Ganda

Bermula tengah malam ini, harga minyak turun lagi. Harga runcit petrol RON95 turun sebanyak 38 sen seliter kepada RM1.44 manakala RON97 turun 36 sen seliter kepada RM1.74. Penurunan harga turut berlaku pada harga runcit diesel yang turun sebanyak 12 sen seliter kepada RM1.75.
Pada yang kurang memahami penurunan harga minyak ini, mereka menyahutnya dengan rasa gembira tanpa menyedari penurunan demi penurunan akan beri kesan besar pada ekonomi dunia.
Bila ekonomi dunia mula merosot, negara-negara akan menerima tempias bukan sedikit. Adakah kita tidak merasai tempiasnnya? Jika itu kita fikirkan, ternyata kita tersilap kerana penurunan berterusan harga minyak bermakna dunia menghampiri inflasi bermaksud akan berlaku penutupan lebih banyak syarikat kerana ketidakstabilan ekonomi.
Bacalah perkongsian ditulis oleh Ir. Haji Zainuddin Bin Haji Omar di fbnya zainuddin om.
Senang cakap, penurunan minyak bukan berita gembira sebaliknya akan bermula episod duka demi duka jika ianya berterusan. Bukan saja banyak syarikat akan ditutup tapi BLR bank juga akan naik sekaliganda. Kalau sudah tiada kerja bagaimana mahu membayar hutang piutang. Kesannya kita boleh muflis, rumah dilelong, kereta ditarik dan banyak lagi kesan lain.
Bacalah perkongsian ditulis oleh Ir Haji Zainuddin Haji Omar ini. Moga kita lebih faham apa yang berlaku.
Jangan suka sangat minyak turun lagi tuuu. Baca ni. Boleh kot buat food bank sikit”.
Harga minyak dunia sekarang merudum sehingga USD31/barrel akibat Covid-19. Ada analyst menjangka harga minyak akan jatuh ke-paras USD20.
Berita baik untuk pengguna kerana berkemungkinan harga petrol di stesen jatuh pada harga Rm1.20/liter nanti.
Berita buruknya, bila harga rendah ianya adalah tidak baik untuk ekonomi Malaysia dimana belanjawan 2020 di-peg pada harga minyak USD60/barrel.
Ini bermakna Malaysia tidak akan mencapai unjuran pertumbuhan ekonomi 4.5% dan berkemungkinan besar ekonomi negara akan menguncup kerana berlakunya global recession.
Saya telah mengalami beberapa recession semasa zaman bekerja pada tahun 1982-1983, 1990-1991, 1998-2000 dan 2008-2010.
Penularan Covid-19 ini akan berlaku sekali lagi economy meltdown diseluruh dunia. Saya menjangkakan masalah virus ini akan berpanjangan antara 1 hingga 2 tahun lagi.
Penjawat awam tidak akan merasa tempias masalah ekonomi merudum tetapi menjadi perit kepada mereka di swasta dan yang berniaga.
Apakah petanda apabila recession akan muncul?
- harga rumah jatuh.
• demand untuk rumah baru merudum.
• Construction business slowdown.
• jualan kereta baru merosot.
• trend share market kebawah.
• harga minyak tidak stabil.
• unemployment rate naik.
• BR naik secara perlahan.
• hutang kad kredit bertambah.
• rate inflasi naik.
• harga barangan essential naik.
• economy meltdown bermula dari negara ekonomi besar seperti US, Germany, France dll.
Saya pernah saksikan pada recession 1998-2000 dan 2008-2010 bagaimana rakan rakan kena retrench dari pekerjaan, business lingkup, rumah mereka dilelong dan ramai pulang kekampong halaman kerana tidak mampu tinggal dibandar dengan kos sara hidup yang tinggi.
Kawan kawan rasa sengsara pada zaman tersebut kerana mengambil loan bank dimana BR (Base Rate) mendadak naik sehingga terpaksa membayar dua kali ganda. Kalau biasa mereka membayar Rm3000 setiap bulan, dengan sekelip mata kena bayar Rm6000 pula. Pada masa itu lah rakan rakan yang menggunakan loan takaful merasa lega kerana tiada peningkatan bayaran bulanan mereka.
Saya notis banyak kereta dan rumah dilelong dengan harga murah. Seorang rakan membeli sebuah rumah banglo di PJ dengan harga Rm500k sahaja kerana pemiliknya tersepit kewangan.
Apa perlu rakyat marhaen buat zaman recession ini?
- Simpan 6 bulan cash reserve sebagai kontigensi. Jika anda perlu membayar setiap bulan hutang rumah Rm1000, hutang kereta Rm500, perbelanjaan rumah Rm2000, maka jumlah sebulan adalah Rm3500. Ini bermakna cash reserve 6 bulan yang perlu disimpan adalah Rm21,000. Jika recession datang, anda ada 6 bulan untuk menilai situasi, mengambil langkah drastik dengan tidak mencopek.
- Jangan berhutang baru dan langsaikan apa apa hutang yang ada. Anda tidak perlu membayar riba kepada bank.
- Bayar 100% hutang kad kredit. Lebih baik anda gunting semua kad kredit.
- Berjimat cermat bila berbelanja. Tidak perlu beli Iphone jika android China phone anda masih berfungsi.
- Jangan bertukar kerja sekarang ini kerana kebiasaan bila retrenchment, last in first out.
- Kalau kewangan kukuh, carilah rumah lelong yang berharga murah pada zaman recession.
- Balik kampong tanam kacang kerana sara hidup dibandar adalah lebih tinggi.
- Ambil skim MSS/VSS jika semua hutang sudah langsai dan tarikh persaraan anda sudah hampir.
- Cash is king.
Kepada mereka yang mempunyai wang lebihan, recession adalah masa sesuai untuk membeli rumah dengan harga murah kerana pelaburan hartanah sangat menguntungkan bila ekonomi berkembang semula nanti.
Allahuallam.
* dietlah ketika recession.
Catatan Ir. Haji Zainuddin Bin Haji Omar
FB: zainuddin omar
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

