
Program tahunan World Quran Hour dan Malaysia Quran Hour bermatlamat untuk mengajak dan menggalakkan umat Islam supaya membaca, memahami dan mengamalkan ajaran yang terkandung dalam al-Quran. Melalui program itu umat Islam berpeluang untuk meluangkan masa selama satu jam sehari untuk membaca dan menghayati ayat-ayat suci al-Quran disamping mendidik umat Islam supaya sentiasa membaca al-Quran secara berterusan pada setiap hari dan bukan hanya pada masa-masa tertentu sahaja.
Finalis Pencarian Hero Remaja 2017 juga tidak ketinggalan menyokong kempen Malaysia Quran Hour yang berlangsung, baru-baru ini, jom kita tengok gelagat mereka.
Hero Remaja pun sokong… anda bagaimana?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru Mula Beroperasi Selepas 4 Bulan Ditutup, Safwan Nazri Reda Diuji Kedai Terbakar

Selepas lebih kurang empat bulan perniagaannya dihentikan operasi akibat PKP, bintang Hero Remaja 2017, Safwan Nazri diuji apabila berlaku kebakaran cawangan kedainya di Kuala Lumpur.
Memulakan perniagaan francais Ayo Fried Chicken kira-kira dua tahun yang lalu, Safwan kini sudah mempunyai enam cawangan francais termasuk di Lembah Klang dan bahagian utara seperti Kedah dan Perak.
BACA: Safwan Nazri Berjaya Buka Cawangan Ayam Goreng Cheese Yang Ke-4 Dalam Tempoh Setahun

Mengakui bahawa perniagaannya sedikit terjejas akibat PKP ini, Safwan sekali lagi reda apabila dia diuji dengan kebakaran yang berlaku di kedai cawangan Podium, Sungai Penchala, Kuala Lumpur.
“Baru sahaja nak mulakan semula operasi perniagaan di cawangan Podium KL, saya telah menerima khabar duka cita apabila pekerja kami menelefon memberitahu bahawa berlakunya kebakaran di kedai kami. Pada mulanya saya terkejut dan panik kerana ingatkan satu Podium terbakar, tetapi Alhamdulillah api berjaya dipadamkan segera dan tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku,”
“Saya juga tidak dapat memastikan lagi berapa kerugian yang ditanggung kerana belum sempat untuk melihat secara keseluruhannya. Tetapi dianggarkan lebih kurang RM5000 hingga RM6000 jugalah. Apa-apa pun saya tetap bersyukur kerana tidak ada yang cedera dan masih ada peralatan berniaga yang boleh digunakan lagi. Saya anggap ini sebagai ujian yang diberikan oleh Allah SWT dan reda dengan ketentuanNya. Mungkin ada rezeki yang lebih baik Dia akan berikan pada saya nanti,” jelas Safwan.
Baru-baru ini juga, Safwan dilihat menghadiahkan ibunya sebuah kereta mewah BMW sempena hari ulang tahun permaisuri hidupnya itu.
“Alhamdulillah, memang niat saya nak berikan hadiah kereta buat Mama dan keluarga. Lagi pun, Mama banyak membantu saya dalam perniagaan ini. Mama juga antara individu yang selalu memberikan semangat untuk melakukan apa sahaja perkara yang saya ceburi. Saya juga percaya sekiranya kita bahagiakan kedua ibu bapa, insyaAllah Allah akan berikan rezeki yang lebih banyak,” tambahnya lagi.
Walaupun sibuk menguruskan perniagaan, Safwan menjelaskan dia tetap ingin terus aktif dalam dunia lakonan dan tidak akan sesekali meninggalkan minatnya itu. Disebabkan PKP ini, banyak tawaran yang masih lagi terpaksa ditunda dan berharap agar selepas ini dia bakal kembali di kaca televisyen.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
MasyaAllah, Indahnya Maksud Nama Baby #Fattzura

Setelah seminggu kelahiran anak sulung kepada Fattah Amin dan isterinya, Nur Fazura, akhirnya pasangan glamor tersebut telah mendedahkan nama cahaya mata perempuan mereka seperti yang dijanjikan.
Terdahulu selepas kelahirannya pada hari Jumaat (2 Oktober) lalu, Fattah dan Fazura masing-masing menerusi akaun Instagram mereka memohon masyarakat agar memahami keputusan mereka untuk merahsiakan nama serta wajah anak mereka selama seminggu selaras dengan sunnah Nabi Muhammad SAW.

Hari ini setelah genap tujuh hari, Fattah dan Fazura mendedahkan nama anak mereka ialah Nur Fatima Aisya binti Abdul Fattah.
Seloroh mereka menerusi Instagram @fattzuralovelife, ‘Fatima’ berkata, “Fatima dah berusia seminggu hari ni tapi Daddy and Mommy kata Fatima masih muda sangat lagi untuk media sosial.
“Tapi Fatima tahu, ramai yang selalu doakan Fatima. Fatima syukur sangat pada Aunties and Uncles semua. Terima kasih! Fatima pun tak sabar nak jumpa semua bila Daddy dan Mommy fikir Fatima dah bersedia!” catat mereka menerusi akaun Instagram khas itu.

REMAJA tertarik dengan makna di sebalik nama Nur Fatima Aisya binti Abdul Fattah.
Ia bermaksud..
Nur : Cahaya
Fatima : Puteri Rasullulah SAW, Yang Tidak Menyusu Lagi
Aisya : Isteri Rasullulah SAW, Hidup Bahagia
Abdul : Hamba Allah
Fattah : Penakluk
Indah bukan!
Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada Fattah dan Fazura.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Saya Dahulu Sangat ‘Kosong’….” – Meerqeen Akui Platform Hero Remaja Pencorak Kanvas Putih Dalam Dirinya

Nama Meerqeen sudah tidak perlu diperkenalkan lagi kepada peminat seni tanah air. Walaupun masih baharu dalam industri, ramai yang memuji bakat lakonan pelakon muda ini dalam drama hit, Melur Untuk Firdaus.
Drama dengan plot cerita yang menarik ini juga menjadi fenomena dan tular sehingga berjaya menambat hati penonton daripada Indonesia.
ARTIKEL BERKAITAN: “Patutlah Aku Kena ‘Try’ Hero Remaja 4 Kali….” – Amir Ahnaf Kongsi Perasaan Bergelar Juri Uji Bakat Hero Dewi Remaja 2023

“Berbagai ragam dan karakter perserta yang saya jumpa selaku seorang juri hari ini. Ada yang sudah ada pengalaman, ada yang masih mencari rentak dalam industri dan ada juga yang seperti saya dahulu di mana hadir tanpa sebarang pengalaman,
“Sebab dahulu ketika Meerqeen hadir ke uji bakat Hero Remaja 2020 pun masih ‘kosong’, which is good sebab kita nak cari kanvas kosong yang dapat dicorakkan dengan bakat mereka sendiri melalui Hero Dewi Remaja 2023 ini,” komennya.

Meerqeen, atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen bin Shaiful Izam turut mengakui bahawa dirinya dahulu ingin menyertai platform Hero Remaja untuk menyerlahkan potensi diri sendiri.
“Meerqeen dulu tiada kawan langsung dalam industri ketika hadir ke uji bakat Hero Remaja 2020. Tiada kawan model atau kawan pelakon. Semua kawan saya biasa-biasa sahaja,
“Masa Merqeen masuk Hero Remaja yang lepas memang saya tiada sebarang pengalaman dalam industri seni berbanding dengan peserta lain ketika itu. Sangat ‘kosong’,
“Tapi saya selalu tanam azam dalam diri saya untuk menjadi yang terbaik. Maka melalui Hero Remaja lah saya mula mencorakkan kanvas kosong dalam diri saya untuk lebih bersinar,” komennya.

Mengimbas kembali pengalamannya menghadiri uji bakat tersebut, empunya badan akui bahawa dirinya terlalu gementar sehingga tertinggal perkara penting ini.
“Sedikit momen kelakar yang mungkin saya boleh imbas kembali ketika menghadiri uji bakat Hero Remaja 2020 adalah tertinggal kad pengenalan ketika mahu mendaftar,
“Saya dah sampai awal pagi ketika itu tapi dek kerana kesilapan penting itu, kawan ibu saya terpaksa patah balik ke rumah untuk ambil dan berikan kepada saya. Macam-macam ragam,
“Disebabkan khilaf itu, uji bakat saya berakhir agak lambat pada pukul 12 tengah malam, meskipun saya hadir awal pagi. Namun, saya tidak berputus asa sebab saya betul-betul mahukan peluang tersebut,” jelasnya lagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Instagram Merqeen, REMAJA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!







