Malaysia Pun Main Dalam Piala Dunia Juga! Perkenalkan Team Quidditch Kita

Share

 

Wait, Quidditch bukan dalam Harry Potter ke?

 

Yes, ia adalah sukan adaptasi daripada novel dan filem kegemaran berjuta-juta pembaca serta penonton seluruh dunia, Harry Potter.

Seperti yang korang tonton dalam filem tersebut, Quidditch adalah sukan yang memerlukan pemain (seeker) terbang menggunakan broomstick mereka sambil membaling masuk beberapa jenis bola ke dalam hoop yang disediakan. Akhir sekali, seeker perlu menangkap bola keemasan bernama Snitch.

 

 

Kadangkala ada juga yang merujuk kepada sukan ini sebagai Muggle Quidditch kerana – well, kita semua mana ada kuasa magis. Kena sedar diri sikit, kita tak boleh terbang. Kita ni Muggles.

 

* * * * *

 

Quidditch dalam versi realiti adalah lebih kepada gabungan beberapa jenis sukan menjadi satu. Antaranya termasuklah ragbi, bola baling dan dodgeball. Apa yang membuatkan ia lebih menarik adalah kerana ia boleh dimain oleh kedua-dua jantina sekaligus. Kalau korang bagus dalam menguasai ketiga-tiga jenis sukan itu, haa, main je lah.

 

Foto: CP Quidditch Photography

 

Disebabkan oleh faktor keterbukaan dari segi jantina, peringkat umur dan latar belakang, Quidditch kini semakin popular di kalangan pelajar di Malaysia sejak tahun 2005 lagi.

Malah, baru-baru ini, Malaysia telah menghantar wakil ke Florence Itali untuk menyertai IQA Quidditch World Cup untuk kali PERTAMA.

 

Foto: CP Quidditch Photography
Foto: Malaysian Quidditch Association

 

Bangga kejap Malaysia berjaya masuk Piala Dunia.

Pada tahun ini, 29 buah pasukan telah menyertai IQA Quidditch World Cup dan Malaysia ditempatkan di dalam kumpulan E bersama Kanada, Jerman dan Iceland. Itu bermakna mereka perlu menentang kumpulan F iaitu Norway, New Zealand, Sepanyol dan Switzerland.

 

Team Malaysia semasa latihan di Florence. Foto: Malaysia Quidditch Association

 

Nampak macam mustahil kan untuk berjaya, apatah lagi bila perlu menentang negara besar seperti ini.

Namun, Malaysia membuktikan mereka bukanlah pasukan ratahan apabila berjaya menewaskan negara seperti New Zealand, Ireland dan Switzerland sepanjang perjalanan mereka di sana.

Walaupun tidak berjaya untuk memenangi Piala Dunia kali ini, Malaysia seharusnya berbangga dengan pencapaian tangga ke 18 sebagai pasukan debut.

 

Team Malaysia ketika menentang Switzerland. Foto: Willy Tam

 

 

Soalan Paling Kerap Ditanya

Menurut Charmaine Goh daripada Damansara Dementors Quidditch, antara soalan yang sering diajukan kepadanya adalah, perlu ke pemain berlari dengan memegang broomstick

di celah – ahem – kangkang.

“Well, kalau tiada broomstick, bukan Quidditch lah namanya.

“Saya berharap agar Quidditch akan lebih diterima oleh netizen di Malaysia. Biasalah, orang Malaysia ni sukar sedikit untuk menerima benda baru seperti sukan ini. Mereka menganggap ia hanyalah aktiviti imitasi daripada buku kanak-kanak (Harry Potter) walhal Quidditch juga adalah sukan serius yang memerlukan skil dan strategi,” katanya.

Kami turut berbangga apabila Malaysia berjaya menempatkan diri dalam 29 buah pasukan Piala Dunia pada kali ini.

 

Kita cuba lebih baik untuk Piala Dunia akan datang okay.

 

IKLAN