Boleh dikatakan ayam merupakan antara menu favorite rakyat Malaysia, tak kira la digoreng, direbus, dibakar atau dimasak apapun ia confirm buat orang ketagih.
Ayam mungkin merupakan pilihan utama berbanding ikan secara umum dalam kalangan masyarakat. Ia mungkin disebabkan rasanya yang lebih sedap (sangat subjektif) atau lebih penting adalah harganya yang lebih murah berbanding ikan.
Namun, sejak kebelakangan ini isu bekalan ayam yang semakin berkurangan nampak gayanya makin meruncing di dalam masyarat kita. Sehinggakan, negara kita mengambil keputusan menghentikan sementara pengeksportan 3.6 juta ekor ayam sebulan ke negara lain mulai berkuat kuasa pada 1 Jun ini.
Malaysia menghentikan sementara pengeksportan 3.6 juta ekor ayam sebulan ke negara lain mulai berkuat kuasa pada 1 Jun ini. Hal ini bagi menampung keperluan bekalan ayam yang semakin berkurangan di Malaysia.
Bagai menangguk di air keruh, sesetengah rakyat di negara jiran kita iaitu Singapura didapati mengambil kesempatan dengan mengiklankan produk berasaskan ayam di platform jual beli barangan terpakai, Carousell. Paling mengejutkan mereka meletakkan harga menu berasaskan ayam ini dengan tidak masuk akal, ada sehingga mencecah harga RM3.8 juta.
Ads
Menerusi laporan yang dikeluarkan, tinjauan mendapati selain sepinggan nasi ayam Hainan dijual pada harga RM3,195, beberapa produk lain turut disenaraikan seperti popcorn ayam beku berharga RM1.9 juta dan sekotak Chicken McNuggets berisi empat ketul nugget ayam berharga RM1,597.
Selain itu, adalah lebih mengejutkan lagi apabila produk ayam goreng KFC diiklankan sebagai produk edisi terhad dan jarang ditemui, dengan harga yang disenaraikan pula mencecah RM3.8 juta.
Ads
Menurut Menteri Negara bagi Kelestarian dan Alam Sekitar Singapura, Desmond Tan telah memberi jaminan bahawa terdapat bekalan mencukupi untuk semua orang dan tidak perlu melakukan sebarang pembelian panik.
Hal ini difahamkan, Singapura mengimport kira-kira 34% bekalan ayamnya dari Malaysia dan sebilangan yang lain pula didapati dari negara Thailand, Australia, New Zealand, Brazil dan Amerika Syarikat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tatkala umat Islam di seluruh dunia terpaksa menunaikan solat sunat Aidilfitri di rumah kerana masjid serta surau rata-rata tidak mempunyai kapasiti ruang yang cukup untuk membenarkan solat secara penjarakan sosial, lain pula ceritanya dengan di Jerman.
Foto yang dimuat naik oleh seorang wartawan di BBC UK memaparkan bagaimana ruang letak kereta tanpa bumbung di IKEA cawangan Wetzlar (berdekatan Frankfurt) itu bertukar wajah menjadi ruang solat mega.
Tweet yang dimuatnaik oleh @AbdirahimS itu mendapat perhatian apabila ramai kagum dengan usaha IKEA Jerman yang bersifat terbuka kepada umat Islam di sana.
Ia bagi memenuhi tuntutan sunat muakad penduduk Islam di sana yang ingin menunaikan solat sunat Aidilfitri.
Setiap jemaah bagaimanapun tetap mempraktikkan penjarakan sosial apabila kain sejadah masing-masing diasingkan dengan jarak 1 meter.
Menurut Abdi Rahim, disebabkan perlu mengikut arahan penjarakan sosial itu, penduduk Islam di sana meminta kebenaran daripada pihak IKEA untuk menggunakan ruang luas tersebut dan pihak pengurusan tidak mempunyai sebarang masalah untuk membenarkannya!
Semasa solat dan khutbah ditunaikan, pihak polis turut didapati dalam keadaan bersedia bagi melindungi jemaah.
Perkembangan tersebut mendapat reaksi positif daripada ribuan pengguna Twitter. Ia sekaligus membuktikan bahawa penduduk di Wetzlar Jerman menolak sebarang bentuk ‘peperangan’ Islamofobia yang sering kedengaran di sekitar benua Eropah.
Malah pihak penganjur dan masjid turut berterima kasih kepada IKEA dan semua yang terlibat kerana telah menjayakan acara tersebut.
Nampaknya, keprihatinan masyarakat masih wujud dalam dunia ini.
Sejak semalam di grup whatsApp ibu bapa tular satu keratan perenggan mengatakan sekolah bakal dibuka semula pada 15 Julai 2020.
Dalam keratan bertulis nombor 21 itu, tertera Dengan ini KPM menetapkan bahawa tarikh pembukaan semula sekolah bagi murid tingkatan 6 Semester 1, Kelas Peralihan, Tingkatan 1 hingga 4 serta murid tahun 5 dan 6 adalah pada hari Rabu 15 Julai 2020. Ia akan melibatkan seramai 2539, 297 murid.
Manakala murid tahun 1 hingga 4 akan mula ke sekolah pada hari Rabu, 22 Julai 2020 yang melibatkan seramai 1580, 768 murid.
Walau Menteri Kanan Pendidikan belum membuat pengumuman namun jam 4 ini akan membuat kenyataan dalam sidang media namun kenyataan perenggan ini sudah beredar ke grup-grup ibu bapa sejak semalam sekali gus menimbulkan persoalan, siapakah yang menularkan kenyataan ini hingga ramai ibu bapa membuat pertanyaan di grup sekolah masing-masing. Adakah kenyataan ini juga tepat?
Dalam pada itu, Astro Awani melaporkan Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Radzi Jidin dijadualkan membuat pengumuman tentang tarikh pembukaan sesi persekolahan dalam satu sidang media khas pukul 4 petang ini.
Sidang media mengumumkan pembukaan sesi persekolahan semua peringkat itu itu akan disiarkan secara langsung di saluran Astro AWANI, RTM, Bernama TV dan TV3. Sesi persekolahan bagi pelajar tingkatan 5 dan 6 telah mula dibuka pada 24 Jun yang lalu bagi mereka yang terlibat dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
Sesi persekolahan yang dibuka semula pada 24 Jun lalu melibatkan 500,444 pelajar di 2,500 buah sekolah seluruh negara.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Taman tema yang dibina di atas tanah berkeluasan 21 hektar, Movie Animation Park Studios (MAPS) di Ipoh nampaknya sudah ditutup mulai hari ini sehingga ke suatu Tarikh yang akan diumumkan kelak.
Dibuka kepada orang ramai sejak 26 Jun 2017 lalu, notis penutupan dikeluarkan oleh The Receiver and Manager Animation Theme Park Sdn Bhd (ATP) daripada Messrs Ernst & Young.
Menurut notis berkenaan, segala kesulitan akibat penutupan MAPS amat dikesali.
Ramai netizen yang memberi komen tiket masuk taman tema ini adalah terlalu mahal dan kemudahan yang disediakan turut tidak berbaloi dengan harga tiket.