Malaysia Bakal Dapat PM Baru Pertengahan Tahun 2020?

Share

 

Setelah peralihan kuasa kerajaan kepada Pakatan Harapan tahun lalu, rakyat tertanya-tanya sekiranya pertukaran jawatan Perdana Menteri seperti yang dikatakan bakal terjadi dalam masa terdekat?

 

Hari ini, presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan beliau mengenai hal ini.

Beliau MENJANGKAKAN proses peralihan jawatan Perdana Menteri daripada penyandang beliau, Tun Dr Mahathir Mohamad akan berlaku sekitar Mei tahun depan.

Bercakap kepada agensi berita antarabangsa Bloomberg, Datuk Seri Anwar berkata ada satu perjanjian tentang soal peralihan tersebut yang telah dibuat di mana, Tun Dr Mahathir akan meletak jawatan pada waktu bersesuaian. Dan jawatan Perdana Menteri akan diserahkan sejurus selepas itu.

Namun, beliau tidak terlalu memikirkan tarikh spesifik untuknya berlaku.

“Ada perjanjian mengatakan ia akan dibuat dalam bulan dinyatakan (Mei 2020). Namun saya tak terlalu memikirkan tarikh tepat,” kata beliau dalam teruramah bersama Bloomberg.

Untuk pengetahuan, pada akhir Ogos lalu Tun Dr Mahathir telah mengulangi janjinya untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar.

“Saya buat janji, saya berpegang pada janji saya.

“Apabila saya letak jawatan kelak, tentunya Anwar akan naik sebagai Perdana Menteri. Jangan risau,” jelas beliau semasa mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Yayasan al-Bukhary Kuala Lumpur.

*

Jika peralihan ini bakal berlaku pada tahun 2020, korang rasa Malaysia sudah bersedia untuknya?

Sumber: SINAR HARIAN

*

HEY GIRLS, WE’RE BACK

 

IKLAN