Setelah peralihan kuasa kerajaan kepada Pakatan Harapan tahun lalu, rakyat tertanya-tanya sekiranya pertukaran jawatan Perdana Menteri seperti yang dikatakan bakal terjadi dalam masa terdekat?
Hari ini, presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan beliau mengenai hal ini.
Beliau MENJANGKAKAN proses peralihan jawatan Perdana Menteri daripada penyandang beliau, Tun Dr Mahathir Mohamad akan berlaku sekitar Mei tahun depan.
Bercakap kepada agensi berita antarabangsa Bloomberg, Datuk Seri Anwar berkata ada satu perjanjian tentang soal peralihan tersebut yang telah dibuat di mana, Tun Dr Mahathir akan meletak jawatan pada waktu bersesuaian. Dan jawatan Perdana Menteri akan diserahkan sejurus selepas itu.
Ads
Namun, beliau tidak terlalu memikirkan tarikh spesifik untuknya berlaku.
“Ada perjanjian mengatakan ia akan dibuat dalam bulan dinyatakan (Mei 2020). Namun saya tak terlalu memikirkan tarikh tepat,” kata beliau dalam teruramah bersama Bloomberg.
Untuk pengetahuan, pada akhir Ogos lalu Tun Dr Mahathir telah mengulangi janjinya untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar.
“Saya buat janji, saya berpegang pada janji saya.
Ads
“Apabila saya letak jawatan kelak, tentunya Anwar akan naik sebagai Perdana Menteri. Jangan risau,” jelas beliau semasa mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Yayasan al-Bukhary Kuala Lumpur.
*
Jika peralihan ini bakal berlaku pada tahun 2020, korang rasa Malaysia sudah bersedia untuknya?
Ya Allah sebaknya. Di saat kita berada dalam keadaan selesa menikmati pelbagai jenis makanan dan minuman malah ada yang sampai dibuang ke tong sampah akibat tak habis dimakan, saudara seagama kita di Yaman diuji dengan kebuluran.
Pandanglah wajah-wajah kecil yang hanya tinggal rangka ini. Semuanya mengharapkan ada sesuap dua roti dapat mengalas perut mereka. Melihat kepada gambar-gambar ini jelas tertera kanak-kanak ini kekurangan zat makanan membolehkan mereka membesar dengan sempurna. Ya mereka saudara seagama kita dan andai ada lebihan rezeki, bolehlah disalurkan buat mereka di Yaman.
Memetik kenyataan di fb Yemen Kasih Malaysia yang ditubuhkan khusus untuk membantu saudara segama kita di sana, negara Yaman diancam peperangan sejak 5 tahun lalu. Setiap 10 minit akan ada kanak-kanak yang mati akibat kelaparan. Lebih dari 2 juta rakyat hidup di dalam kem pelarian dan sebahagian daripada mereka tidak meninggalkan tempat tinggal mereka kerana menunggu mati atau terbunuh disebabkan api peperangan atau kebuluran. Mereka tidak mempunyai pilihan untuk melarikan diri dari kawasan perang di Yaman ke kawasan lain yang aman.
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu memaklumkan lebih dari 6,700 kanak-kanak telah terbunuh atau alami kecederaan teruk. Lebih kurang 1.5 juta lagi, kanak-kanak menjadi pelarian dan tiada tempat tinggal sempurna.
Paling menyedihkan, lebih lebih 7 juta kanak-kanak kekal tidur setiap malam dalam keadaan berlapar. Setiap hari, 400 ribu kanak-kanak berhadapan bahaya kekurangan nutrisi teruk serta berhadapan dengan kematian pada bila-bila masa.
Keseluruhannya, 7.5 juta kanak-kanak Yaman memerlukan pertolongan.
Sesungguhnya mereka bukanlah sekadar angka, mereka adalah kanak-kanak seperti anak-anak kita juga. Mereka telah membayar harga peperangan.
Bukan sekadar kanak-kanak sahaja tetapi sekitar 250,000 penduduk Yaman telah terbunuh akibat peperangan, kelaparan dan mengidap penyakit kolera sejak tahun 2015. Keadaan ini menjadi semakin teruk apabila ditimpa oleh penularan wabak corona yang mengakibatkan ratusan penduduk terbunuh dalam tempoh beberapa hari.
Bagi kita yang dalam kemampuan untuk membantu, boleh salurkan sumbangan melalui link ini. https://yemenkasih.org/donation.php. Atau bank in duit ke Pertubuhan Yaman Kasih Maybank Islamic 562106687201.
Moga saudara seagama kita ini menerima hak sepatutnya dinikmati, sama seperti orang lain juga. Sumber gambar : Yemen Kasih Malaysia / @liesminelli
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Susulan hujan lebat yang mengakibatkan bencana banjir lumpur dan tanah runtuh di sesetengah kawasan dalam negara sekarang, klip video yang memaparkan Ahli Parlimen Permatang Pauh iaitu Nurul Izzah Anwar di Dewan Rakyat lima bulan lalu; kembali diperkatakan.
Masih jelas di ingatan rakyat akan hujah yang pernah disampaikan beliau sewaktu parlimen kembali ‘dibuka’, Julai lalu setelah persidangan sekian lama ditangguhkan sejak awal tahun ini ekoran pandemik COVID-19.
Semasa persidangan secara bersemuka itu, Nurul Izzah telah memberi amaran kepada pihak kerajaan mengenai persediaan yang perlu dilakukan selari dengan Pelan Pemulihan Negara (PPN) semasa musim tengkujuh yang berlaku sekarang.
Ini kerana negara masih berdepan risiko wabak COVID-19 yang boleh menular dengan lebih pantas sewaktu musim tengkujuh. Bayangkan apabila orang ramai dikumpulkan di pusat pemindahan sementara. Tentunya di dalam keluasan ruang yang terhad, risiko wabak merebak akan meningkat secara automatik.
Sumber Gambar : Harian Metro
Menerusi klip bertarikh 26 Julai itu, Nurul Izzah berkata kes COVID-19 akan menjadi lebih teruk jika kemungkinan banjir pada musim tengkujuh tidak diambil kira dalam rancangan Pelan Pemulihan Negara (PPN).
“Di (Malaysia) akan tiba musim tengkujuh. Kalau dalam Pelan Pemuliha Negara) tidak ada dicerminkan apa akan berlaku bila sampai banjir di pelbagai kawasan, (beliau menjelaskan akibat daripada statistik bencana banjir dari November 2020 hingga Januari 2021 yang mengakibatkan penduduk dipindahkan, korban nyawa, rakyat kehilangan tempat tinggal dan amaran pengangkutan darat terhenti).
“Strategi mitigasi banjir amat penting. Saya hanya mahu kita ambil kira kerana ini akan terjadi. Kita tidak boleh biarkan wujudnya kluster baharu apabila kita hadapi krisis banjir.”
“Di Pulau Pinang, kami telah mengadakan kerjasama di antara kerajaan negeri, NAHRIM, JPS (dan) Pejabat Daerah untuk menyediakan pelan rapi menjelang banjir nanti. Jadi, kena ada beberapa perancangan kerana kita akan mengalami banjir di kala pandemik. Kesiap-siagaan ini saya minta sangat-sangat. Pelan pemulihan (perlu) diambil kira secara serius,” tegasnya.
Klip tersebut kembali tular terutamanya di laman Twitter kerana rakyat kini mempersoalkan tindak balas perlahan oleh kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri dalam soal menangani situasi banjir serta tindakan mereka setelah bencana melanda. Malah, ada dalam kalangan warganet yang menggelar Nurul Izzah sebagai ‘Mak Nujum’ kerana telahannya tepat!
Berikutan bencana banjir yang telah berlarutan lebih dari empat hari sekarang, Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini melaporkan sebanyak 181 kes positif telah direkodkan di Pusat Pemindahan Sementara setelah saringan dilakukan. 117 kes direkodkan di Selangor, 52 di Pahang, enam di Kelantan dan empat kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Apabila difikirkan semula, memang patut pun untuk rakyat kecewa. Saban tahun, kita sudah boleh menjangkakan bencana banjir akan berlaku sewaktu musim tengkujuh. Hanya perihal negeri mana yang akan terkesan sahaja yang berbeza.
Sampai bila kita perlu berdepan kerosakan harta benda yang banyak dan kehilangan nyawa setiap kali tibanya musim tengkujuh? Tidak semua isu perlu dipolitikkan, apa yang lebih penting adalah kebajikan rakyat Malaysia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Beberapa hari lalu, mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di fbnya ada membuat cadangan untuk kerajaan mempertimbangkan pengeluaran secara one off dari akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Ini kerana pandemic COVID-19 telah mengakibatkan begitu ramai yang terjejas dari segi kewangan kerana kehilangan kerja.
Di saat ramai yang bersetuju dengan cadangan tersebut kerana dikatakan dapat membantu seketika masalah kewangan dihadapi ramai pencarum, hasrat itu nampaknya mungkin tipis ya.
Ya agak tipis di saat begitu ramai berharap kenyataan itu menjadi kenyataan.
Memetik laporan Harian Metro, Perdana Menteri membayangkan sukar bagi kerajaan membenarkan pengeluaran wang akaun satu caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi digunakan rakyat yang berdepan pandemik Covid-19.
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau menyedari ada cadangan yang dibuat bagi pengeluaran wang akaun satu KWSP dibuat berikutan rakyat terbeban dengan impak ekonomi akibat penularan berkenaan.
"Saya nak beritahu sukar untuk kita menimbangkan perkara berkenaan (benarkan pengeluaran wang akaun satu KWSP), bukan kerana kerajaan tidak mahu.
"Memang ramai yang teks saya berkata 'tolonglah Tan Sri, kami susah'. Sekarang pun tanpa mengeluarkan simpanan itu kita sudah menyediakan berbilion ringgit bagi membantu rakyat.
"Jika kerajaan benarkan perkara itu dilaksanakan dengan mengeluarkan segala simpanan KWSP yang masih berbaki, saudara akan hadapi masalah yang lebih besar di masa hadapan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-24 Koperasi Sungai Terap/Sungai Raya Muar Berhad di Dewan Sri Permata, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Pasir, dekat sini, hari ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!