Berita baik buat korang yang kaki travel, Malaysia Airlines Travel Fare (MATF) menawarkan potongan sehingga 45 peratus tambang ke destinasi domestik dan antarabangsa terpilih. Tawaran ini dibuka pada 25 Mac lalu hingga 4 April depan.
Korang boleh menikmati diskaun manfaat perjalanan dengan potongan 25 peratus ke atas penambahan, termasuk pemilihan tempat duduk, bagasi tambahan dan pakej lain. Bagi destinasi domestik, tambang bermula serendah RM79 sehala ke destinasi dalam Semenanjung Malaysia menggunakan kelas ekonomi, manakala tambang kelas perniagaan bermula daripada RM379 sehala bagi penerbangan Semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak.
Antara destinasi antarabangsa yang terpilih pula adalah London, India, Singapura, Phnom Penh, Ho Chi Minh, Manilla, Colombo, Kathmandu, Perth, Brisbane, Adelaide, Sydney dan Melbourne. Tempoh perjalanan boleh dilakukan sehingga 30 November 2022.
So guys apa tunggu lagi, kita pun dah boleh ke luar negara dengan tenang selepas 1 April ni. Hiks!
Selamat bercuti!
Ads
**
Ads
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Beberapa minggu lalu peminat muzik di seluruh dunia cukup heboh memperkatakan tentang berita kolaborasi dua artis popular dari dua benua berbeza.
Kedua-duanya kini merupakan artis yang bukan sahaja mempunyai pengaruh sangat luar biasa di kalangan netizen tetapi sangat berbakat besar.
Nama Dua Lipa dan Blackpink tidak perlu lagi REMAJA perkenalkan dan kini impian peminat untuk melihat mereka berkolaborasi akhirnya menjadi kenyataan. Pada hari ini, Dua Lipa menerusi albumnya, ‘Complete Edition’ telah dilancarkan dan turut memuatkan sebuah lagu istimewa berjudul ‘Kiss and Make Up’.
Dilancarkan serentak di seluruh dunia pada hari ini, ia merupakan sebuah dwi-bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Korea dengan konsep dance track, rap dan juga pop.
Ini merupakan kolaborasi pertama mereka dan juga pertama kali menyaksikan kesemua ahli Balckpink sebagai unit muncul dalam album mana-mana artis.
Pengenalan single ini seperti yang REMAJA jangka telah menjadi topik paling trending di seluruh dunia terutamanya di Twitter.
Rata-rata peminat Dua Lipa dan Blackpink sangat teruja dengan single yang cukup istimewa ini. Dan tak salah REMAJA katakan bahawa mereka hampir ‘memecahkan’ Internet pada hari ini.
Korang dah dengar lagu baru Dua Lipa dan Blackpink ini? Apa pendapat korang?
Bagi REMAJA ia sebuah lagu yang sangat catchy dan bakal menjadi hits di pelbagai carta seluruh dunia!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semua sedia maklum negara Belanda merupakan salah satu kuasa penjajah paling meluas dalam sejarah penjajahan dunia.
Selain negara seberang Indonesia, antara tanah jajahan Belanda yang lain melangkaui hingga ke India (1605-1825), Taiwan (1624-1662), Brazil (1630-1654), Vietnam (1936-1699), Afrika Selatan (1652-1797, kembali direbut daripada Inggeris pada 1806) dan Suriname (1668-1905).
Sepanjang tempoh penjajahan berkenaan, Belanda tidak terlepas daripada terbabit dalam menjalankan perhambaan selama 250 tahun di beberapa lokasi.
Kini selepas 150 tahun tamatnya perhambaan di tanah jajahan Suriname dekat Amerika Selatan, bahagian timur Indonesia dan di negara-negara kepulauan Carribean seperti Curacao dan Aruba, Belanda menerusi Perdana Menterinya secara rasmi telah membuat permohonan maaf bersejarah terhadap pembabitan itu,
Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte. FOTO: Reuters via iNews
Mark Rutte dalam kenyataannya menyebut perhambaan oleh Belanda ini sebagai jenayah terhadap kemanusiaan.
“Hari ini bagi pihak kerajaan Belanda, saya memohon maaf atas tindakan masa lalu negara Belanda.
“Negeri Belanda… memikul tanggungjawab atas penderitaan yang menimpa terhadap individu yang diperhambakan dan keturunan mereka.
“Kami, yang tinggal di sini dan pada masa sekarang, hanya boleh mengesahkan dan mengutuk perhambaan dalam istilah yang paling jelas sebagai jenayah terhadap kemanusiaan,” tambahnya,” ujarnya.
Antara wakil jemputan rasmi dari negara-negara bekas tanah jajahan Belanda. FOTO: Reuters via iNews
Permohonan maaf yang dibuat dalam bahasa Flemish atau bahasa Belanda itu kemudiannya diulangi beliau dalam bahasa Inggeris, bahasa Papiamento dan bahasa Sranan Tongo. Bahasa-bahasa ini digunakan di kepulauan Caribbean dan di Suriname.
Menurut laporan, Aruba telah menjadi bekas tanah jajahan Belanda yang pertama menerima permohonan maaf berkenaan. Namun, Perdana Menterinya Evelyn Wever-Croes mengesali kurangnya tindakan atau dialog kukuh oleh Belanda mengenai hal ini.
Apapun, kerajaan Belanda telah mengumumkan dana sebanyak 200 juta Euro atau kira-kira RM941.3 juta bagi inisiatif sosial di negara-negara bekas tanah jajahannya ini sebagai permulaan kepada hubungan diplomatik yang lebih baik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tiada apa yang memilukan, di saat keluar mencari rezeki buat keluarga namun yang pulang hanyalah sekujur tubuh yang sudah tidak bernyawa.
Hasrat seorang pemandu pembersihan jalan raya yang sedang menjalankan kerja pembersihan jalan berakhir dengan tragedi apabila maut selepas dirempuh sebuah kereta Honda di Bandar Utama Damansara berhampiran sebuah pusat beli-belah di sini, pagi ini.
Mangsa, Mohamed Zaini Zakaria, 32, yang baru menyambut ulang tahun kelahirannya semalam disahkan meninggal dunia di lokasi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian jam 5.54 pagi.
Menurutnya, kemalangan membabitkan sebuah Honda Accord dipandu mangsa melanggar bahagian belakang lori yang dipandu seorang lelaki dengan lapan pekerja kontrak sedang melakukan kerja pembersihan jalan raya.
"Akibat rempuhan itu, pemandu kereta tersepit dan anggota berjaya dikeluarkan anggota bomba sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi.
"Lapan pekerja pembersihan berusia antara 20-an hingga 40-an cedera ringan dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) menggunakan lima ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Sumber : Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!