Tiada apa yang memilukan, di saat keluar mencari rezeki buat keluarga namun yang pulang hanyalah sekujur tubuh yang sudah tidak bernyawa.
Hasrat seorang pemandu pembersihan jalan raya yang sedang menjalankan kerja pembersihan jalan berakhir dengan tragedi apabila maut selepas dirempuh sebuah kereta Honda di Bandar Utama Damansara berhampiran sebuah pusat beli-belah di sini, pagi ini.
Mangsa, Mohamed Zaini Zakaria, 32, yang baru menyambut ulang tahun kelahirannya semalam disahkan meninggal dunia di lokasi.
Ads
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian jam 5.54 pagi.
Menurutnya, kemalangan membabitkan sebuah Honda Accord dipandu mangsa melanggar bahagian belakang lori yang dipandu seorang lelaki dengan lapan pekerja kontrak sedang melakukan kerja pembersihan jalan raya.
Ads
"Akibat rempuhan itu, pemandu kereta tersepit dan anggota berjaya dikeluarkan anggota bomba sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi.
"Lapan pekerja pembersihan berusia antara 20-an hingga 40-an cedera ringan dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) menggunakan lima ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Sumber : Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
‘LET’S kill this love!’ Siapa yang tak kenal lirik lagu kumpulan k-pop yang hits ni? Makna kumpulan Blackpink itu sendiri melambangkan keperibadian kesemua anggota kumpulan itu yang bukan sahaja cantik tetapi memiliki bakat luar biasa. Tidak sekadar cantik dan pandai menari, namun antara kelebihan lain milik anggota Blackpink adalah keupayaan mereka bertutur dalam bahasa Inggeris tatkala kebanyakan artis dari Korea Selatan tidak mampu menguasai bahasa tersebut.
Mungkin ia juga faktor BLACKPINK berjaya menawan peminat mereka diseluruh dunia.
Baru-baru ini sebuah majalah dari China, JALOUSE ada berkongsi gambar BLACKPINK sebagai muka depan dan menghiasi ruang majalah itu. Keempat gadis muda kelihatan luar biasa dalam persalinan gothic dan punk rock, memberikan sisi yang berbeza BLACKPINK yang kerap dengan imej colourful.
Paling mengujakan ialah korang dapat melihat imej berbeza setiap ahli memakai pakaian gothic-punk yang edgy dalam gambar individu mereka, dengan padanan mekap bold dan glamor. Lisa dengan gincu rona hitam, Jennie seperti biasa imej comel ‘girl next door’, Rose memukau peminat dengan solekan cat eye yang garang dan Jisoo kelihatan seperti CEO yang powerful dan elegan.
Yang pasti mesti ramai teruja dengan imej BLACKPINK sebegini, dan mungkinkah akan dijadikan konsep untuk album baru yang akan datang.
Tak kisah la look apa pun sebab dorang ni memang cun, pakai apa pun cantikkan. Tahniah buat JALOUSE magazine.
Amacam? Okay ke tak okay Blackpink dengan imej garang ni?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sukar untuk menggambarkan perasaannya namun naluri untuk menyelamatkan seorang kanak-kanak yang berlumuran darah ketika tangan dan kakinya digilis sebuah lori memaksa seorang saksi, Darushallam Darusa memangku dan memeluk kanak-kanak yang sedang meraung kesakitan.
Berusia 47 tahun, Darushallam berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan dari Kem 512 di Padang Midin untuk pulang ke rumah dan kebetulan tiba di Bukit Chempedak ketika kemalangan itu berlaku.
“Saya ada di situ. Banyak kereta berhenti tetapi tidak ramai berani mendekati kerana kecederaannya amat parah. Saya terpandang keadaannya yang seolah dalam keadaan mamai, antara menahan kesakitan yang amat sangat dengan kaki yang sudah hancur digilis tayar lori. Saya terus pangku dan ribanya walaupun saya tidak sanggup melihat kecederaan dialaminya.
“Kalau tengok keadaannya (mangsa) mungkin tidak ramai yang sanggup menghulurkan bantuan tetapi saya tidak sanggup melihat sahaja tanpa membantu,” katanya kepada Sinar Harian.
Darushallam akui tidak ramai berani mendekati kerana kecederaan kanak-kanak ini amat parah namun dia memberanikan diri membantu kerana berasa sedih melihat situasi kanak-kanak iniBudak lelaki berusia 8 tahun ini alami kecederaan parah dalam mengerang kesakitan sementara menunggu bantuan ambulan tibaAhli keluarga mangsa yang datang selepas mendapat tahu berita ini tidak dapat menahan sebakMangsa terjatuh dari basikal saat cuba membelok selepas terlepas simpang dan lori yang dekat tidak sempat melakukan brek kecemasan lalu melanggarnya
Dalam kejadian malang itu, kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun yang tidak diketahui namanya itu sedang menunggang basikal sebelum terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Banggol Chempedak semalam.
Sebaik terjatuh dari basikal, lenyekan tayar itu mengakibatkan kaki kanannya hancur dilanggar selain alami kecederaan parah di tangan kiri dengan berlumuran darah.
Mangsa dikatakan keluar dari rumahnya di Kampung Baru Serada dan setibanya di lokasi, mangsa yang menunggang basikal bersendirian dipercayai terlepas simpang dan membuat pusingan U sebelum dilanggar sebuah lori dari arah belakang.
Pemandu lori itu dikatakan cuba mengelak namun kerana jarak terlalu dekat menyebabkan kenderaan berat itu hilang kawalan lalu melanggar mangsa.
Namun keadaan terkini mangsa masih belum diketahui selepas dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu untuk rawatan.
Dunia hiburan masih lagi hangat bercakap tentang gosip dua orang jutawan kosmetik, Sajat dan Dato’ Aliff Shukri yang dah pun mula berjinak-jinak dalam bidang nyanyian.
Malangnya, lagu dendangan mereka, Abang Nak Tegur telah pun menerima lebih kurang 290K dislike berbanding hanya 39K yang menekan butang like di siaran Youtube.
Ramai yang berpendapat bahawa Sajat telah ‘menghancurkan’ lagu tersebut dan bukan saja mereka, malah ada lagi beberapa selebriti juga pernah dikutuk kerana menyanyi sumbang.
Berikut merupakan senarai yang Remaja kumpulkan.
6. Fazura – Hancur Aku duet bersama Estranged
Fazura dilamar untuk berduet dengan penyanyi popular Indonesia, Anggun
Pelakon serba boleh ini memang diketahui kental jiwanya. Sebelum menamatkan zaman bujangnya dengan Fattah Amin, ramai netizen mempertikaikan suara Fazura yang tampil dengan single Sayangi Dirimu selain berduet dengan kumpulan Estranged, menerusi lagu Hancur Aku.
Kata netizen, bukan saja hancur tetapi sudah lebur!
Kutukan ini terjadi bila Fazura diberi peluang menyanyi semasa konsert F1 di tanahair, Ramai betul yang mempertikaikan suaranya.
Tapi semakin dikutuk pun terbaru, Fazura telah dilamar oleh penyanyi popular Indonesia, Anggun untuk duet mereka berdua.
5. Dato Seri Vida – I Am Me
Tampil dengan lagu ciptaan Edry Abdul Halim, I Am Me, jutawan perniagaan Dato Seri Vida juga tidak lekang dengan kutukan peminat yang banyak mempersendakan lagu nyanyiannya. I Am Me ditukar menjadi Ayam Mee serta pelbagai gelaran lain.
Biasalah, ada yang suka dan tidak tetapi kini Dato Seri Vida tetap dengan aksinya. Mungkin dia sendiri tak ambil port kutukan orang yang mengatakan dia tak boleh menyanyi.
4.Fattah Amin – Wanita Terakhir
Bukan nak mengata tetapi inilah yang netizen katanya. Kata mereka Fattah Amin memang tak boleh menyanyi. Lagunya Wanita Terakhir menjadi bahan gurauan. Di sebalik kata-kata netizen itu, penyanyi dan komposer, Aizat Amdan, pula menganggap aktor itu memiliki suara yang unik.
3.Daimaou Kosuka – Lagu Pen Pineapple Apple Pen
Lagu Pen Pineapple Apple Pen (PPAP) nyanyaian Daimaou Kosuka memang nampak simple selain liriknya berulang-ulang. Ramai yang mempertikaikan lagu nyanyian comedian Jepun ini tetapi lama kelamaan bagaikan terbius untuk sama-sama menari. Samalah dengan lagu I Am Me yang mana lama-kelamaan orang turut bergoyang juga.
Ramai menganggap liriknya biasa-biasa tetapi mungkin gelagatnya yang buat lagu ini popular
Kekal dengan baju berkilat warna kuning itu, video ini ditonton oleh 9 juta pengguna sekaligus meletakkan penyanyi dengan lagu cukup simple PPAP menjadi popular.
2. Dato Aliff Shukri – Lagu Abang Nak Tegur
Lagu Abang Nak Tegur yang dibuat penggambaran videonya di Sepanyol paling hangat diperkatakan. Khabarnya Dato Aliff siap merayu agar isterinya, Datin Shahida menyanyi selepas melihat dislike yang terlalu banyak berbanding orang menyukainya. Entahlah, tunggu video ini meletup dan ini mungkin boleh menutup mulut orang ramai terhadap lagu ini.
1. Nur Sajat – featuring lagu Abang Nak Tegur
Paling mendapat perhatian tentulah Sajat sekarang ini. Featuring lagunya, Abang Nak Tegur bersama Dato Aliff Shukri nampaknya menjadi topik bualan di mana ramai seakan tidak menyukainya.
So korang nilailah sendiri ya. Suka atau tidak adalah pendapat individu. Semuanya terpulang pada citarasa masing-masing.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Personaliti media sosial, Andika Putera berkongsi perkembangan terkini mengenai keadaan anak perempuannya, Alisha Puteri yang baru sahaja menjalani pembedahan mata.
Menerusi satu hantaran di TikTok,...