Malang tidak berbau, pagi tadi kita dimaklumkan dengan berita kemalangan seorang penunggang basikal wanita maut apabila basikal yang ditunggangnya dirempuh lori.
Difahamkan saksi kejadian yang berlaku di Jambatan Putrajaya, Mohd Shukri@Budiman berkata dia ternampak benda yang tergolek dan menyangka ada barang terjatuh dari lori sebelum membunyikan hon berulang kali.
“Tiba-tiba lori berkenaan terbabas dan naik di atas penghadang jalan dan saya nampak ada benda tergolek. Saya bunyikan hon berulang kali supaya lori itu berhenti. Apabila saya turun, rupanya objek yang saya ingat terjatuh itu adalah basikal,” katanya.
Bagaimanapun selepas pihak kecemasan tiba kira-kira 10 minit, mangsa yang berusia 34 tahun itu disahkan meninggal dunia.
Tidak mencari siapa benar dan siapa salah. Kun fa ya kun. Kalau Dia nak jadi maka terjadilah ia. Ini 9 Tip buat para penunggang basikal.
Ads
1. Ikut peraturan yang ditetapkan
Orang ramai yang mahu melakukan aktiviti berbasikal dinasihatkan untuk mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelakkan sebarang risiko.
Ia termasuk mementingkan aspek keselamatan seperti memakai topi keledar, pakaian cerah dan mengambil kira faktor masa serta lokasi apabila melakukan aktiviti itu.
2. Berfikiran seperti seorang pemandu kenderaan
Hal ini supaya pergerakan anda boleh dijangka pemandu lain. Ia termasuk berhenti ketika lampu isyarat bertukar merah, berhenti pada papan tanda berhenti, dan berbasikal menggunakan arah sama dan bukan melawan arus.
Jadi pergerakan korang dapat dijangkakan oleh pemandu lain.
3. Kekalkan penjarakan sosial
Ingat.. Kita masih lagi dalam usaha memerangi pandemik COVID-19. Jadi anda disarankan untuk menggunakan pelitup muka yang lebih selesa seperti skaf bandana dan sentiasa membawa cecair pembasmi kuman.
Ads
4. Helmet yang selesa dan saiz yang betul
Ketika berbasikal, pastikan topi keledar yang anda gunakan adalah sesuai dengan saiz kepala anda.
Menurut pakar, jarak antara helmet anda sehingga bahagian kening tidak boleh melebihi dua jari apabila diletakkan secara melintang.
Jarak antara topi keledar anda sehingga bahagian dagu juga tidak boleh melebihi dua jari apabila diletakkan secara melintang.
Ketika berbasikal, pastikan helmet yang anda gunakan adalah sesuai dengan saiz kepala anda.
5. Cari teman berbasikal bersama
Bagi korang yang baru berjinak dalam aktiviti riadah ini, dinasihatkan berbasikal bersama rakan-rakan yang lebih berpengalaman.
Bertanya pengalaman mereka sepanjang berbasikal di laluan yang berbeza.
6. Pastikan basikal dalam keadaan selamat
Sebelum memulakan perjalanan, anda perlu memastikan basikal anda dalam keadaan selamat. Pastikan anda sudah memeriksa keadaan tayar, brek, rantai basikal dan sebagainya.
Pastikan anda juga memakai pakaian dan kasut yang sesuai agar anda lebih selesa ketika berbasikal.
Ads
7. Latih kemahiran berbasikal dan cara mengelakkan bahaya
Sebelum berbasikal, disarankan untuk melakukan kajian dan memahami apakah risiko ketika melakukan aktiviti itu terutamanya di jalan besar.
Pakar turut menasihatkan bagi permulaan, korang boleh melakukan aktiviti itu di jalan-jalan yang lebih sunyi tanpa kenderaan laju.Selain itu, boleh juga boleh melatih kemahiran seperti mengendali brek dan gear pada basikal.
8. Tidak perlu berbasikal sepanjang jalan pergi dan balik
Untuk korang yang masih newbie dalam aktiviti ini, dinasihatkan untuk mengambil jalan yang lebih mudah seperti berbasikal pada satu hala. Tidak semestinya anda perlu berbasikal ke satu destinasi yang ingin dituju kemudian patah semula ke destinasi permulaan.
Apa-apapun, siapa kita nak menidakan takdir dan ketentuan yang maha ESA. Tapi mungkin kita dan terutamanya penunggang basikal boleh jadikan tragedi ini sebagai pengajaran buat semua penunggang basikal diluar sana.
Sumber: Huffpost.com, Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Untungnya pelajar dari Malaysia apabila mereka kini ditawarkan dengan satu bentuk biasiswa tanpa had oleh Universiti Islam Madinah.
Berita gembira itu telahpun dikongsikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada hari ini dalam lawatan kerjanya ke Arab Saudi.
Di sana, beliau telah bertemu dengan Presiden universiti itu iaitu Putera Mamdouh bin Saud bin Thunayan Al Saud dan tawaran ini hadir hasil daripada pertemuan tersebut.
Universiti Islam Madinah.
Menariknya, universiti itu bukan saja menawarkan biasiswa dalam bidang agama dan syariah semata. Sebaliknya, ia juga menawarkan biasiswa untuk bidang seperti kejuruteraan sains dan lain-lain.
“InsyaAllah, saya ambil maklum perkara ini dan akan berbincang dengan pihak berkepentingan untuk hantar pelajar terbaik kita mendalami pelbagai ilmu di kota suci Munawwarah.
“Universiti ini telah melalui banyak fasa perubahan sehingga mampu meletakkannya dalam kelompok terbaik dunia.
“Ketika ini, universiti ini bukan saja menawarkan buku-buku terkini. Malah, sistem pendidikan yang maju mengikut peredaran teknologi terkini,” kata beliau yang juga merupakan alumni universiti tersebut, hari ini.
Tambah beliau lagi, pihak universiti juga berhasrat untuk mengadakan program pertukaran pelajar bersama universiti di Malaysia.
Untuk pengetahuan, di antara kelebihan biasiswa dari Universiti Islam Madinah ini adalah kemudahan elaun bulanan, perumahan, insurans perubatan dan tiket penerbangan kepada pemilik biasiswa.
Kita sering mendengar tentang tempat-tempat percutian yang bercuaca agak sejuk seperti di Cameron Highlands, Genting Highlands dan Kundasang. Namun, mungkin ada yang masih tidak tahu bahawa Bukit Larut, Taiping juga antara tarikan kawasan dingin yang korang boleh lawati.
Bukit Larut adalah resort bukit tertua di Malaysia yang ditumbuhi dengan bunga liar dan kehijauan yang subur tanpa dicemari dengan binaan pusat membeli-belah atau taman tema. Selain daripada udara dan persekitaran yang menyegarkan, suhunya yang sejuk juga merupakan tarikan utama disini.
Dengan suhu sekitar 10 hingga 15 darjah celsius sepanjang tahun, korang dapat menikmati aktiviti yang menyeronokkan tanpa banyak berpeluh. Antara aktiviti yang korang boleh lakukan adalah jungle trekking sambil mendengar kicauan burung, menjelajah kolam Burma yang berhampiran kaki bukit dan melawat kebun teh di tanah tinggi. Atau mungkin korang boleh sahaja berjalan-jalan sambil menikmati udara segar.
Nah, apa lagi guys. Bagi korang yang tercari-cari port lepak sebagai weekend getaway, rasanya Bukit Larut antara lokasi pilihan yang sesuai dan luar daripada kebiasaan. Jika dah selalu ke Cameron dan Genting Highlands, mungkin kali ni boleh ambil udara di tempat lain pula. Hiks!
Selain itu, lokasinya yang tidak jauh dari ibu kota juga memudahkan korang untuk berkunjung ke sana. Lebih kurang 3 jam sahaja perjalanan dari Kuala Lumpur untuk ke
Taiping. So, why not kan?
Lebih 7,000 peminat muzik dan pengunjung festival tidak kirah dari dekat mahupun jauh telah ‘dijamu’ dengan pengalaman malam di Neon Music Festival 2023: Edisi Halloween yang diadakan di Sunway Lagoon Surf Beach semalam.
Meskipun cuaca hujan, ‘keghairahan’ peminat untuk turut memeriahkan muzik elektronik (EDM) dan tarian dilihat berada pada tahap maksima sepanjang masa.
Dengan kehadiran ‘Line up’ terkenal antarabangsa iaitu Timmy Trumpet, Ben Nicky, Wukong, di festival itu, secara tidak langsung menyerikan lagi acara berkenaan.
Festival yang bermula pada jam 4 petang dengan set bertenaga oleh DJs Playground perintis muzik tempatan, tentunya memeriahkan lagi suasana acara gilang gemilang itu.
Selepas itu, tenaga orang ramai berada di kemuncaknya apabila penyanyi, Saixse dan Sonaone naik ke pentas, menyampaikan persembahan hebat yang bergema dengan suasana festival.
Pada sebelah malam pula, festival ini mencapai tahap yang lebih tinggi dengan kehadiran Ben Nicky, menyampaikan persembahan yang menakjubkan yang membuatkan penonton kagum.
Akhirnya, kemuncak malam itu berada di tangan tidak lain daripada pemuzik, DJ, penulis lagu dan penerbit rekod Australia Timmy Trumpet yang menutup persembahan dengan bertenaga.
Sebagai bukti populariti festival itu, tiket untuk Festival Muzik Neon ‘licin’ sebelum acara itu. Untuk menampung lonjakan permintaan, penganjur, HiFive Entertainment oleh SAP Traders Sdn Bhd mengambil langkah berani dengan mengeluarkan tambahan 800 tiket kemasukan am (GA) sehari sebelum acara bermula.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!