Satsuma-imo, Japanese sweet potato, atau ubi keledek ungu, bentuknya ungu di luar dan kuning di dalam. Secara tradisional ditanam di Jepun dan Okinawa. Ia adalah makanan ruji masyarakat Okinawa, yang merupakan penduduk paling sihat dan paling lama hidup di muka bumi ini.
Kesihatan dan jangka hayat hidup mereka sering dikaitkan dengan rutin pemakanan yang diamalkan masyarakat ini, dan salah satunya dipengaruhi oleh ubi keledek.
Malah, perkongsian pakar otak, DrRizal Abu Bakar turut menyatakan kajian yang telah dilakukan kepada makanan superfood ini.
Nak bagitau KELEDEK UNGU adalah SUPER FOOD.
Anti oksida tinggi. Juga anti radang. Bagus untuk OTAK. Bagus untuk usus. Saiz sederhana besar bekalkan 400% vitamin A.
Vitamin A untuk apa?
Ads
Vitamin A perlu untuk kulit. Untuk mata. Zaman ber’smart phone’ penting ambil vitamin ini. Supaya mata tajam menikam walau dalam kelam. Pandangan tidak suram.
Dalam kajian yang dimuat di Journal Food Functional 2015, KELEDEK UNGU turunkan uric asid sebanyak 30%. Terima kasih pada anti oksidanya – anthocyanins.
Ads
Banyak lagi kebaikan KELEDEK UNGU.
Dengan fiber yang tinggi ia tinggikan rasa kenyang. Laporan tentang ubi ini turunkan berat badan ada di Journal Nutritional Research 2011. Berat turun seawal minggu ke 4.
Boleh cuba. Masak dengan kreativiti masing masing. Yang penting hidup akan lebih sihat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Negara kita sebenarnya banyak mengeluarkan jenama barangan tempatan yang berkualiti tinggi sehingga dianggap ia adalah jenama luar negara oleh masyarakat.
Malah, jenama buatan Malaysia ini juga turut terkenal di serata dunia.
Berikut adalah antara 5 jenama barangan buatan Malaysia yang terkenal di luar negara dan sering disalah anggap oleh masyarakat tempatan bahawa ia adalah jenama antarabangsa.
Kami pasti ada yang pernah menganggap Bonia merupakan jenama antarabangsa kerana barangan yang dijual adalah premium dan berkualiti tinggi. Tapi sebenarnya ia merupakan barangan buatan Malaysia yang dinamakan inspirasi daripada pereka Itali.
Kalau dengar nama Ogawa bunyinya macam datang dari Jepun kan? Hiks! Jenama Ogawa juga terkenal di peringkat antarabangsa yang diasaskan pada tahun 1996 oleh Wong Lee Keong dan Lim Poh Khian.
Mister Potato adalah sebahagian produk Mamee yang juga merupakan jenama dari Malaysia. Mister Potato kini boleh didapati di lebih daripada 80 buah negara termasuklah Australia, Singapura, Rusia, Belanda, Maldives dan Timur Tengah.
Dilancarkan pada tahun 1997 oleh Datuk Lewre Lew dan jenama ini juga telah mendapat tempat di seluruh dunia. Lewre sering kali menjadi jenama pilihan bagi kerabat diraja dan selebriti di Malaysia.
Satu lagi produk jenama buatan Malaysia yang mungkin ramai menganggap ia keluaran dari Jepun. Yokohama mengeluarkan produk bateri motorsikal, kereta dan serbaguna serta produk bateri Yokohama ini dieksport ke 36 buah negara luar.
Hebat bukan negara kita sebenarnya banyak menghasilkan barangan yang berkualiti dan popular di peringkat antarabangsa. Jadi, tak salahlah sekiranya kita menyokong barangan buatan Malaysia kan?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah terpaksa akur di pentas final Terbuka Jepun apabila tewas kepada regu utama dunia, Liu Sheng Shu-Tan Ning dalam aksi yang berlangsung di Gimnasium Metropolitan Tokyo baru-baru ini.
Perlawanan akhir kejohanan berstatus Super 750 itu menyaksikan Pearly-Thinaah gagal menyaingi kehebatan pasangan China tersebut dalam dua set terus, dengan keputusan 15-21 dan 14-21 dalam masa 45 minit permainan.
Kredit foto: Shuttlehard
Selain itu, persembahan pasangan ranking ketiga dunia itu kelihatan tidak konsisten sejak set pertama lagi, apabila corak permainan mereka tampak teragak-agak dan gagal memecah dominasi Sheng Shu-Tan Ning.
Walaupun cuba bangkit pada set kedua dengan strategi lebih agresif, namun pengalaman serta ketenangan pihak lawan ternyata menjadi pemisah, sekaligus menafikan impian Pearly-Thinaah untuk menjulang gelaran kedua musim ini.
Biarpun kecewa dengan keputusan tersebut, Pearly-Thinaah masih mampu berbangga dengan pencapaian mereka yang membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak AS$33,250 (RM141,182) sebagai naib juara kejohanan pada kali ini.
Kredit foto: Badminton Association of Malaysia – BAM
Sementara itu, kemenangan penuh bergaya menyebelahi Sheng Shu-Tan Ning yang membawa pulang ganjaran utama bernilai AS$70,300 (RM298,500), sekaligus memperkukuh rekod kemenangan mereka ke atas Pearly-Thinaah kepada sembilan daripada 12 pertemuan.
Sekadar info, pencapaian ini juga menyamai kejayaan beregu lagenda negara, Chin Eei Hui-Wong Pei Tty yang turut muncul naib juara Terbuka Jepun pada edisi 2008. Ini juga satu penanda aras penting buat Pearly-Thinaah dalam mengukuhkan lagi nama mereka dalam sejarah badminton negara.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seniman Diraja, Datuk Lat atau nama sebenarnya Mohd Nor Khalid, telah dianugerahkan Anugerah Cai Zhizhong Comic Prize semasa majlis Anugerah Cai Zhizhong Comic Prize Ke-3 di Guangzhou, China.
Pada usia 72 tahun, Lat menyatakan kebanggaannya dengan pengiktirafan tersebut oleh jawatankuasa anugerah yang melibatkan beberapa pengkarya terkenal dari pelbagai bidang seni di China.
“Saya bangga kerana kita mewakili negara kita, lagipun hubungan antara China dan Malaysia sekarang sangat baik, kebanyakannya melibatkan perniagaan,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.
Lat, yang baru tiba di Malaysia pada Sabtu lepas, menyatakan bahawa buku komik dan kartun yang telah dihasilkannya sebelum ini telah mendapat perhatian di peringkat antarabangsa, termasuk di China sejak tahun 70-an lagi.
Beliau turut mengesahkan bahawa beliau merupakan satu-satunya peserta dari luar China dalam majlis anugerah kali ini.
Lat juga dipelawa untuk terlibat dalam pemilihan karyawan pada masa akan datang, namun beliau memberitahu jawatankuasa anugerah bahawa beliau tidak begitu aktif pada usia beliau yang sekarang.
Lat berkongsi bahawa beliau sempat berbual dengan pelukis komik terkenal China, Cai Zhizhong, yang telah lama menerbitkan buku-buku falsafah China yang terkenal di negara tersebut dan di peringkat antarabangsa.
Menurut Lat, Cai sendiri memberikan anugerah tersebut kepadanya dan telah lama mengagumi karyanya sejak tahun 70-an.
Karya Kampung Boy turut diadaptasi menjadi sebuah siri televisyen animasi Malaysia yang mula disiarkan pada tahun 1999
“Saya duduk dengan dia (Cai) sepanjang masa (pada majlis berkenaan), dia kata, ‘anda wira saya’. Tak salah saya, dia baca buku saya dari dulu tahun 70-an, 80-an lagi.
“Dia beritahu saya dia sukakan karya saya sebab saya melukis mengenai kehidupan berbilang bangsa. Itulah perbezaan saya dengan orang lain, macam saya buat Kampung Boy itu orang Melayu (mengenai), apabila saya buat Town Boy, semua itu mengenai berkenalan dengan orang lain, kaum lain,” katanya.
Lat turut menyatakan bahawa mereka sempat bertukar koleksi komik ‘Kampung Boy’, ‘Town Boy’, dan lukisannya dengan karya Cai.
Beliau menjelaskan bahawa buku komik Cai mengenai falsafah berasaskan pada cerita lama, cerita rakyat, dan cerita legenda yang kemudiannya disampaikan dalam bentuk mesej falsafah Cina.
“Buku beliau (Cai) padat tetapi mempunyai mesej, itulah yang membuatnya terkenal,” ujarnya.
Sementara itu, dalam surat jemputan daripada pihak jawatankuasa penganjur Cai Zhizhong Comic Prize yang dikongsikan oleh Lat, mereka menyatakan bahawa gaya karya seni unik Lat telah menarik perhatian jutaan pembaca dari seluruh dunia, termasuk di China.
“Selepas penilaian oleh Jawatankuasa Pakar, sukacita kami memaklumkan Jawatankuasa memilih untuk menganugerahkan Anugerah Cai Zhizhong Prize anjuran Ketiga kepada Datuk Lat.
“Kami berharap anugerah ini dapat menunjukkan penghormatan tertinggi terhadap pencapaian hebat dan bakti kesungguhan beliau dalam industri komik,” katanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO/ARTIKEL: Utusan Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Susulan konflik yang kian meruncing di Asia Barat, proses membawa pulang rakyat Malaysia dari beberapa negara menemui sedikit kesukaran.Ini berikutan penutupan ruang udara di...