“Mak Pernah Ludah, Bagi Parang…” Tapi Inilah Wanita Paling Saya Hormat – Aliff Syukri

Share

Mak pernah ludah, bagi parang, tarik rambut dan pijak… tetapi bagi Datuk Seri Aliff Syukri, ibunya Rozita Ibrahim tetap wanita yang paling beliau hormati dan muliakan.

Begitulah pengakuan usahawan kosmetik terkenal ini yang mendedahkan kisah sebenar hubungan mereka dalam satu sesi siaran langsung di TikTok.

4 Tahun Tidak Bertegur Sapa

Aliff mengakui, hubungan dia dan ibunya pernah diuji hebat. Konflik keluarga menyebabkan mereka tidak bertegur sapa selama empat tahun. Dalam tempoh itu, ibunya tidak menjawab mesej WhatsApp mahupun panggilan telefon.

“Dia tak maafkan saya… sampai saya pergi jumpa dia dan hadiahkan kereta Mercedes,” kata Aliff.

Walaupun tidak mendedahkan secara terperinci punca perselisihan, Aliff mengakui membesar dengan ibu yang tegas serta latar belakang keluarga yang kompleks — termasuk pengalaman mempunyai ayah tiri — membentuk banyak cabaran dalam hidupnya.

Pesan Supaya Jangan Derhaka

Bagi Aliff, sebesar mana pun khilaf yang pernah dilakukan ibu bapa, seorang anak tidak wajar bersikap derhaka.

“Sejahat atau seteruk mana pun ibu atau ayah, mereka tetap orang tua kita. Hidup tanpa doa ibu takkan berkat,” ujarnya.

Aliff turut menasihatkan anak muda supaya menghormati ibu walau berbeza ragam — sama ada datang daripada keluarga kaya atau miskin. Katanya, apa sahaja yang diminta atau dikatakan oleh seorang ibu wajar dihadapi dengan hati terbuka.

@kedai_dherbs Berkat dari seorang Mak tu penting korang #aliffsyukriterlajaklaris #papalaris
♬ original sound – Dherbs Terlajak Laris

Didikan Tegas, Kasih Sayang Tidak Berkurang

Aliff menceritakan bahawa ibunya seorang yang sangat tegas dan tidak memanjakan anak-anak.

“Mak pernah ludah saya, bagi parang, tarik rambut dan pijak saya… saya okay je. Saya yakin ibu adalah orang paling mulia,” katanya.

Bagi Aliff, keberkatan hidup datang daripada restu seorang ibu. Walaupun seorang ibu mungkin ada sifat yang sukar diterima atau masa silam yang gelap, tempatnya tetap tiada pengganti.

Pengajaran Untuk Remaja

Kisah Aliff menjadi peringatan bahawa kasih sayang seorang ibu tidak semestinya hadir dalam bentuk belaian lembut. Kadangkala, ia hadir dalam bentuk disiplin keras yang membentuk ketahanan diri, kekuatan mental dan kejayaan di masa hadapan.

Sebagai anak, menghormati dan memuliakan ibu bukan hanya soal adat, tetapi soal keberkatan hidup. Kerana pada akhirnya, doa seorang ibu adalah doa yang paling mustajab.

Sumber: TikTok

Published by
Nana