Universiti Teknologi MARA (UiTM) melantik penerbit muzik tersohor tanah air, Dato’ Ramli Mohd Salleh atau Ramli MS sebagai Profesor Adjung Fakulti Muzik universiti berkenaan, sekaligus memperkukuhkan misi perkongsian jaringan industri dalam pendidikan.

Surat pelantikan selama dua tahun berkuat kuasa 15 Ogos lalu itu telah diserahkan pada Isnin, 19 Oktober 2026 oleh Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin dalam satu majlis di Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, UiTM Shah Alam.

Dato' Ramli MS Dilantik Profesor Adjung UiTM, "Belum Terlewat Untuk Saya Kongsikan Realiti Sebenar"

Berbekalkan pengalaman dan kepakaran industri beliau selama berpuluh-puluh tahun, pelantikan ini merupakan satu langkah bijak oleh UiTM bagi merapatkan jurang antara pendidikan muzik dengan realiti industri kreatif.

Ini penting bagi mempersiap mahasiswa generasi baharu yang serba-serbi terdedah kepada tuntutan industri serta perkembangan semasa bidang muzik.

Perkara tersebut turut dipersetujui oleh Ramli sendiri sewaktu ditemui usai pelantikannya sebagai Profesor Adjung fakulti berkenaan.

Ads

“Bagi saya, ia mengenai perkongsian ilmu daripada real world. Yang berbeza dengan apa yang mereka pelajari di universiti.

“Saya berada di luar, dalam industri. Jadi saya boleh berkongsi tentang realiti sebenar dan apa yang berlaku dalam industri,” kongsi maestro muzik itu.

Dato' Ramli MS Dilantik Profesor Adjung UiTM, "Belum Terlewat Untuk Saya Kongsikan Realiti Sebenar"
Profesor Adjung Fakulti Muzik, Dato’ Ramli Mohd Salleh. FOTO: Astro Awani

BACA: Siti Nurhaliza Dilantik Sebagai Profesor Adjung UiTM

Perkongsian ilmu berteraskan pengalaman sebenar industri ini baginya menerapkan perspektif berbeza daripada pembelajaran dalam persekitaran universiti.

Ads

“Belum terlewat untuk saya berkongsi. Saya memang banyak berkongsi dengan budak-budak baharu kerana mereka ini pelapis.”

Ramli juga percaya mahasiswa perlu diberikan peluang untuk mencuba dan memainkan karya muzik yang lebih mencabar supaya dapat memperluaskan kemahiran, pengalaman serta kebijaksanaan mereka sebagai pemuzik dan penggubah. Menerusi bimbingan bersesuaian, Ramli bertekad untuk membantu melahirkan lebih ramai pelapis industri yang berkaliber.

Dato' Ramli MS Dilantik Profesor Adjung UiTM, "Belum Terlewat Untuk Saya Kongsikan Realiti Sebenar"

Pelantikan Ramli MS Beri Nilai Tambah Kepada Fakulti Muzik UiTM

Dalam pada itu, Prof. Datuk Shahrin berkata, pelantikan tokoh yang berilmu, berpengalaman luas dan disegani dalam arena muzik seperti Ramli MS akan memberikan nilai tambah yang luar biasa kepada Fakulti Muzik UiTM.

“Pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman industri amat penting bagi memastikan para pelajar bukan sahaja menguasai teori dan kemahiran muzik, malah bersedia dan berkeyakinan tinggi untuk melangkah ke dalam industri yan dinamik dan mencabar,” ujar beliau.

Ads

Prof. Datuk Shahrin turut mengucapkan tahniah dan merakamkan penghargaan kepada Ramli MS atas kesediaannya menyertai ‘keluarga besar’ UiTM sebagai Profesor Adjung.

Sebagai konteks, antara barisan penghibur tanah air yang pernah diberikan mandat sebagai Profesor Adjung di UiTM termasuklah Datuk Seri Siti Nurhaliza

FOTO: Instagram // UiTM Music

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads