Pada 15 Januari 2023 yang lalu berlangsungnya Majlis Perkahwinan Diraja Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Azemah Ni’matul Bolkiah bersama dengan Yang Amat Mulia Pengiran Muda Bahar, di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman mempamerkan keunikan dan kekayaan tatasusila serta adat istiadat diraja Brunei yang diamalkan sejak zaman-berzaman.
Majlis istiadat tersebut dihiasi Dian Alam Bernaga dan Dian Empat serta empat Dian Bunga, yang diletakkan di kiri kanan pintu Balai Singgahsana Indera Buana termasuk Nasi Tumpang Pengantin Diraja Perempuan dan Nasi Tumpang Pengantin Diraja Lelaki yang sedia diletakkan di tempat yang ditentukan.
Ads
Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, didahului oleh Penglima Diraja yang membawa Pemuras serta Karga, dan Penglima Asgar yang membawa Kelasak dan Kampilan serta diiringi oleh Pembawa-pembawa Alat-alat Perhiasan Tunggal.
Ads
Penuh istiadat, persandingan pengantin diraja dimulakan dengan bacaan selawat oleh Mufti Kerajaan diiringi dengan tembakan meriam sebanyak 17 das dan doa selamat.
Ads
Wah, meriah sungguh perkahwinan Diraja ini kan. Selamat pengantin baru REMAJA ucapkan buat Puteri Azemah dan pasangan!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nampaknya hari ini tiada topik lebih hangat melainkan tentang keputusan SPM 2020 yang diumumkan pada hari ini terutamanya di kalangan remaja. Pelbagai reaksi telah dikongsi oleh banyak pihak sama ada di laman media sosial ataupun menerusi portal berita terkenal seluruh tanah air.
Sebentar tadi, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin mengucapkan tahniah kepada semua calon dan pihak yang terlibat dalam memastikan kelancaran peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020.
Beliau berkata, peperiksaan SPM 2020 melakarkan sejarah pertama buat negara apabila berlangsung dalam tempoh pandemik yang mencabar.
”Kita lalui tempoh ini dengan penuh sukar, semua pihak perlu mengharungi pelbagai cabaran.
”Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapakn terima kasih kepada jentera kita di Kementerian Pendidikan kususnya lembaga peperiksaan dalam memastikan peperiksaan SPM 2020 berjalan dengan baik,” katanya.
Dalam pada itu, Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 juga mencatatkan pencapaian yang lebih baik dengan Gred Purata Nasional (GPN) 4.80, berbanding 4.86 pada 2019.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, pencapaian tersebut merupakan pencapaian terbaik SPM dalam tempoh lima tahun.
Beliau turut mengingatkan kepada semua calon bahawa apa sahaja keputusan yang diperoleh mereka pada hari ini adalah daripada generasi pelajar yang hebat kerana belum pernah mana-mana pelajar mengharungi cabaran belajar dari rumah.
”Untuk anak-anak kita calon SPM 2020, SPM pro max 2020, apa sahaja keputusan yang anak-anak dapat pada hari ini, ingatlah generasi anak-anak adalah generasi yang hebat.
”Belum pernah ada mana-mana tahun SPM yang melalui dugaan, cabaran, dan juga rintangan seperti mana anak-anak calon SPM 2020, tabik hormat pak vik untuk anak-anak sekalian,” katanya.
Untuk info, seramai 401,105 pelajar di seluruh negara mula menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 dengan menjalani norma baharu. Kelainan yang perlu dilakukan oleh calon peperiksaan tahun ini adalah mereka perlu memakai pelitup muka bagi mencegah penularan wabak pandemik COVID-19.
Sumber: Sidang Media Kementerian Pendidikan Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Alhamdulillah. Allah, maha pengasih lagi maha mendengar doa hamba-hambanya.
Jika sebelum ini umat Islam tidak dapat solat jemaah secara rapat atau merapatkan saf di masjid. Walau bagaimanapun kita terpaksa akur dengan keadaan ini demi memutuskan rantaian wabak COVID-19 agar keselamatan diri masing-masing dapat dijaga.
Terkini, satu laporan memaklumkan mulai esok, Perlis membenarkan jemaah merapatkan saf ketika solat di semua masjid di negeri ini.
Bagaimanapun, kebenaran itu hanya diberikan kepada jemaah yang hadir bersama keluarga tinggal sebumbung untuk merapatkan saf sesama mereka, manakala jemaah lain masih tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Perkara ini juga turut dikongsikan oleh Mufti Perlis, Professor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin melalui laman facebook miliknya.
Hal ini selepas Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah ketetapan itu telah mendapat perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail setelah melihat kepada keperluan sedia ada dan tahap ketaatan serta kepatuhan tinggi seluruh rakyat terhadap SOP ditetapkan kerajaan.
Rata-rata warganet meluahkan rasa syukur terutamanya rakyat negeri Perlis atas perkhabaran ini.
Harapnya bulan Ramadan tahun ini dapat la kita ramai-ramai memeriahkan masjid dan surau diseluruh negara.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dengan pembabitan Lee Seungri di dalam beberapa skandal baru-baru ini, sebuah video yang dirakam oleh grup K-Pop Big Bang kembali mencuri tumpuan.
Video yang dirakam pada tahun 2017 itu berdurasi 44 minit, 39 saat. Namun salah satu babak dalam video itu telah hangat diperkatakan.
Ketua kumpulan, G-Dragon berkata dia telah merakamkan satu video kapsul yang hanya boleh ditonton dalam tempoh 5 tahun.
“Jika kita dapat bertemu seperti ini pada tahun 2022, mesti seronok.” Kebetulan, G-Dragon mengakui dia banyak bercakap mengenai Seungri di dalam video kapsul itu berbanding ahli kumpulan lain.
Big Bang kemudiannya cuba untuk mereplikasi mesej-mesej dalam video itu seperti yang diterangkan oleh G-Dragon dan Seungri menjadi mangsa utama mereka. Tak sangka pula apabila kebanyakan daripada ramalan mereka bertukar realiti!
Daesung Gurau Big Bang Tinggal Berempat
Tak sangka pula gurauan Daesung bertukar realiti. Pada awal minggu ini, Seungri menerusi akaun Instagram-nya telah mengumumkan secara rasmi mengenai pengunduran dirinya daripada Big Bang dan dunia hiburan demi menjaga nama baik kumpulan serta syarikat.
Dalam video ini, dia berkata Big Bang sudah lama tak bertemu Seungri kerana mereka sudah tinggal berempat.
“Dah Selesai Isu Itu?”
Kemudian, giliran Taeyang pula ‘bergurau’ dan bertanya sama ada Seungri sudah bebaskan diri daripada segala masalah yang dihadapinya. “Saya terdengar berita tentang kamu, dah selesai isu itu?”
Tidak Dibenarkan Ke Luar Negara
Walaupun ramalan ini tidak tepat 100%, ia begitu hampir dengan realiti.
Disebabkan kes membabitkan Seungri ini terpalit dalam satu demi satu isu, mahkamah telah memerintahkan agar dia tidak dibenarkan untuk meninggalkan Korea Selatan sepanjang tempoh penyiasatan.
Di dalam video ini, Taeyang berkata Seungri dihalau daripada Korea Selatan kerana kes jenayah.
“Jangan Ramalkan Saya Sebagai Penjenayah!”
Well, that turned out to be true as well!
Walaupun kes masih dalam siasatan, di mata ramai peminat dunia K-Pop dan masyarakat di Korea Selatan, sukar untuk Seungri mengembalikan zaman kegemilangannya setelah Jung Joon-Young diberkas oleh anggota polis semalam selepas membuat pengakuan terbuka.
Ini menjadikan kes rakaman dan penyebaran video seksual di mobile chat room yang melibatkan Seungri itu semakin hampir dengan bukti kukuh.
Ramalan Taeyang Ahli Pertama Berkahwin
Walaupun ini tiada kena mengena dengan Seungri, ramalan video ini terus dibuktikan bertukar realiti. Taeyang telahpun mengahwini isterinya, Min Hyo Rin pada tahun lalu dan menjadi ahli pertama Big Bang untuk menamatkan zaman bujang.
Kadangkala, apa yang diperkatakan secara gurauan oleh ahli grup K-Pop sebenarnya adalah realiti yang berlaku di sebalik tabir. Mereka adalah golongan selebriti yang selalu perlu mengikut arahan syarikat naungan untuk menjadi ‘sempurna’ di mata masyarakat.
Mereka tidak dibenarkan memberi komen negatif terhadap ahli kumpulan dalam rancangan seperti ini. Jadi, mereka akan ‘bergurau’ dengan harapan mesej yang ingin disampaikan itu dapat diterima oleh ahli kumpulan.
Mungkin ahli Big Bang yang lain tahu akan cerita di sebalik personaliti ceria Seungri tetapi mereka tidak tahu bagaimana cara untuk sampaikan nasihat kepadanya. Untuk tidak terlalu percayakan kawan, untuk selalu berhati-hati dalam minatnya berniaga.
***
REMAJA memahami kekecewaan VIP (gelaran peminat Big Bang) terhadap pendedahan kes ini dan sikap sebenar Seungri.
Bagaimanapun, REMAJA lebih kecewa dengan sikap kesemua selebriti K-Pop lelaki yang terpalit dengan skandal ini, termasuklah Seungri. Sehingga ke hari ini, mereka hanya tahu berundur daripada industri hiburan dan meminta maaf kepada peminat.
Macam mana dengan mangsa jenayah sebenar iaitu gadis-gadis yang ada di dalam video-video tersebut? Mana permohonan maaf kepada mereka ini yang terpaksa menanggung malu akibat penyebaran video?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!