Dalam Negara

Mai Singgah Port Syurga Makanan Di Penang Sambil Cungkil Bintang Baharu JALEN Star Chef!

Share

Pulau Pinang sememangnya cukup terkenal sebagai syurga makanan jalanan yang sentiasa jadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. Dari pagi sampai ke lewat malam, negeri ini hidup meriah dengan aroma rempah, bunyi hiruk-pikuk gerai dan deretan port makan ‘legend’ yang tak pernah sunyi.

Kalau korang jenis kaki makan yang suka ‘food hunting’, inilah masa terbaik untuk ‘healing’ sambil menikmati vibe klasik pemandangan bandar Georgetown yang penuh nostalgia, dengan lorong-lorong lama yang masih mengekalkan seni bina kolonial, ‘mural street art’ yang ikonik, serta suasana jalanan yang sentiasa hidup dari pagi sampai ke malam.

Sambil jalan santai tu, memang boleh rasa macam setiap sudut ada cerita dia sendiri! Lagi-lagi bila bau makanan dari gerai tepi jalan mula “menggoda” dari jauh.

Port Wajib Singgah! Restoran Kapitan

Antara lokasi yang wajib masuk dalam senarai ialah Restoran Kapitan di Chulia Street. Tempat ini cukup popular dalam kalangan pelancong kerana menu nasi kandar, tandoori, beriani claypot dan chicken milani serta roti naan mereka yang sentiasa jadi pilihan ramai.

Suasana di kawasan ini juga cukup meriah terutama pada waktu malam dengan deretan lampu dan pengunjung yang memenuhi jalan sekitar Georgetown. Memang sesuai untuk lepak santai sambil menikmati hidangan panas-panas.

Jom Pekena Ais Tingkap Waktu Cuaca Panas

Kalau dah berjalan sekitar Penang dalam cuaca panas, memang wajib sangat untuk korang cuba Ais Tingkap yang cukup ikonik dalam kalangan warga tempatan.

Minuman ini terkenal dengan rasa menyegarkan hasil campuran air kelapa, selasih, sirap dan pelbagai bahan lain yang membuatkan ramai sanggup beratur panjang. Walaupun nampak ringkas, rasanya memang ‘lain macam’ dan cukup nostalgik.

Penang Road Famous Laksa

Memang tak lengkap trip ke Penang tanpa menikmati semangkuk asam laksa di Penang Road Famous Laksa. Kuahnya yang pekat, rasa masam pedas seimbang dan aroma ikan yang kuat menjadikan gerai ini antara lokasi paling diburu pelancong.

Kedai ini juga pernah diiktiraf Michelin dan turut mempunyai sijil halal, menjadikannya lebih diyakini serta terus menjadi pilihan pengunjung. Tambah pula dengan suasana santai di tepi jalan, memang terasa pengalaman sebenar menikmati street food Penang.

BACA: JALEN Star Chef Musim Terbaru: Ikuti 4 Tip Ini Supaya Hidangan Korang ‘Stand Out’ Di Mata Juri!

Hameed Pata Mee Sotong

Satu lagi port legend yang sentiasa dipenuhi pelanggan ialah Hameed Pata Mee Sotong. Mee sotong mereka cukup terkenal dengan kuah sotong yang manis pedas, pekat dan penuh rasa, dengan portion yang memang mengenyangkan.

Walaupun menu dia nampak ‘simple’ pada pandangan pertama, tapi jangan tertipu! Sebab sekali rasa memang terus faham kenapa ramai sanggup ulang makan sini, sebab ‘kick’ dia memang lain macam dan susah nak cari pada tempat lain.

Surr!!! Nasi Kandar, Anytime! Anywhere!

Untuk nasi kandar pula, korang sebenarnya memang ‘spoiled’ dengan pilihan di Penang sebab ada banyak kedai yang boleh korang cuba ikut selera masing-masing. Tinggal nak pilih je mana satu yang paling kena dengan tekak.

Antara yang popular dan selalu jadi sebutan termasuklah Line Clear Nasi Kandar, Nasi Kandar Hameediyah, Nasi Kandar Beratur, Nasi Kandar Pelita, dan Nasi Kandar Deen Maju. Setiap satu ada stail dan rasa kuah campur tersendiri, jadi memang berbaloi kalau korang cuba satu-satu bila datang Penang.

Jadi, kalau korang memang pencinta makanan jalanan, lokasi ‘street food’ yang kami senaraikan ini memang antara spot wajib singgah bila berada di Penang.

Jalen Star Chef Kembali Lagi!

Dalam perkembangan lain, pertandingan JALEN Star Chef kembali untuk musim kedua tahun ini!

Remaja bersama kerjasama produk Jalen kini sedang mencari lebih ramai bakat baharu dalam dunia kulinari dalam kalangan pelajar universiti. Saringan pertama sudah pun diadakan di UiTM Dungun (Terengganu), kini dua lokasi iaitu UiTM Permatang Pauh (Pulau Pinang) dan UiTM Puncak Alam (Selangor) pula bakal berentap.

JALEN Star Chef musim kedua bakal berlangsung pada Mei ini dengan lebih banyak kejutan menarik menanti.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE