Baru-baru ini, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sekali lagi mencuri perhatian di media sosial apabila berkongsi momen manis bersama anaknya Affaf, berhubung isu telefon bimbit baru. Namun, kisah itu bukan sekadar tentang gajet pintar, tetapi bagaimana beliau mendidik anak-anak dengan meletakkan Al-Quran sebagai syarat utama dalam setiap permintaan.
Menerusi sebuah perkongsian di Facebook pada beberapa hari lalu, Datuk Dr Asyraf menceritakan bagaimana telefon lama puterinya, Affaf sudah rosak dan mula memujuk dirinya untuk mendapatkan telefon baru. Bagaimanapun, beliau tidak terus bersetuju, sebaliknya meletakkan syarat agar anaknya menyemak bacaan hafazan surah Al-Baqarah terlebih dahulu.
“Boleh. Dengan syarat Abi nak tasmik (tebuk) dulu Hafazan Kakak ya. Ambil surah senang saja, Al-Baqarah. Jadi pastikan murajaah (mengulangkaji) balik. Hari Ahad lulus, Abi terus belikan!” tulisnya.
Kredit foto: Facebook Datuk Dr Asyraf WajdiKredit foto: Facebook Datuk Dr Asyraf Wajdi
Menurut Datuk Dr Asyraf, sejak anak-anaknya kecil, beliau mendidik mereka untuk mengutamakan hafazan Al-Quran sebelum mendapatkan sesuatu yang diinginkan. Hasilnya, Affaf kini antara anak beliau yang berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran sejak di bangku sekolah menengah.
Ads
Walaupun sudah khatam hafazan, beliau tetap menekankan kepentingan murajaah agar ayat-ayat Al-Quran yang telah dihafal tidak hilang dari ingatan. Malah, selepas menunaikan janji kepada Affaf dengan membelikan telefon baru, Dr Asyraf terus menetapkan cabaran baharu iaitu Surah Ali Imran.
“Ok, lepas ini terus murajaah hafazan. Lepas Subuh esok Abi nak mula tasmi’ Surah Ali Imran pula ya,” katanya.
Ads
Apa yang lebih mencuit hati, momen manis itu disulami dengan rasa syukur apabila Affaf menunjukkan perasaan gembira dan terharu hingga beberapa kali meminta pelukan, membuktikan bahawa didikan penuh hikmah itu mampu mengikat kasih sayang keluarga dengan cara yang lebih bermakna.
Kredit foto: Facebook Datuk Dr Asyraf Wajdi
Sementara itu, di ruangan komen, perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi positif dari warga internet yang kagum dengan cara beliau mendidik anak-anak, di mana bukan sekadar memenuhi kehendak secara material tetapi mengaitkannya dengan keberkatan Al-Quran.
Ads
Pada masa yang sama, Datuk Dr Asyraf turut menegaskan, sebagai umat Islam keberkatan Al-Quran itu sendiri menjadi benteng dalam mendidik anak-anak menghadapi cabaran zaman moden yang penuh dugaan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa yang tidak pernah makan Tom Yam? Rasanya yang masam dan masin penuh kesegaran membuatkan selera semakin meninggi apatah lagi jika dimakan bersama nasi. Jika anda pernah ke Thailand dan menikmati menu ini di sana, Tom Yum Kung merupakan sup pedas yang dimasak menggunakan pelbagai bahan segar seperti serai, cili padi, jus limau nipis, serai, lengkuas dan juga udang.
Kementerian Kebudayaan Thailand mahu menu tersebut disenaraikan oleh UNESCO sebagai sebahagian dari warisan budaya yang tidak ketara. Ini lantaran Tom Yam Kung merupakan menu yang sudah terkenal di seluruh dunia dan nama Thailand memang sudah sinonim dengan menu tersebut.
Sumber gambar: pexels.com
Tom Yum melambangkan kehidupan ringkas komuniti agrikultur tradisional yang tingal di sepanjang sungai dan terusan di kawasan dataran tengah yang mana seni masakan tradisi yang diamalkan sangat dekat dengan alam semula jadi.
Menurut Menteri Budaya Thailand, Itthipol Kunplome, resipi dan juga skil memasak menu ini sudah diperturunkan dari generasi ke generasi dalam setiap rumah sebagaimana industri kulinari yang merangkumi makanan tempatan dan kebangsaan telah berkembang dan mendapatkan pengetahuan dan skil untuk memasak Tom Yam Kung.
Jika berjaya disenaraikan di dalam senarai UNESCO ia akan menjadikan reputasi makanan Thailand lebih terkenal di peringkat antarabangsa sekaligus mampu memberi peluang perniagaan yang lebih luas kepada industri makanan di Thailand.
Sebelum ini, KLIA dikatakan ingin melaksanakan teknologi pengimbasan wajah untuk memudahkan pengguna bergerak dari lapangan terbang ke pintu penerbangan. Kini khabarnya KLIA telah memulakan pelaksanaan percubaan.
Menurut amanz.my, buat masa ini ia diuji melibatkan penerbangan MH1438 ke Langkawi. Caranya, pengguna perlu mendaftar untuk imbasan wajah di kaunter dan seterusnya boleh terus melalui pintu penerbangan dengan mudah.
Sistem ini hanya mengambil masa beberapa saat sahaja untuk mendapat pengesahan dan melepasi pintu. Dilaporkan Malaysia Airports tidak menyimpan sebarang gambar wajah pengguna dan akan memadam semua data tiga jam selepas penerbangan berlepas dari KLIA.
Namun begitu, ia masih lagi di peringkat ujian dan mungkin akan diimplementasi sepenuhnya berdasarkan maklumat awal pengguna.
Jika sistem ini berjalan lancar nampaknya kita berpeluang menggunakan teknologi pengimbasan wajah dan tidak lagi memerlukan pas penerbangan. Ia sudah tentu lebih mudah dan cepat tetapi harapnya tidak berlaku kesulitan sewaktu penumpang ingin masuk ke pintu penerbangan.
Sama-sama kita nantikan update dari semasa ke semasa daripada pihak KLIA.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Industri penerbangan global sememangnya masih dilabelkan sebagai sebuah industri yang didominasi oleh kru lelaki terutamanya bagi posisi kritikal seperti juruterbang pesawat, jurutera pesawat dan posisi kepimpinan.
Biarpun diakui bahawa kaum wanita masih ketinggalan dari memiliki jumlah kru yang signifikan dalam industri penting ini, itu tidak bermaksud tiada inisiatif yang dilakukan untuk mempertingkatkan kehadiran lebih ramai kru wanita berkaliber di awan biru.
Bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia baru-baru ini, syarikat penerbangan komersil dari Singapura iaitu Scoot telah meraikan momen di mana salah satu pesawatnya diterbangkan oleh 100 peratus kru wanita.
Pesawat TR676/677 yang berlepas dari Singapura ke Chiang Mai, Thailand sebelum patah balik ke destinasi asal itu dikemudi oleh Kapten Vanessa Khaw; pegawai ‘First Officer’, Robyn Alexander dan empat orang anak kapal wanita termasuklah Noor Seha, Lis Ho, Kanpayat Saekwan dan Siti Zubaidah.
Menariknya, Siti Zubaidah yang telah berkhidmat bersama Scoot selama lebih enam tahun merupakan satu-satunya kru yang berasal dari Malaysia di dalam pesawat tersebut.
(Dari kiri, belakang): Noor Seha, Robyn Alexander (First Officer), Kapten Vanessa Khaw dan Siti Zubaidah. (Dari kiri, hadapan): Lis Ho dan Kanyapat Saekwan.
Kata Siti Zubaidah, pengalaman berkhidmat pada tarikh 8 Mac bersempena Hari Wanita Sedunia pada tahun ini memberi makna yang cukup mendalam; bukan sahaja kepada syarikat penerbangan berkenaan dan kru seperti dirinya tetapi juga kepada gadis-gadis muda yang bercita-cita untuk berkhidmat dalam industri penerbangan satu hari kelak.
“Pengalaman saya di Scoot merupakan satu pengalaman yang membina pola karier saya dan menginspirasikan.
“Bersama-sama mentor saya dan pasukan saya yang selalu memberi sokongan, saya sedar bahawa dengan minat dan azam yang tinggi; golongan wanita boleh ‘terbang tinggi’ dalam dunia penerbangan dan lebih lagi,” kata Siti.
Come on girls!
Korang juga boleh mencipta nama dalam industri yang didominasi lelaki. Syarikat seperti Scoot telah membuktikan komitmennya untuk memupuk kejayaan profesion tanpa mengira jantina dan REMAJA percaya, kini terdapat lebih banyak syarikat di luar sana yang turut membuka pintu kepada lebih ramai kru wanita.
Terdahulu, REMAJA pernah melaporkan mengenai pesawat yang membawa 100 peratus penumpang dan kru wanita untuk mendarat di Iran sempena tarikh kelahiran puteri Nabi Muhammad SAW, Fatimah al-Zahra.