Betul bak kata orang, usia tak akan pernah menjadi penghalang untuk seseorang menuntut ilmu. Selagi ada masa dan kudrat, semua berhak untuk lakukan apa saja demi menggapai cita-cita seperti seorang lelaki bernama Mohd Safuan Nadin yang tular di media sosial baru-baru ini apabila beliau mendaftarkan diri sebagai pelajar di salah sebuah institusi pengajian tinggi.
Safuan yang kini berusia 47 tahun, memberi inspirasi kepada orang ramai dan telah membuktikan bahawa proses pembelajaran berlaku seumur hidup.
Bapa kepada dua cahaya mata itu difahamkan baru sahaja mendaftar sebagai pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) di Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan sesi II 2024/2025
Walaupun, sudah berada dalam zon selesa dalam usia ‘persaraan’ muda, Safuan mendedahkan terdapat faktor pendorong yang membuatnya nekad untuk menuntut ilmu.
Beliau yang juga pemegang Sijil Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Ungku Omar dan Diploma Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Teknologi Malaysia mempunyai impian untuk merealisasikan cita-cita membuka membuka pusat servis kenderaan bersama anak tersayang.
“Saya memilih menyambung pengajian dalam bidang automotif ini pertamanya kerana minat dan keduanya saya dah merancang dengan anak sulung selepas tamat pengajian untuk membuka pusat servis kenderaan”
“Anak saya kini sedang menyambung Ijazah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang perniagaan,” katanya.
Safuan ketika mendaftarkan diri sebagai pelajar Politeknik Port Dickson
Sebelum ini, Safuan pernah bekerja sebagai Pengurus Agensi Kumpulan dalam Unit Amanah dan Takaful, namun keputusan menyambung pengajian semula dibuat tahun lalu selepas berbincang dengan keluarga.
Ads
Jelasnya, beliau tiada masalah untuk menyambung pengajian sepenuh masa kerana tidak lagi bekerja selepas memilih bersara pada usia 40 tahun.
“Memang sasaran saya apabila cukup saja duit simpanan pada usia 40 tahun, saya tidak lagi mahu bekerja. Jadi dalam tempoh enam tahun, saya hanya duduk di rumah saja”
“Tapi sejak tahun lalu saya terfikir mahu membuka pusat servis kenderaan bersama anak dan disebabkan itu saya nekad sambung belajar untuk menambah ilmu,” jelasnya.
Ads
Dalam pada itu, sebagai alumni politeknik, beliau percaya bahawa bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kini dilihat mempunyai masa depan yang lebih cerah dan institusi pendidikan berkenaan sudah jauh berubah berbanding dahulu.
Ujarnya, politeknik pada hari ini bukan saja bertambah baik dari segi evolusi teknologi, malah fasiliti disediakan serta sistem pembelajarannya juga lebih tersusun.
Selain itu, Safuan turut menggalakkan generasi muda memilih bidang TVET untuk melanjutkan pelajaran kerana berpendapat negara sangat memerlukan tenaga mahir.
Menurutnya lagi, fokus kerajaan dalam bidang TVET sekaligus meletakkan politeknik dan kolej komuniti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) adalah satu inisiatif yang baik.
Ads
Sementara itu, di media sosial pula, menyaksikan semangat Safuan, warga internet menzahirkan inspirasi dan keterujaan untuk menyambung pengajian tanpa mengira usia.
Apa pun, kami di REMAJA ucapkan selamat maju jaya untuk Encik Safuan!
Sumber: Sinar Bestari
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Dari lagu kegemaran mereka, apa yang mereka akan bawa kalau hilang di angkasa, hingga pandangan mereka tentang DURIAN—semuanya ada dalam video ni! 🌟CRAVITY adalah kumpulan K-pop yang terdiri daripada 9 ahli berbakat: Serim, Allen, Jungmo, Wonjin, Minhee, Hyeongjun, Taeyoung, Seongmin, dan Kangmin. Mereka dikenali dengan konsep yang penuh tenaga dan muzik yang catchy.
Jangan lupa tonton temubual penuh semangat bersama CRAVITY! 💥
Hari ini menandakan satu lagi perkembangan positif ke arah memerangi wabak COVID-19 di seluruh dunia setelah Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) meluluskan COVID-19 keluaran Sinovac.
Vaksin kedua buatan China dan vaksin kelapan yang diiktiraf di seluruh dunia itu kini bersedia untuk diedarkan ke beberapa negara termasuklah ke Malaysia.
Kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) iaitu Yang Berhormat Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi ciapan di akaun Twitter beliau, “Vaksin COVID-19 Sinovac kini telah diluluskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Ia selamat dan berkesan.
“Pengiktirafan global ini sekaligus meningkatkan keyakinan (kepada rakyat) terhadap bekalan 12 juta dos vaksin Sinovas. Kita akan memastikan 18 peratus populasi negara ini mendapat manfaat daripadanya,” catat beliau.
The Sinovac vaccine is now approved by WHO. This global recognition is a boost of confidence as our 12mil doses supply of Sinovac will ensure that 18% of our population will benefit from the vaccine. It’s safe and effective.
Terdahulu, masyarakat dunia termasuk di Malaysia sedikit gusar dengan pengambilan Sinovac memandangkan statusnya sebagai vaksin ‘kegunaan kecemasan’ dari China.
Bagaimanapun semalam, Penolong Pengarah WHO bagi Akses Produk Kesihatan iaitu Dr Mariangela Simao telah berkata; WHO mengesahkan penggunaan vaksin Sinovac dijamin selamat untuk negara, penyumbang dana, agensi pemerolehan dan masyarakat, secara umumnya.
WHO has approved the Sinovac COVID-19 vaccine. This means all types of COVID-19 vaccines currently being used in Malaysia (Pfizer, AstraZeneca & Sinovac) are validated by @WHO. pic.twitter.com/OjPzr9YBkI
Selain daripada vaksin PfiZer-BioNTech, Sinovac dan AstraZeneca yang menjadi pilihan kerajaan Malaysia, beberapa lagi jenis vaksin lain yang telah diluluskan termasuklah vaksin Modema, Johnson & Johnson dan Sinopharm.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Memasuki hari kelima selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, rakyat di Malaysia rata-rata gelisah apabila negara masih belum mempunyai seorang Perdana Menteri.
Namun tahukah korang, situasi parlimen tergantung ini sebenarnya adalah perkara biasa di negara Barat terutamanya di benua Eropah.
Perancis misalnya berdepan situasi parlimen tergantung pada Jun 2022 setelah parti gagasan yang diketuai Presidennya, Emmanuel Macron kehilangan majoriti dalam persidangan kebangsaannya.
Di Itali pula, gagasan sayap kanan yang dibentuk oleh Forza Italia pimpinan Silvio Berlusconi gagal memenangi majoriti sewaktu Pilihan Raya Umum mengejut diadakan pada September lalu susulan perletakan jawatan perdana Menteri Mario Draghi.
Dan siapa dapat melupakan parlimen tergantung di Great Britain selepas mantan Perdana Menteri, Theresa May gagal memenangi majoriti undi pada tahun 2017. Lalu beliau ‘dipaksa’ untuk bergabung dengan parti minor.
Namun, kedua-dua buah negara itu tidak dapat ‘melawan’ tempoh parlimen tergantung yang berlaku di Belgium dari tahun 2019-2020.
Hanya selepas 652 hari (!) atau kira-kira 16 bulan selepas Pilihan Raya Umum berakhir tanpa keputusan, pada 1 Oktober 2020 lalu pemimpin liberal Belgium, Flemish Alexander De Croo telah dilantik menjadi Perdana Menteri baharu Belgium untuk mengetuai kerajaan yang dibentuk daripada gabungan tujuh buah parti.
Sepanjang tempoh tanpa Perdana Menteri yang sah termasuklah semasa dunia dilanda wabak Covid-19, Belgium telah ditadbir oleh Pemangku Perdana Menteri, Sophie Wilmes. Namun beliau tidak pernah memperoleh majoriti parlimen.
Akhienya selepas berbincang, gabungan baharu kerajaan Beldium mencapai persetujuan mengenai program kerajaan dan barisan kabinetnya. Menariknya, kerajaan Belgium ini mengumpulkan gabungan baharu bersama dua parti sosialis (di mana satu bertutur dalam Bahasa Perancis dan satu lagi bertutur dalam Bahasa Flemish), dua parti Liberal dan dua parti Hijau.
*
Setakat ini, Malaysia masih belum mencapai kata sepakat dalam melantik kerajaan baharu susulan PRU15 dan masih ditadbir oleh kerajaan ‘caretaker’ di bawah pimpinan Perdana Menteri terdahulu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
5. Cuba hirup wap air melalui hidung sebelum tidur atau letakkan tuala yang dicelup air hangat dan hirup wapnya bagi menghilangkan lendir penyebab hidung tersumbat.
6. Kupas, bersihkan dan hiris halus dua ruas kunyit hidup. Kemudian masukkan hirisan kunyit tersebut ke dalam segelas air suam. Tambahkan dengan dua sudu madu dan kacau hingga sebati. Amalkan minum setiap kali sebelum tidur