Mahu Berubah Menjadi Negara Republik. Barbados Bakal Singkirkan Queen Elizabeth II Sebagai Ketua Negara.

Share

Pernah dengar tentang negara bernama Barbados? Kalau nak tahu, Barbados merupakan negara kepulauan yang terletak di persempadanan. Laut Caribbean dan Lautan Atlantik.

Popular dengan industri pelancongan, negara ini memiliki pengaruh kuat Britain kerana pernah jajah oleh negara tersebut.

Walaupun telah merdeka pada tahun 1966, Ratu England iaitu Queen Elizabeth II masih memegang tampuk Ketua Negara atau dikenali sebagai Head of State. Walaupun berstatus sebagai ketua negara, Queen Elizabeth II bukanlah sentiasa ke negara kepualuan itu sebaliknya baginda diwakili oleh Gebenor Jeneral. Kerajaan negara ini pula diterajui oleh Perdana Menteri.

Ketika Ditabalkan Sebagai Ratu England Sejurus Kemangkatan Ayahanda Baginda.

Terbaru dalam laporan BBC News dan CNN, kerajaan Barbados akan menggugurkan Queen Elizabeth II sebagai ketua negara sekaligus menjadikan kerajaan negara tersebut sebagai kerajaan republik sepenuhnya tahun hadapan.

Dalam ucapan yang ditulis oleh Perdana Menteri Mia Mottley, dia menyatakan bahawa rakyat Barbados mahukan seorang ketua negara yang berasal dari negara tersebut. “Ini adalah pernyataan keyakinan mutlak mengenai siapa kita dan apa yang kita mampu capai,” ujar Mottley dalam ucapan itu.

Peralihan ini disifatkan sebagai satu anjakan yang untuk membawa negara itu ke satu tahap yang lebih tinggi bersempena dengan kemerdekaan yang ke-55 negara itu pada bulan November 2021.

Kalau korang nak tahu, Barbados merupakan negara kelahiran selebriti popular Rihanna!

****P/S- Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi dengan konsep Raja Berpelembagaan. Hormatilah dan hayatilah kebebasan yang dimiliki dengan rasa bertuah kerana kita memiliki Ketua Negara, iaitu Yang Dipertuan Agong dalam memastikan kestabilan negara serta mengasihi rakyat. Selamat Hari Malaysia!

IKLAN