[MAHIR BAHASA MELAYU] Kata Pinjaman Dalam Bahasa Melayu

Share

Kata pinjaman sememangnya telah lama wujud dalam bahasa Melayu disebabkan oleh beberapa faktor seperti penjajahan, penyebaran agama, perdagangan dan pelancongan.  Perkataan-perkataan ini telah melekat di hati pengguna bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana sebahagian perkataan-perkataan Arab sudah sebati dengan kehidupan masyarakat kita.

Kesebatian ini menjadikan mereka hampir tidak menyedari bahawa mereka sering mendengar dan menuturkan bahasa tersebut setiap hari. Kata pinjaman bahasa Arab terpaksa digunakan dalam bahasa Melayu kerana kekurangan perbendaharaan kata serta keperluan untuk mencipta atau mencari perkataan untuk objek dan konsep yang baharu.

Peminjaman adalah lebih mudah daripada mencipta yang baru. Ayat berikut mungkin boleh menjadi contoh. “Wakil rakyat Perlis membahaskan masalah dan hal ehwal masyarakat di Dewan Rakyat setiap hari Selasa.” Sebenarnya, kebanyakan perkataan dalam ayat tersebut merupakan bahasa Arab. Bahasa Arab juga sangat sebati dengan orang Melayu kerana bahasa Arab ialah bahasa al-Quran.  Kebanyakan orang Melayu ialah penganut agama Islam.

Contoh-contoh perkataan bahasa Arab dalam bahasa Melayu

(a) Sebutan dan erti masih sama dengan asalnya

AWALAN HURUF
A ·       abad, abadi, abah, abdi, adat, adil, amal, aljabar, almanak, awal, akhir

 

B ·       bakhil, baligh, batil, barakah

 

D ·       daftar

 

H ·       hikmah, halal, haram, , hikayat

 

I ·       ilmu, insan

 

M ·       musyawarah, markas, mistar, mahkamah, musibah, mungkar, maut

 

K ·       kitab, kuliah, kursi, kertas

 

S ·       syariat

 

 

U ·       ulama

 

W ·      wajib

 

Z ·      ziarah

 

 

(b) Sebutan berubah, erti masih sama

BAHASA MELAYU ASAL DARIPADA BAHASA ARAB

 

berkah, barakat, atau berkat

 

“barakah”
darjat

 

“darajah”
khabar

 

“khabar”
lafaz

 

“lafazh”
zalim

 

“zhalim”
makalah

 

“maqalah”
masalah

 

“mas-alah”
mungkin “mumkin”

 

 

rasmi “rasmiy

 

soal “su’aal”

 

sakarat “sakkarat”

 

rezeki “rizq”

 

Nama-nama hari dalam seminggu Ahad (“al-Ahadu”), Isnin (al-Ithnaini”), Selasa (ath-Thulasa”), Rabu (“al-Arbi’a”), Khamis (“al-Khamis”), Jumaat (“al-Jumu’ah'”) dan Sabtu (“as-Sabtu”)

 

 

(c) Sebutan dan erti berubah daripada sebutan dan erti semula

keparat

perkataan maki yang bersepadan dengan perkataan sialan, berasal dari perkataan “kafarat” yang dalam bahasa Arab bererti tebusan atau denda

 

loghat

dialek, berasal dari perkataan “lughah” yang bermakna bahasa

 

naskah

“nuskhatun” yang bermakna secarik kertas

 

perlu

berasal daripada perkataan “fardhu” yang bermakna harus

 

petua

nasihat, berasal daripada perkataan “fatwa” yang bermakna pendapat hukum

 

 

(d) Sebutan sebenar, ertinya berubah

ahli

 

individu yang mahir dalam sesuatu bidang

 

hakim pegawai yang dilantik untuk mengadili sesuatu perbicaraan di mahkamah, berasal dari bahasa Arab yang bermakna bijaksana

 

kalimat rangkaian kata-kata, berasal daripada bahasa Arab yang bermakna kata

 

siasat pemeriksaan yang teliti dan ha­ti-hati

 

 

Penyiaran artikel ini merupakan kerjasama Majalah Remaja bersama Dewan Bahasa Dan Pustaka. Artikel ini ditulis oleh Puan Khannita binti Zakariah.

IKLAN