Akhir-akhir ini, banyak pertandingan pidato atau syarahan dijalankan secara dalam talian seiring dengan norma baharu. Walaupun tidak dapat dijalankan secara bersemuka, pertandingan seumpama ini sebaliknya lebih dimasyarakatkan kerana pelbagai video pertandingan dapat ditonton menerusi medium elektronik.
Keadaan ini sebenarnya satu perubahan yang baik kerana lebih ramai murid yang akan didedahkan kepada pertandingan kebahasaan seumpama ini. Namun begitu, pada masa yang sama, kepincangan yang dilakukan oleh para peserta, khususnya dalam penggunaan bahasa yang kurang bermutu juga semakin menonjol.
Rata-ratanya pemidato gemar menggunakan kata atau ayat yang nampak “canggih” tetapi menyalahi konteks penggunaannya.
Oleh itu, dalam rencana pada kali ini akan memaparkan dua kesilapan penggunaan kata yang kerap dilakukan oleh peserta.
Ads
Contoh yang pertama ialah penggunaan kata “indikator.” Dalam pertandingan pidato dan syarahan, peserta sering menggunakan kata “indikator”. Peserta telah menyalahgunakan perkataan “indikator” dalam teks pidato mereka seperti contoh yang berikut:
Para hadirin sekalian, indikator saya yang pertama, “keluarga bahagia, negara sejahtera.”
Indikator saya yang kedua di bawah kata kunci “kekuatan mental remaja menjanakan kemajuan Negara.”
“Indikator” yang ingin dimaksudkan oleh pemidato dalam kedua-dua ayat di atas ini sebenarnya merujuk kepada isi atau hujah yang hendak disampaikan. Namun begitu, menurut Kamus Dewan Perdana (2020), “indikator” bermaksud petunjuk atau alat yang dapat memberikan maklumat khusus tentang kedudukan atau keadaan sesuatu.
Ads
Jelas sekali bahawa peserta gemar menggunakan kata pinjaman yang kedengaran bombastik tetapi tidak mengetahui maksud dan cara penggunaannya.
Selain perkataan “indikator”, kata “pragmatik” juga sering disalah guna oleh peserta pidato dan syarahan. Contoh:
Ads
Maka, hayatilah pragmatik yang pertama, “Institusi Keluarga Diperkasa (sepatutnya “Diperkasakan”), Integriti Terpelihara.”
Hadirin sekalian, pragmatik kedua, penerokaan ilmu mampu menjana minda bangsa.
Menurut Kamus Dewan Perdana, “pragmatik” merupakan satu kata adjektif yang membawa makna lebih mementingkan atau mengutamakan keadaan atau kesan yang sebenar daripada teori ataupun idea, iaitu keadaan sesuatu yang lebih praktikal.
Kesimpulannya, hormatilah bahasa kita dengan menggunakan bahasa yang gramatis dan tetapi menepati kontek. Salam Bahasa Jiwa Bangsa.
Penyiaran artikel ini merupakan kerjasama Majalah Remaja bersama Dewan Bahasa Dan Pustaka. Artikel ini ditulis oleh Alex Leong Jun Wei.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menjelang 30 hari sebelum Sukan Olimpik Tokyo 2020, semakin ramai atlet negara yang telah berjaya melayakkan diri untuk berentap di temasya sukan terbesar dunia itu.
Sekitar April lalu, penulis pernah menyenaraikan beberapa atlet daripada lima acara sukan yang telah menempah slot masing-masing. 70 hari kemudian yakni pada hari ini, jelas lebih ramai atlet Malaysia yang bakal ‘terbang’ ke Tokyo bagi menyahut cabaran Olimpik mereka.
Terbaru, seramai 23 orang atlet telah mengesahkan tempat manakala beberapa lagi masih menunggu pengesahan daripada persatuan sukan antarabangsa bagi kategori sukan masing-masing. Biarpun begitu, tempoh kelayakan semakin menghampiri tarikh tamat. Harapnya, mereka sempat untuk diserap masuk ke dalam skuad Team Malaysia.
Ya, Sukan Olimpik kali ini sememangnya berbeza tanpa kehadiran penonton antarabangsa. Hanya warganegara Jepun dan masyarakat asing yang kini menetap di Jepun saja yang bakal memenuhi ruang duduk stadium. Ini adalah sebahagian daripada langkah-langkah bagi menjaga keselamatan semua pihak tatkala wabak COVID-19 masih berleluasa termasuklah di Tokyo, Jepun.
Justeru, senarai atlet di bawah haruslah membawa semangat dan persediaan 110 peratus sekiranya mereka ingin menempah kejayaan. Jom lihat siapakah gerangan atlet berkenaan:
MEMANAH
Khairul Anuar Mohamad
BERBASIKAL TREK
Mohd Azizulhasni Awang & Muhammad Shah Firdaus Sahrom
Seperti yang dinasihatkan oleh Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) iaitu Tan Sri Mohamad Norza Zakaria baru-baru ini, kekalkan fokus kalian pada minggu-minggu terakhir persiapan dari segi fizikal dan mental sebelum mereka ke Tokyo.
Sudah tangan bertuah, mumbang ditanam tumbuh juga.
Ya, itulah pepatah yang sesuai bagi pemilik nama penuh Kimberly Chuah Ching Li; anak seni tempatan berbangsa Cina yang kian meningkat naik dalam industri seni hiburan. Berbekalkan minat, potensi dan semangat yang dimiliknya, tidak keterlaluan jika kami ramalkan Kimberly bakal berdiri sama tinggi, duduk sama rendah setanding dengan pelakon muda berkaliber yang kini mewarnai industri.
Bertatih perlahan-lahan, kehadirannya semakin dirasai langkah demi langkah selepas menamatkan perjalanannya dalam program pencarian Dewi Remaja 2022 pada kedudukan tempat ketiga. REMAJA raikan Kimberly Chuah sebagai salah seorang personaliti pilihan kempen Saya #RemajaMalaysia buat edisi 2023.
penyelaras REMAJA arahan seni & penata gayaFZ AIMMAN pembantu penyelaras & rekaan grafik NORZIAH teksFATH ABU BAKAR jurufotoAKMAR AZIMI penerbit video MAYA DEEN & SURIA AMIRA solekan & dandanan AYANG KAMELL persalinanSUPERDRY penghargaan lokasi SEKOLAH SENI MALAYSIA KUALA LUMPUR
Kefasihan Kimberly dalam berbahasa Melayu boleh dikatakan merupakan salah satu keunikan dominan yang ada padanya sekali gus menjadi ‘punca’ rezeki buat Kimberly terus menyemai nama menerusi naskhah yang ditonton rata-rata oleh penonton berbangsa Melayu.
Menurut Kimberly, sejak kecil lagi dirinya sudah dibesarkan untuk fasih berbahasa Melayu dan secara tidak langsung dirinya sudah sinonim dengan persekitaran berbilang kaum. Kebolehan ini menjadi satu titik tolak untuknya terus memahat nama menerusi siri drama dan telefilem bersama pemain industri tempatan terkenal.
“Boleh dikatakan tiada masalah langsung kerana saya fasih berbahasa Melayu sejak kecil. Saya pula bersekolah kebangsaan di mana saya sudah biasa bergaul dengan semua kaum.
“Dulu tidak ramai (pelakon berbangsa Cina yang aktif memasuki industri seni berbahasa Melayu) tetapi kini semakin ramai pelakon bukan Melayu yang muncul. Jujurnya, kebolehan berbahasa Melayu ini adalah keunikan dan kelebihan bagi kami (selebriti berbangsa Cina di Malaysia). Bak kata orang, practice makes perfect. Kesempurnaan memerlukan kita untuk mempraktikkan apa yang telah dipelajari. Jika sekadar teori sahaja yang mengisi ruang minda tanpa mempraktikkan bahasa kebangsaan kita, sayang sekali.
“Oleh itu, saya menganggap kebolehan bertutur dalam bahasa Melayu sebagai keunikan serta kekuatan pada diri. Bahkan, saya bangga apabila terus-menerus diberikan peluang berlakon dalam drama Melayu,” kata gadis kelahiran Kuala Lumpur ini.
Selain memainkan watak di depan kamera, siapa sangka Kimberly juga mempunyai bakat terpendam dan mampu melontarkan bait-bait lagu rap secara lancar dalam bahasa Melayu! Pernah suatu ketika sewaktu mengikuti uji bakat pencarian Dewi Remaja 2022 di Pulau Pinang, klip pendek yang dimuat naik oleh REMAJA bertukar tular apabila warganet terpegun dengan caranya mempersembahkan lagu bergenre rap.
Menurut Kimberly, bakat terpendam ini mungkin sekali diasah sewaktu di bangku sekolah apabila dia seringkali menyertai aktiviti di luar bilik darjah seperti berdebat.
Disoal apa yang difahaminya mengenai erti Saya #RemajaMalaysia bersempena kempen REMAJA yang sudahpun memasuki edisi kelimanya tahun ini, penulis amat tertarik dengan huraian milik Kimberly. Tentunya setiap orang mempunyai interpretasi berbeza di ruang fikiran masing-masing.
Bagi Kimberly yang mengambil berat soal pelapis yang bakal menggantikan tokoh-tokoh ternama di Malaysia dewasa kini, dia menyifatkan Remaja Malaysia adalah golongan yang bakal memberi idea bernas dalam memperjuang setiap pelbagai perkara mengikut peredaran zaman.
“Remaja adalah tonggak dan pelapis negara. Saya harus tekankan bahawa generasi maa kini wajar melatih diri untuk memperbaiki skil dan cara pemikiran agar mereka terus bangkit demi negara tercinta. Sekiranya ada yang musykil siapakah bakal menggantikan tempat duduk panas bagi memimpin negara, jawapannya adalah kita semua yang masih muda.
“Bukan bermakna jasa tokoh-tokoh negara sudah dilupakan tetapi saya percaya negara memerlukan idea dan generasi baharu untuk memperjuangkan setiap perkara yang baharu,” ujarnya lagi.
‘Minat muzik, tapi impian terbesar adalah berlakon’
Mengenali gadis ini sejak dia melangkah masuk ke pencarian Dewi Remaja 2022, Kimberly sama sekali tidak pernah gagal untuk melontarkan senyuman manisnya saat bertemu. Tidak pernah mendongak ke langit jadi rahsia dirinya disenangi orang di sekeliling.
Bukan sekadar berbakat menerusi lakonan, Kimberly juga hebat dalam menyampaikan lagu-lagu rap.
Kongsinya, jiwa anak seni yang perlu sentiasa bersedia untuk menghiburkan khalayak ramai sentiasa mengalir dalam dirinya. Biarpun dia secara peribadinya sentiasa menadah tangan dengan luas andai kata sudah tertulis rezekinya menceburi bidang baharu seperti muzik termasuklah genre rap; buat masa ini Kimberly selesa memahat nama sebagai seorang pelakon yang disegani terlebih dahulu
Benar, dunia digital dan media sosial membolehkan bakat-bakat baharu mengorak langkah ibarat tumbuhnya cendawan selepas hujan. Kendatipun, itu bukanlah cabaran utama Kimberly dalam melebarkan sayapnya lebih tinggi dalam arena seni tanah air, malah dia tetap positif dan percaya kepada rezeki.
“Kali pertama saya menjejakkan kaki dalam industri, matlamat saya hanya satu iaitu untuk melihat sejauh mana saya boleh teroka. Kita semua pun tidak tahu rezeki seluas mana dalam sesuatu bidang. Jadi mulai saat ini, saya akan terus berusaha agar mampu mencapai ke aras yang lebih tinggi.
“Saya turut berharap usaha yang saya semai bagi tahun-tahun berikutnya akan membuahkan hasilnya,” katanya sebagai penutup kalam.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jaguh beregu wanita negara, Pearly Tan dan M Thinaah terus mencipta sensasi di arena badminton dunia apabila kini dinobatkan sebagai pasangan nombor satu dunia BWF. Kejayaan ini menyaksikan mereka mengatasi gandingan handal dari China, Liu Sheng Shu dan Tan Ning yang sebelum ini menduduki tangga teratas.
Berdasarkan laporan rasmi Persekutuan Badminton Dunia (BWF), kemenangan moral ini hadir selepas Pearly-Thinaah mengumpul 104,860 mata — sekali gus mengatasi jumlah 103,150 mata yang diraih oleh pasangan China tersebut. Liu Sheng Shu dan Tan Ning tidak beraksi dalam dua kejohanan besar iaitu Terbuka Perancis dan Terbuka Hylo, memberi ruang kepada pasangan Malaysia itu untuk melonjak ke puncak carta.
Pearly-Thinaah No.1 Dunia Jelajah BWF
Pencapaian sebagai beregu wanita nombor satu dunia BWF bukan sekadar simbol kemenangan, tetapi bukti konsistensi dan ketekunan pasangan ini sepanjang musim. Dalam ranking jelajah dunia, kedudukan ini memainkan peranan penting untuk menentukan lapan beregu terbaik yang layak ke World Tour Finals di Hangzhou, China, yang dijadualkan berlangsung dari 17 hingga 21 Disember ini.
Kejayaan ini meletakkan Pearly-Thinaah di landasan terbaik untuk menempah slot ke kejohanan elit tersebut. Walaupun dalam ranking dunia keseluruhan mereka masih mengekori rapat pasangan China itu di tangga kedua, kedudukan sebagai nombor satu Jelajah Dunia tetap menjadi pencapaian berprestij yang membuktikan kematangan permainan mereka.
Persiapan Menjelang Masters Kumamoto
Momentum cemerlang ini dijangka menjadi pembakar semangat buat Pearly-Thinaah menjelang saingan Masters Kumamoto di Jepun yang bakal bermula Selasa ini. Dengan semangat juang tinggi dan prestasi memberangsangkan, mereka pastinya mahu menambah satu lagi gelaran berharga ke dalam koleksi musim ini.
Kejayaan Besar Sepanjang Musim
Setakat ini, Pearly-Thinaah sudah pun menjuarai dua kejohanan utama tahun ini iaitu Terbuka Thailand dan Terbuka Artik di Finland. Kemenangan tersebut bukan sahaja mengukuhkan reputasi mereka sebagai beregu wanita nombor satu dunia BWF, tetapi juga menunjukkan ketahanan mental dan kematangan permainan yang luar biasa.
Sebagai pilihan utama di Masters Kumamoto, Pearly-Thinaah dijangka berdepan saingan sengit daripada beregu nombor tiga dunia dari Korea Selatan, Kim Hye Jeong dan Kong Hee Yong sekiranya kedua-dua pasukan berjaya mara ke pentas akhir.
Menerusi rentak kemenangan yang semakin konsisten dan semangat yang membara, Pearly-Thinaah kini dianggap antara beregu wanita paling digeruni di pentas dunia. Harapan seluruh rakyat Malaysia pastinya mengiringi langkah mereka dalam usaha membawa pulang satu lagi kejayaan bermakna buat negara.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!