Berita

Mahasiswa UKM Lakar Sejarah Di IRONMAN 70.3 Langkawi, Layak Ke IRONMAN World Championship Di Perancis!

Share

Nama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sekali lagi menjadi sebutan apabila salah seorang atletnya, Ahmad Dani Amir Fariz dari Fakulti Undang-Undang, berjaya menamatkan cabaran IRONMAN 70.3 Langkawi 2025. Satu pencapaian yang membanggakan seluruh warga UKM!

Menurut laporan daripada Pusat Sukan UKM, kejayaan luar biasa ini turut melayakkan Ahmad Dani untuk menyertai
Kejohanan Dunia IRONMAN 70.3 2026 yang akan berlangsung di Nice, Perancis.

Pencapaian itu sekali gus membuktikan semangat juang dan ketahanan fizikal serta mental yang tinggi dalam kalangan mahasiswa UKM.

Pengerusi Jawatankuasa Pusat Sukan UKM, yang turut diberi mandat membuat pelaporan khas bagi program Jejak Juara tahun ini, telah memaklumkan kejayaan tersebut kepada Ahli Parlimen UKM, sebagai tanda penghargaan terhadap usaha dan dedikasi Ahmad Dani.

Bukan itu sahaja, acara IRONMAN Malaysia dan IRONMAN 70.3 Langkawi 2025 kali ini berlangsung penuh semangat dengan penyertaan

1,888 atlet dari 68 negara, yang menguji ketahanan diri melalui tiga disiplin utama iaitu renang, berbasikal dan larian di sekitar pulau legenda,
Langkawi.

Menariknya, antara nama lain yang turut mencuri tumpuan ialah Syed Saddiq, yang berjaya menamatkan cabaran penuh dalam tempoh kurang 13 jam, seperti dilaporkan oleh media tempatan.

Kejayaan Ahmad Dani bukan sahaja mengharumkan nama UKM, tetapi juga menjadi inspirasi buat anak muda lain untuk terus mencabar diri dan membuktikan bahawa tiada apa yang mustahil bila semangat dan disiplin digabungkan.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fath