“Macam Pegang Adik Je!” Elfira Loy Happy Berat Turun 12kg Dalam Sebulan

Share

Pejam celik pejam celik dah sebulan pelakon, Elfira Loy melahirkan bayi lelakinya.

Terbaru melalui posting di instagramnya,  Elfira Loy meluahkan perasaan gembira apabila berjaya menurunkan berat badan sebanyak 12 kilogram selepas 30 hari melahirkan anak lelakinya pada 1 Oktober lalu.

Wow, hebatnya sebulan je dah boleh kurangkan 12kg.

Elfira atau nama penuh Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri berkata demikian setelah selesai membawa anaknya, Muhamad Rayyan Khalaf melakukan pemeriksaan kesihatan yang pertama di sebuah pusat perubatan hari ini.

Menurut pelakon berusia 25 tahun itu, dia mengakui agak mencabar dalam usaha bagi mendapatkan bentuk badan yang diimpikan malah mahu mengurangkan beratnya lagi sebanyak 10 kilogram.

“His first checkup went well and mommy pun happy 12kg gone, 10 more kgs to go okayyyyy. Fuhhh 😅 . Mencabar betul,” tulisnya.

 

Rakan Artis Turut Tinggal Komen

Rata-rata Elfira di laman Instagram memberikan pelbagai reaksi dengan memuji kecomelan anak-beranak itu yang tidak ubah kelihatan seperti kakak dan adik. Tidak ketingalan rakan-rakan selebriti yang turut meninggalkan komen.

Kecik Je Ell!

Comel!

Emm..apa agaknya tip Elfira turunkan 12kg dalam sebulan ye…..Apapun seronok tengok family kecil El ni…

Sumber : Elfira Loy

IKLAN