Terbaru, menurut laporan Sinar Harian Kerajaan Negeri Melaka dilaporkan sedang merancang membina sebuah terowong dasar laut bagi sistem rel yang menghubungkan negeri itu dengan Dumai, Indonesia.
Ketua Menterinya, Sulaiman Md Ali berkata, jika mengikut perancangan jangka panjang, terowong itu akan dibina merentasi Selat Melaka yang jaraknya sepanjang 47 kilometer.
Sementara itu, Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Melaka, Ab Raub Yusoh berkata, setakat ini sebuah firma telah menyatakan minat untuk membina terowong itu, tetapi projek tersebut tidak dapat dimulakan kerana ia memerlukan persetujuan dan kelulusan dari Kerajaan Indonesia.
Ads
Selain itu, firma berkenaan hanya bersetuju untuk menampung kos pembinaan 50 peratus daripada kos keseluruhan projek.
Sekiranya perancangan itu berjalan lancar, pembinaan terowong tersebut hanya akan mengambil masa empat hingga lima tahun sahaja.
Ads
Projek itu juga dijangka akan menyumbang kepada pertumbuhan keluaran dalam negara kasar yang lebih tinggi bagi negeri itu di mana ketika itu Melaka banyak bergantung kepada sektor perkhidmatan dan pembuatan yang dilihat semakin meningkat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Sinar Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau korang yang lahir tahun 90-an pasti membesar dengan saluran NTV7 ni. Sebagaimana kita tahu, NTV7 merupakan merupakan salah sebuah stesen televisyen swasta terestrial nasional di Malaysia yang menawarkan rancangan dalam Melayu, Inggeris, Korea dan Mandarin.
23 tahun beroperasi, akhirnya saluran TV ini mengundurkan diri bagi memberi laluan saluran khusus TV Pendidikan yang dikenali sebagai DidikTV KPM pada Khamis ini.
Sementara itu, pelakon dan pengacara terkenal, Che Puan Sarimah Ibrahim meluahkan rasa sedih dilaman facebook miliknya. Menurut beliau, saluran NTV7 merupakan titik permulaan kerjayanya sebagai seorang pengacara.
”Selamat tinggal ntv7 Malaysia.. saya memulakan perjalanan karier tv di sini.. mengacara pelancaran ntv7 pada 7 April 1998 bersama Rosyam Nor dan Hairie Othman..” tulisnya.
Sumber Gambar : Youtube
Untuk pengetahuan semua, DidikTV akan menyiarkan program yang diterbitkan khusus berteraskan kurikulum dan kokurikulum KPM dan boleh ditonton menerusi saluran 107 di MYTV, saluran 147 di Astro dan saluran NTV7 di TV Unifi.
Nantikan DidikTV, sebuah program pendidikan maya melangkaui bilik darjah untuk semua peringkat persekolahan.
Malang tidak berbau, itulah yang terjadi kepada peserta rancangan nyanyian realiti yang menampilkan BBNU, Big Stage musim ke-3 ini.
Menurut laporan Mstar, Sandra Dianne terbabit dalam kemalangan dan ia disahkan sendiri oleh wakil syarikat rakaman Sony Music berhubung perkara ini.
Buat masa ini (ketika laporan) Dianne masih berada di dalam wad kecemasan dan belum ada apa-apa keputusan dari doktor yang merawat di Hospital Putrajaya.
Sandra bersama finalis Big Stage musim ke-3
Sandra masih lagi antara finalis yang menruskan cabaran ke minggu seterusnya di Big Satge yang masih berlangsung di PICC, Putrajaya.
Pihak Remaja mendoakan agar Sandra cepat sembuh seperti sedia kala dan segalanya dipermudahkan.
Sumber: MStar
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tentu kita ada terbaca mengenai kisah pasangan suami isteri, allahyarham Ismail bin Latiff, 66 dan allahyarhamah isterinya, Rohani binti Dollah, 60 yang dijemput illahi selang dua hari ketika mengerjakan umrah.
Pasangan suami isteri ini meninggal selang dua hari di Madinah iaitu pada 23 hb dan 25 hb (isteri) dan kedua-duanya sudah pun dikebumikan di Tanah Perkuburan Al Baqi yang menempatkan para syuhadah.
REMAJA sempat menghubungi anak allahyarham iaitu Mohd Fikri, 33 tahun yang merupakan anak kelima dari 10 beradik (lima lelaki dan lima perempuan) untuk berkongsi apakah amalan kedua orang tuanya sehingga terpilih disemadikan di bumi Anbia.
Ternyata, janji Allah, untuk orang yang suka bersedekah iaitu menghapuskan dosa, diberi kelebihan rezeki (tak akan berkurangan) dan banyak lagi kelebihannya memberikan asbab mengapa Allah memilih kedua pasangan suami isteri ini ditempatkan di bumi para Anbia.
Berkongsi asbab kedua ayah dan ibunya “menjadi insan terpilih”, Mohd Fikri berkongsi sedikit cerita mengenai kedua orang tuanya yang boleh kita jadikan sebagai pengajaran dalam hidup.
Ibu patut sampai hari ini (26 Disember)
Biar masih bersedih dengan pemergian orang tuanya berselang dua hari, Mohd Fikri menjelaskan sepatutnya arwah ibunya, Rohani binti Dollah dijangka tiba pada jam 8 pagi ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 8 pagi dan penerbangan seterusnya ke Kota Bharu dijangka tiba pada jam 3 petang ini.
Menurut Fikri, inilah kali pertama kedua ibu bapanya menjejakkan kaki ke Tanah Suci.
“Mereka bertolak pada 14 hb dan dijangka pulang pada 26 Disember ini,” katanya memaklumkan, arwah bapanya ada mengalami demam ketika di Makkah.
“Saya dimaklumkan yang ayah dah dua hari demam di Makkah lagi sebelum rombongan bertolak ke Madinah. Semasa pagi kejadian, 23 hb itu, ibu, ayah dan sedara serta anaknya yang OKU ada di bilik hotel.
“Ayah meninggal waktu Subuh. Sebelum itu, mak saudara ada berkata pada mak untuk pergi solat di masjid dan dia akan tolong jagakan ayah di bilik hotel kerana anaknya pun ada sama. Masa kejutkan ayah untuk solat Subuh, ayah cuba bangun dan ketika mahu berdiri ayah mengadu sesak nafas. Dia cuba gosok belakang ayah dan ajarkan mengucap. Tapi Allah lebih sayangkan ayah.
“Bila mak balik dari masjid, mak begitu terkejut dengan pemergian ayah. Tak sangka ayah akan pergi tinggalkannya. Emak memang ada darah tinggi. Masa itu emak memang demam juga tapi masih kuat berbanding keadaan ayah. Tapi lepas ayah dikebumikan, emak jadi seorang yang sangat pendiam, tak bercakap dah dengan mak saudara dan tak lalu nak makan.
“Walau pun berat bagi kami adik beradik menerima berita kematian selang dua hari, mak akhirnya pergi mengikut jejak ayah akhirnya. Puncanya sama, iaitu sesak nafas.
Selalu sedekah tenaga terutama bulan Ramadan
Bukan semua antara kita menjadi insan terpilih untuk meninggal di Makkah atau Madinah yang diketahui bumi yang banyak baraqahnya.
Namun Mohd Fikri ada berkongsi kebaikan dilakukan oleh kedua ibu bapanya semasa hidup.
Jelasnya, arwah ayahnya adalah seorang pesara kerajaan dan hanya berpangkat rendah (pekerja am) sementara arwah ibunya hanyalah seorang suri rumah.
“Duit untuk menunaikan umrah ini pun adalah tabungan mereka sedikit demi sedikit dan bila sudah cukup keduanya berangkat ke sana.
Jelasnya, walau hidup dalam serba kekurangan ditambah anak-anak ramai serta hidup secara ala kadar ketika mereka masih kecil tapi kedua ibu bapanya tidak pernah lokek dengan tenaga untuk membantu orang lain.
“Depan rumah kami di Kota Bharu ada sebuah surau yang diwakafkan oleh nenek moyang arwah mak. Setiap kali bulan Ramadan, mak dan ayah akan memasak makanan untuk jemaah berbuka. Berpuluh tahun begitulah kerja mereka. Ayah tak tahu bawa kereta tapi ayah akan bawa motor dan belikan semua barang-barang kenduri. Kadang penuh bakul raganya dengan makanan untuk dimasak.
“Begitu juga hal kenduri kendara di kampung nie, orang kampung akan cari mereka berdua kerana keduanya tak pernah berkira menghulurkan tenaga untuk memasak. Mak memang pakar memasak. Kata mak, nak sedekah duit dia tak ada duit banyak tapi dia dan ayah ada tenaga. Jadi mereka tak pernah berkira dengan orang di sini.
“Mungkin ini sebahagian asbab keduanya dipilih Allah,”katanya menyifatkan keduanya cinta sejati, cinta Madinah.
.
Ayah nak sambut hari lahir mak 23 hb tu
Sebelum bertolak ke Makkah, ayah menyebut dia mahu meraikan hari ulang tahun mak ke 60 ketika menunaikan umrah.
“Mak lahir pada 23 hb tu. Beriya-iya ayah cakap nak sambut hari jadi mak di sana. Rupanya pada hari kelahiran mak, ayah pergi tinggalkannya. Sudah Allah aturkan, selang dua hari, mak pula dijemput untuk bersama ayah. Berat sebenarnya bagi kami tapi itulah janji Allah,”katanya memaklumkan, jenazah ibunya diuruskan sepenuhnya oleh pihak di sana kerana pada malam kejadian, rombongan sudah bersedia berangkat pulang ke lapangan terbang.
Dalam pada itu, Mohd Fikri turut menyebut, semasa di kampung dan ketika kereta dipandunya bergerak meninggalkan rumah untuk menghantar keduanya ke lapangan terbang di Kota Bharu, arwah maknya beriya-iya melambai orang kampung.
“Arwah mak siap cakap, SELAMAT TINGGAL berulang kali. Saya tak terfikir pun itu adalah perkataan akhirnya pada jiran-jiran kami. Tapi semasa di Makkah ada sekali dua mak dan ayah telefon melalui perbualan Whatsapp voice di mana mereka bertanya mengenai anak-anak dan bagaimana keadaan Kelantan yang dilanda banjir.
“Apapun saya mohon doa dari seluruh rakyat Malaysia untuk kedua orang tua saya. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan doa keduanya diampunkan Allah taala,”katanya ketika dihubungi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Insiden remaja maut ditembak di Keningau mengejutkan negara. Ketahui kronologi kejadian, hasil siasatan polis dan pengajaran penting buat remaja serta ibu bapa mengenai bahaya senjata buatan sendiri.