Hiburan

“Macam Barbie & Ken!” Penampilan Lisa BLACKPINK, Felix Stray Kids Di Paris Fashion Week 2025 Curi Perhatian Peminat

Share

Acara unggul, Paris Fashion Week 2025 sekali lagi menjadi tumpuan dunia apabila dua bintang K-Pop terkenal, Lisa daripada BLACKPINK dan Felix daripada Stray Kids hadir menyerikan pertunjukan koleksi Musim Bunga/Panas 2026 oleh jenama fesyen mewah Louis Vuitton yang berlangsung baru-baru ini.

Apa yang menarik, kemunculan Lisa di barisan hadapan acara itu dengan pantas menjadi perbualan hangat apabila penyanyi dan ikon fesyen tersebut tampil memukau dalam busana knitwear pastel dengan perincian bunga yang digandingkan bersama seluar pendek merah jambu, menyerlahkan gaya chic namun playful. Selain itu, penampilannya dilengkapkan dengan beg ikonik Louis Vuitton yang memberi sentuhan elegan.

BACA: Berjaya Jadikan Labubu Sebagai Trend, Lisa BLACKPINK Terima Hadiah Eksklusif Dari Pencipta Labubu

BACA: Lisa BLACKPINK Hulur Sumbangan Hasil Jualan ‘Preloved’ Untuk Projek Air & Sanitasi Kanak-Kanak Di Afrika

Manakala Felix pula tampil dengan aura penuh karisma, mencuri perhatian ramai. Idola muda popular ini mengenakan jaket cropped putih bersama seluar hitam sleek, membawakan gaya minimalis tetapi moden. Dipadankan dengan beg berstruktur bold yang digayakan turut memberi elemen edgy kepada keseluruhan penampilannya.

Dalam pada itu, kehadiran kedua-dua selebriti ini di acara prestij dunia fesyen dianggap sebagai bukti kuat pengaruh budaya Hallyu dalam arus fesyen global. Di mana ia bukan sahaja memberi nilai tambah kepada acara, malah terus menjadi topik hangat di media sosial.

Pada masa yang sama, ramai pemerhati fesyen dan peminat menyifatkan Lisa dan Felix sebagai ‘power duo visual’ kerana aura mereka saling melengkapi. Keanggunan feminin Lisa diserlahkan lagi dengan pesona maskulin Felix, menghasilkan kontras yang harmoni di pentas fesyen antarabangsa.

BACA: Sumbang 200 Juta Won Korea, Felix Stray Kids Raikan Hari Lahir Ke-25 Melalui Kerja Amal

BACA: “Ibu Saya Menangis 6 Bulan…” Felix Stray Kids Kongsi Kisah Bagaimana Nama Koreanya Dipilih

Sementara itu, di media sosial pula telah mencetus pelbagai reaksi peminat masing-masing terutama BLINK dan STAY yang menggelar mereka sebagai “Barbie dan Ken” versi moden. Gelaran itu menjadi tular selepas beberapa foto kedua bintang terkenal tersebut tersebar, dengan netizen memuji keserasian visual serta aura glamor yang sukar ditandingi.

Jadi tidak hairanlah jika kamera media antarabangsa terus membidik lensa ke arah mereka. Setiap langkah dan gaya yang ditampilkan kini menjadi inspirasi fesyen buat generasi muda, terutamanya peminat yang mengangkat mereka sebagai ikon gaya.

Jenama Louis Vuitton pula bijak menggunakan momen ini dengan menampilkan selebriti yang mempunyai pengaruh besar di kalangan Gen Z dan milenial. Strategi ini sekaligus mengukuhkan kedudukan jenama tersebut sebagai peneraju fesyen yang kekal relevan dengan arus budaya pop.

Intihanya, Paris Fashion Week 2025 bukan sekadar meraikan inovasi koleksi baharu, tetapi juga menjadi pentas penyatuan antara bintang global, fesyen mewah dan budaya pop dalam naratif penuh glamor.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE