Menghampiri dua dekad menempa nama dalam industri seni, figura ini dilihat terus bertahan meski industri perfileman dan naskah tempatan menyaksikan kemunculan bakat baharu ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.
Berkata kepada Remaja, Gambit atau nama sebenarnya, Mohd. Saifullah Rosli amat teliti dan selekitif dalam pemilihan tawaran lakonan yang akan diterimanya.
“Sejujurnya, saya memang selektif dari awal saya mula-mula masuk dalam industri. Lakonan pertama saya pada tahun 2005 ketika menjayakan filem Susuk dan Cinta.
“Ia kerana, saya bermula pun terus dengan filem dan latar belakang saya pula adalah kejuruteraan, berbeza sama sekali kan.
Ads
“Jadi apabila saya dalam filem dan berlakon di depan kamera, pada mulanya saya tidak berapa suka kerana saya kosong selepas itu terus berlakon dengan pelakon terkenal seperti Sofia Jane, Adlin Aman Ramlee. Maka itu, saya tidak faham cara itu (lakonan),” katanya ketika ditemu bual.
Dalam pada itu, dia lebih mementingkan kualiti dalam lakonan daripada kuantiti kerana dirinya memilih kepuasan menyampaikan seratus peratus watak yang diberi.
Pelakon drama hit Suamiku Lelaki Pendosa itu bagaimanapun meluaskan sedikit demi sedikit namun masih menjaga sebuah quality control menerusi karya yang baka dilakonkan.
Ads
“Tetapi saya teruskan juga kerana harapan saya pada ketika itu adalah untuk memuaskan saya kerana satu dalam objektif hidup saya adalah untuk melihat nikmat Allah.
“Sebab itulah, saya berharap dapat berlakon filem atau drama yang saya percaya. Ya, selektif memang dari dahulu cuma mungkin sekarang dari memilih, saya luaskan sedikit tetapi masih ada quality control daripada apa yang saya percaya.
“Mungkin juga sebelum ini orang kata saya demand, ya mungkin betul. Tetapi demanding itu dari segi pemahaman dan kepercayaan kita sebab sebagai pelakon ini, ia dalah pekerjaan dan perniagaan dalam industri seni,” ujarnya lagi.
Ads
Sekadar info, Yuna kini berlakon sebagai Imam dalam drama berjudul Mystic Village yang diarahkan oleh Faizul Jais dan merupakan hasil tulisan penulis bersama, Honey Ahmad dan Bernice Low.
Selain Gambit, pelakon lain yang membintangi drama berkenaan adalah Yuan Rahim, Kamal Adli, Fazlina Ahmad Daud, Hafizuddin Fadzil, Neera Azizi, Anas Ridzuan dan Mubarak Majid.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Selaku mentor dan juri tetap Hero Dewi Remaja 2023, Scha Al-Yahya menitipkan pesanan kasih sayang buat kesemua peserta yang terpilih sebagai finalis bagi edisi pada kali ini.
Berkata kepada Remaja, pelakon dan hos popular itu menegaskan buat para finalis supaya menukar sedikit pemikiran selain mempunyai niat yang betul untuk berada di dalam rancangan realiti ini.
“Sekarang ini kerana mereka sudah terpilih, jadi apabila sudah terpilih sebagai salah seorang finalis ini mindset sudah perlu tukar sedikit.
“Ia kerana, kita perlu ada passion, niat perlu betul pada masa sama jangan lupa dari mana anda datang. Dalam masa sama juga, have fun sahaja.
“Kita tidak mahu stres sangat kerana, ya ini adalah landasan buat mereka tetapi yang paling penting adalah bagaimana cara anda membawa diri selepas program ini. Itulah lebih penting,” tuturnya ketika ditemu bual.
Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata itu turut berpesan buat ‘adik-adik’ yang terlibat bagi menjayakan edisi ini agar berseronok sahaja tanpa ada rasa stres.
“Selain itu, saya cuma mahu mereka have fun sahaja kerana penting kalau mereka rasa tidak have fun.
“Nanti jadi tak best, kerana ini adalah permulaan baharu dalam hidup anda. Jadi, anda sahaja yang boleh mengawal kehidupan anda selepas ini,” ujarnya lagi.
Sekadar info, pencarian Hero Dewi Remaja 2023 akan ditayangkan menerusi lapan (8) episod bermula 10 November, pada setiap hari Jumaat jam 10 malam di saluran Astro Ria.
Selain bertanding menerusi cabaran dalam episod yang ditayangkan, 16 finalis juga bertanding dari aspek populariti serta duo terbaik menerusi undian peminat yang dibuka bermula 10 November 2023 sehingga ke malam finale kelak untuk mengetahui siapakah yang akan bergelar Hero Favourite 2023 dan Dewi Favourite 2023 serta Best Chemistry Duo.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pengumuman bantuan Peruntukan Nasional 2020 semalam oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah sedikit sebanyak melegakan rakyat.
Di saat getir penularan Covid-19 ini, ramai pihak yang khuatir mereka tidak dapat melangsungkan kehidupan setelah punca pendapatan masing-masing tersekat sepanjang tempohh Perintah Kawalan Pergerakan ini.
Ini termasuklah pelajar peringkat pengajian tinggi di seluruh negara.
Seperti yang diumumkan, korang juga tidak terkecuali apabia korang layak menerima bantuan sebanyak RM200 seorang.
Ia melibatkan peruntukan RM270 juta dan melibatkan para pelajar daripada pelbagai peringkat pengajian tinggi termasuklah IPT awam, IPT swasta, matrikulasi, kolej komuniti dan politeknik.
Bayaran berbentuk one-off (sekali bayar) itu bagaimanapun akan diterima oleh korang pada bulan Mei 2020. Jadi sementara waktu itu, korang dinasihatkan untuk cuba berjimat seboleh baik.
Bagi yang masih menetap di hostel, REMAJA nasihatkan agar korang menerima bantuan makanan yang disediakan oleh kerajaan, pihak universiti dan badan-badan tertentu.
Buat masa ini, maklumat mengenai cara memohon Bantuan Prihatin Nasional ini masih belum diterima dan ia akan dikemaskini dari semasa ke semasa secara rasmi oleh kerajaan.
Korang seharusnya hanya mendapatkan makluman rasmi menerusi laman web MyBSH. Semak status permohonan dan pembayaran korang di sini kelak.
Sementara itu, ELAKKAN daripada mengisi APA-APA BORANG ataupun membalas panggilan telefon yang mendakwa mereka memanggil daripada pihak kerajaan bagi megelak ditipu oleh scammers.
Untuk pengetahuan, korang juga layak untuk menerima internet percuma berkelajuan tinggi bermula April ini. Cer lihat apa yang dimaksudkan dengan bantuan tersebut.
Penyanyi dan komposer terkenal, Yasin Sulaiman, sempat merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.
Malah, dia turut menyifatkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu telah mengharungi perjuangan yang lebih dahsyat berbanding dirinya sebelum ini.
“Saya rasa belum terlewat untuk saya ucapkan tahniah kepada Perdana Menteri yang ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Beliau telah mengharungi perjuangan yang dahsyat namun dengan kuasa Allah, akhirnya dilantik menjadi pemimpin kita. Begitu juga saya mengharapkan agar ada keadilan sewajarnya,” katanya.
Penyanyi lagu popular Mimpi Laila berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas sebutan kes berhubung representasi tiga pertuduhan dadah yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Selangor, hari ini.
Menerusi laporan Sinar Harian, penyanyi itu turut berharap Anwar dapat menambah baik undang-undang lapuk yang tidak menepati perkembangan dan peradaban, termasuk kes di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sehubungan itu, Yasin juga menyifatkan Anwar pasti lebih memahami keadaan tersebut memandangkan beliau pernah berhadapan dengan undang-undang sebegitu.
“Saya berharap agar perdana menteri kita dapat membetulkan undang-undang arkib, undang-undang lapuk yang tidak menetapi perkembangan, pengetahuan serta peradaban.
“Itu telah masuk dalam kes 39B yang beliau pernah hadapi dahulu mengenai kes arkib ini jadi saya berharap dia faham,” tambahnya.
Terdahulu, pada 31 Mac lalu, Yasin mengaku tidak bersalah menanam 17 pokok ganja. Berikutan pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 6B(3) akta sama Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali jika sabit kesalahan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.