Tarikh istimewa 22.02.2022 bukan saja memberi makna terindah buat pasangan muda Indonesia, Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah yang menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka.
Malah buat pasangan penyanyi bervokal mantap tanah air iaitu Syamel dan Ernie Zakri, mereka turut berkongsi kegembiraan kelahiran cahaya mata yang dinanti-nantikan pada jam 10.14 pagi ini.
Syamel dan Ernie Zakri
Menerusi hantaran di Instagram, Syamel telah memaklumkan berita gembira itu dengan penuh kesyukuran sambil memohon agar orang ramai mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Ernie dan anaknya itu.
“Syukur Alhamdulillah, cinta hati ibu dan daddy selamat dilahirkan pada pukul 10.14 pagi tadi. Senang daddy ingat birthday, 22.02.2022.
“Doakan kesihatan anak solehah Bangmel dan Kak Ninie dan semoga mereka berdua berada dalam keadaan baik dan sentiasa dalam rahmat-Nya,” catat Syamel.
Buat masa ini, pasangan duet lagu Aku Cinta itu masih memilih untuk merahsiakan nama bayi mereka. Begitupun, mereka tetap terbuka untuk memuat naik foto yang menampakkan sekilas imej fizikal bayi mereka.
Dalam pada itu, ribuan ucapan tahniah membanjiri ruangan komen di hantaran Syamel. Tidak ketinggalan ialah bapa saudara Ernie yang juga merupakan penyanyi popular, Anuar Zain yang menzahirkan rasa teruja untuk menantikan saat dapat menenung bayi mereka.
“Tahniah Syamel.. looking forward to meet Cucuku,” katanya.
Ads
Lah, dah pangkat atuk rupanya abang Anuar, hehe..
Turut mendoakan segalanya dipermudahkan buat mereka berdua adalah rakan selebriti lain seperti Fizo Omar, Awal Ashaari, Elizad, Tabby Dolla, Hael Husaini, Khai Bahar, Yusuf Bahrin dah ramai lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa sahaja tidak mengenali kumpulan K-Pop terkenal ini? Dianggotai oleh 4 orang wanita hebat, kumpulan tersohor ini kekal di carta teratas tiap kali lagu baru mereka dikeluarkan.
Namun, langit tak selalunya cerah apabila kumpulan penyanyi Korea Selatan ini dihentam teruk oleh outlet media Perancis dek kerana kualiti persembahan yang tidak memuaskan.
Pada 2 September, Le Parisien dari Perancis menerbitkan ulasan semua konsert yang diadakan di State De France dan Arena Paris La Défense sepanjang musim panas yang lalu. Akhbar itu menyatakan bahawa senarai itu dibuat secara objektif.
“Oleh kerana senarai ini benar-benar objektif, sesetengah orang akan gembira, cemburu, atau sakit hati setelah membacanya,” jelas Le Parisien.
Le Parisien mendakwa bahawa konsert Encore Julai BLACKPINK adalah yang paling teruk di antara aksi konsert antarabangsa. Akhbar itu turut mendedahkan mengapa mereka memberikan kumpulan itu tangga paling terendah dalam senarainya.
“Hanya kerana penonton memenuhi State De France (lokasi konsert) tidak bermakna persembahan yang diberikan adalah bagus. Apa yang kami nilai selepas meninggalkan konsert BLACKPINK ialah koreografi terlalu rigid, dan mereka sesama ahli sering tersilap langkah di hadapan satu sama lain kerana miskomunikasi,” jelas mereka.
Penerbitan itu kemudian meneruskan kritikannya terhadap konsert tersebut dan seolah-olah tidak berpuas hati dengan interaksi berlebihan di antara ahli kumpulan BlackPink dengan peminat mereka.
“Semasa bahagian akhir persembahan, Jennie tiba-tiba meninggalkan pentas, dan ahli yang selebihnya mula berinteraksi dengan peminat menerusi poster yang dipegang penonton. Ini bukan persembahan yang setaraf dengan populariti mereka,” komen outlet media tersebut.
Sebelum ini, BLACKPINK membuat persembahan di State De France pada 15 Julai di mana ianya berjaya menarik hampir 55,000 peminat.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: DISPATCH
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sekeping gambar mampu menceritakan segalanya. Dari gambar kita akan belajar erti kehidupan, kemanusiaan, membentuk kasih sayang dan ada ketikanya mampu menyemai rasa kebencian.
Saksikan gambar-gambar menarik dari seluruh dunia yang telah memenangi pertandingan bagi kategori alam semulajadi yang terbahagi kepada empat kategori iaitu Wildlife (Hidupan Liar), Landscapes (pemandangan), Aerials (udara) dan Underwater (bawah air) anjuran National Geographic bagi tahun 2017.
Pemenang hadiah utama menerima US7500 dan diterbitkan di majalah National Geographic selain @NatGeo Instagram akaun. Manakala pemenang pertama akan menerima US2500.
REXKL bertukar menjadi sebuah dunia bawah tanah yang penuh misteri pada Khamis malam, minggu ini apabila Astro menganjurkan pengalaman imersif istimewa sempena francais animasi tempatan popular, Kisah Bawah Tanah (KBT).
Acara yang menghimpunkan rakan media, peminat, selebriti, pempengaruh dan para kolaborator itu bukan hanya meraikan kejayaan siri animasi KBT selepas musim pertamanya, malah turut menyaksikan beberapa pengumuman menarik buat peminat setianya.
Dipenuhi dengan visual menyeramkan, pameran instalasi karakter KBT berskala besar dan paparan LED imersif yang menghidupkan suasana dunia bawah tanah KBT.
Acara tersebut sekaligus berjaya membuktikan bagaimana siri animasi tempatan mampu berkembang menjadi sebuah fenomena budaya pop yang mendapat tempat di hati penonton pelbagai peringkat usia.
Gabungan Seram, Humor & Cerita Rakyat Asia Tenggara
Sejak mula ditayangkan, Kisah Bawah Tanah (KBT) berjaya menghiburkan orang ramai menerusi gabungan elemen seram, humor dan penceritaan penuh emosi yang diinspirasikan daripada kisah-kisah seram yang disampaikan oleh masyarakat di Asia Tenggara.
Pendekatan segar ini dipuji ramai kerana berjaya memperkenalkan semula kisah-kisah tersebut kepada generasi muda dalam bentuk yang lebih moden, menghiburkan dan mudah diakses oleh pelbagai lapisan penonton.
Acara penuh misteri malam tadi dimulakan dengan sesi media eksklusif yang dihadiri wakil Astro bersama pasukan kreatif di sebalik Kisah Bawah Tanah; sebelum para tetamu dibawa ‘menyelusuri dunia bawah tanah’ menerusi pengalaman After-Party yang dibuka kepada umum.
Astro Terus Perkasa Animasi Tempatan
Menurut Ketua Pemasaran Kumpulan Astro, Benjamin Woo, pihaknya berbangga melihat perkembangan Kisah Bawah Tanah yang kini berkembang melangkaui dunia animasi.
“Astro berbangga untuk memperkasakan Kisah Bawah Tanah (KBT) sebagai sebuah animasi tempatan pertama seumpamanya yang sedang mentakrif semula bagaimana cerita tempatan boleh dihidupkan dengan cara yang lebih segar dan kreatif.
“KBT membuktikan potensi luar biasa industri kreatif tempatan apabila para pencerita, artis dan inovator bergabung menghasilkan sesuatu yang unik dan memberi impak.
“Seiring usaha kami untuk terus memperkasakan harta intelek tempatan yang berani dan asli, Astro kekal komited dalam mengangkat animasi Malaysia serta penceritaan Asia Tenggara ke tahap yang lebih tinggi, menjangkau audiens baharu dan membuka lebih banyak ruang untuk bentuk ekspresi kreatif yang segar,” katanya.
Lebih daripada sekadar sebuah acara pelancaran, pengalaman imersif Kisah Bawah Tanah ini turut meraikan kekuatan industri kreatif Malaysia yang semakin berkembang serta komuniti peminat yang sentiasa menyokong animasi dan penceritaan tempatan.
Astro Sah Umum Kisah Bawah Tanah Part 2
Antara pengumuman paling dinantikan malam tadi adalah pengesahan bahawa Kisah Bawah Tanah bakal kembali dengan sambungan Part 2 yang menampilkan lapan episod baharu.
Bermula 8 Jun hingga 27 Julai 2026, siri sambungan ini dijangka membawa pengembaraan yang lebih besar, kemunculan makhluk yang lebih aneh serta pelbagai kekecohan baharu dari dunia bawah tanah.
Kolaborasi Istimewa Bersama ALPHA
Menambahkan lagi kemeriahan dunia KBT, Astro turut memperkenalkan kolaborasi khas bersama kumpulan lelaki popular, ALPHA.
Kolaborasi tersebut hadir menerusi visualizer eksklusif berinspirasikan Kisah Bawah Tanah untuk lagu mereka berjudul Burn It Down.
Visualizer berkenaan menampilkan karakter ikonik KBT seperti Sam, Zack dan Ina bersama beberapa lagi penghuni dunia bawah tanah yang menjadi kegemaran peminat. Gabungan ini sekali gus menyatukan identiti muzik ALPHA yang berani dan penuh tenaga dengan dunia KBT yang berwarna-warni serta sarat dengan elemen fantasi.
After-Party Imersif Bawa Peminat Selami Dunia KBT
Sambutan diteruskan menerusi Kisah Bawah Tanah After-Party yang membawa para jemputan dan orang ramai menyelami pengalaman bertemakan dunia bawah tanah secara lebih dekat.
Ruang acara diubah sepenuhnya dengan paparan visual LED 360 darjah, pameran instalasi bertemakan dunia bawah tanah, potongan karakter bersaiz besar dan ruang interaktif yang direka khas bagi menghidupkan suasana seram seperti yang dipaparkan dalam siri tersebut.
Sepanjang malam berlangsung, para pengunjung turut disajikan dengan persembahan secara langsung selain kemunculan khas bakat tempatan seperti Nadhir Nasar, Auddra, Qi Razali dan ramai lagi.
Turut mencuri perhatian adalah persembahan eksklusif daripada ALPHA serta set DJ bertenaga dalam suasana meriah berterusan.
Sokongan Jenama Tempatan Meriahkan #SupportLokal
Pengalaman imersif Astro Jom Turun Underground turut mendapat sokongan daripada pelbagai jenama tempatan yang membawa rasa, tenaga dan pengalaman tersendiri sepanjang acara berlangsung.
Mengangkat semangat #SupportLokal, setiap jenama tampil dengan sajian dan aktiviti eksklusif yang direka khas untuk para tetamu, sekali gus menambahkan lagi kemeriahan malam tersebut.
Dengan pengumuman Kisah Bawah Tanah Part 2 serta sokongan berterusan daripada peminat dan para kolaborator, Kisah Bawah Tanah terus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara francais animasi tempatan paling menonjol dan berpengaruh di bawah Astro.
Jangan lupa saksikan Kisah Bawah Tanah Part 2 bermula 8 Jun hingga 27 Julai 2026, eksklusif di Astro One dan sooka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan wakil UiTM Puncak Alam berdepan tekanan besar untuk meneruskan legasi kejayaan universiti sambil memburu tempat ke peringkat akhir menerusi semangat berpasukan dan persediaan rapi.