Lontar Oren Hari Ini Untuk Cari Jodoh? Lihat 5 Kepercayaan Chap Goh Mei

Share

 

Walaupun Chap Goh Mei adalah sambutan kepercayaan rakan kita yang berbangsa Cina, tak salah untuk kita menghormati dan serba-sedikit mengetahui tentangnya.

Kan-kan..

 

Chap Goh Mei merupakan sebahagian daripada sambutan Tahun Baru Cina yang berlarutan selama 15 hari. Ia merupakan acara pengakhiran buat masyarakat berbangsa Cina dan selalunya akan diiringi dengan letupan mercun dan bunga api.

Siaplah korang! Hehe..

Anyway, selain daripada percikan bunga api, tak ramai yang tahu bahawa Chap Goh Mei juga disambut mereka sebagai perayaan Hari Kekasih. Wow, boleh dapat jodoh ke sis?

Ini dia 5 perkara menarik mengenai kepercayaan mereka pada hari ini.

 

01

Chap Goh Mei datang daripada dialek Hokkien yang bermaksud 10 (Chap), 5 (Goh) dan malam (Mei). Ini bermakna, Chap Goh Mei disambut pada hari kelima belas perayaan Tahun Baru Cina (hari ini!).

 

02

Mengikut mitos, ia dikaitkan dengan peristiwa 2 orang wanita bujang yang membuang buah oren ke dalam sungai dengan harapan untuk mendapat jodoh. Jangan pula korang borong oren sekotak pula!

Amboi…mentang-mentanglah mamat tu helok..

 

03

Bercakap tentang jodoh, perempuan bangsa Cina yang masih mengamalkan budaya Chap Goh Mei akan membuat hajat untuk mendapat calon suami yang baik.

Mereka akan menulis nama dan nombor telefon masing-masing di atas buah oren tadi sebelum mencampakkannya ke dalam tasik.

Si lelaki pula akan mengutip buah oren itu secara random.

Sejak kebelakangan ini, ada pula budaya lelaki menulis dan melontarkan pisang untuk dikutip oleh kaum perempuan. Pulak dah..

 

04

Sekali lagi, masyarakat Cina akan mengadakan makan besar bersama ahli keluarga selepas mengadakan upacara sembahyang. Antara hidangan wajib yang perlu ada ialah Yuan Xioa iaitu sejenis pencuci mulut yang diperbuat daripada beras pulut.

 

05

Kalau mengikut adat, mereka akan memasangkan lagu seperti Dondang Sayang di sepanjang jalan sambil memainkan instrumen seperti biola, gendang dan gong. Tetapi pada zaman sekarang, sukar untuk kita melihat ini di sekitar kejiranan kita, melainkan di bandar besar Melaka.

Di Pulau Pinang terutamanya, mereka akan mengadakan persembahan budaya Baba Nyonya, tarian singa atau naga, perarakan tanglung dan opera Cina.

Selamat Hari Chap Goh Mei kepada masyarakat Cina yang menyambutnya pada hari ini!

BACA: Cuti CNY Sudah Tamat Tapi Mengapa Masih Ada Bunga Api Besar-Besaran?

IKLAN