Setelah hampir empat hari meninggal dunia akibat serangan jantung di rumahnya. Anak kepada penyanyi legenda Elvis Presley, Lisa Marie, 54 tahun akhirnya akan disemadikan dan dikebumikan berhampiran tempat persemadian bapa dan anaknya di Graceland, estet milik keluarga Presley di Tennesse, Amerika Syarikat.
Anak tunggal “King of Rock ‘n’ Roll” itu meninggal dunia selepas mengalami serangan jantung di rumahnya pada Khamis. – Foto AP
Anak tunggal “King of Rock ‘n’ Roll”, Elvis Presley akan disemadikan di Graceland, bersebelahan dengan anak lelakinya, Ben,” kata wakil keluarga.
Untuk info, anak lelaki Presley, Benjamin Keough dilaporkan meninggal dunia pada Ogos 2020. Dalam salah satu catatan terakhirnya di media sosial, Presley berkongsi penulisannya untuk majalah People tentang kesedihannya selepas kematian Benjamin.
Benjamin Keough dan Lisa Marie Presley. COPETTI/PHOTOFAB/SHUTTERSTOCK
“Saya telah berhadapan dengan kematian, kesedihan dan kehilangan sejak berumur 9 tahun. Entah bagaimana, saya masih mampu meneruskan kehidupan sehingga kini.
“Kematian adalah sebahagian daripada kehidupan sama ada kita suka atau tidak, dan begitu juga kesedihan,” tulisnya.
Ads
Lisa Marie meninggalkan tiga anak perempuan iaitu Riley Keough, seorang pelakon, anak kembar kembar Finley dan Harper Lockwood serta ibunya, Priscilla, 77.
Menurut laman web Graceland, Elvis Presley membeli Graceland pada 1957 dengan harga AS$102,500 ketika dia berusia 22 tahun. Kemudian dia tinggal di sana sehingga kematiannya pada 16 Ogos 1977. Lisa Marie, anak perempuan tunggal legenda muzik itu baru berusia 9 tahun ketika itu.
Foto : RAY LASKOWITZ/GETTY Via People
Bapa Elvis Presley, Vernon Presley, telah dilantik pemegang amanah harta pusaka tanpa wasiat Elvis. Lisa Marie Presley menjadi waris tunggal pada usia 25 tahun pada 1 Februari 1993.
Ads
Malah, mendiang juga merupakan pewaris tunggal estet Graceland yang berkeluasan 17,500 kaki persegi itu. Rumah agam itu adalah yang kedua paling banyak dikunjungi di Amerika Syarikat, selepas White House.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bekas anggota kumpulan K-Pop terkenal NCT, Taeil atau pemilik nama sebenar Moon Taeil baru-baru ini dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun enam bulan oleh Mahkamah Daerah Pusat Seoul, pada Khamis selepas disabitkan bersalah atas kesalahan serangan seksual.
Dalam keputusan yang diumumkan, mahkamah turut mengarahkan Taeil yang kini berusia 31 tahun untuk ditahan serta-merta di mahkamah. Pada masa yang sama, dua rakan subahat yang terlibat dalam insiden itu turut menerima hukuman sama dan turut ditahan.
Sebelum ini, ketiga-tiga lelaki terbabit didakwa tanpa penahanan pada Mac lalu atas pertuduhan melakukan serangan seksual ke atas seorang wanita warganegara asing yang berada dalam keadaan mabuk di Seoul pada Jun tahun lalu.
Selain itu, mahkamah juga memerintahkan mereka menjalani program rawatan keganasan seksual selama 40 jam.
“Kesalahan ini sangat serius memandangkan mangsa ketika itu dalam keadaan mabuk dan tidak berdaya untuk melawan,” kata mahkamah dalam satu kenyataan.
Dalam sesi pendengaran sebelum ini, pihak pendakwa memohon agar ketiga-tiga tertuduh dijatuhi hukuman penjara selama tujuh tahun, namun mahkamah menjatuhkan hukuman separuh daripada tempoh yang dimohon.
Terdahulu, Taeil telah dibuang dari kumpulan NCT pada Ogos tahun lalu selepas beliau disoal siasat oleh pihak polis berhubung dakwaan kes serangan seksual tersebut.
Kes ini telah mengejutkan ramai peminat K-pop dan menimbulkan perdebatan hangat dalam kalangan netizen berkenaan isu kelakuan tidak senonoh oleh selebriti. Ramai yang meluahkan rasa kecewa terhadap kejadian ini di media sosial kerana mencemarkan imej industri hiburan Korea Selatan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Konsert Gegar Vaganza (GV11) minggu kedua baru-baru ini sekali lagi menyaksikan tiada penyingkiran dilakukan dan kesemua peserta layak ke minggu seterusnya.
Menerusi tema ‘Sama-Sama Naik’, bintang GV, Liza Aziz sekali lagi berjaya menduduki tangga pertama menerusi lagu ‘Wajah Siapa Dihatimu’ nyanyian asal oleh Azlina Aziz.
Selain itu, Dyrga Dadali turut kekal mendapat tempat kedua menerusi lagu Aishiteru dengan markah sebanyak 69.10%, sementara Sheila Abdull naik ke tangga ketiga (66.30%) selepas membawakan lagu nyanyian asal Mila Jirin ‘Persis Mutiara’.
Dalam pada itu, dua peserta GV11 iaitu The Lima dan Ning Baizura berkongsi markah 64.90% dan berjaya mendapat kedudukan di tempat keempat dan kelima dalam persembahan yang berlangsung di Auditorium MBSA, pada malam Ahad.
Bagi penyanyi Ronnie Hussein (48.40%) dan Arrora Salwa (46.00%) melalui saat mendebarkan hampir tersingkir apabila berada di tangga dua terbawah.
Sementara itu, untuk minggu ketiga, para peserta mendapat cabaran menerusi tema ‘Ceritera’ dimana mereka harus menyanyikan lagu yang berkait rapat dengan kisah perjalanan hidup mereka.
Gegar Vaganza 11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu, setiap Ahad.
Kesemua peserta yang masih kekal diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Zaman sekarang ni semuanya nak mudah dan paling penting, menjimatkan. Kalau ada sebarang kerosakan seboleh-bolehnya tak nak keluar duit langsung untuk memperbaikinya.
Selagi boleh jimat, guna saja apa yang ada. Yes, inilah yang dinamakan life hacks. Dah banyak video tutorial life hacks yang berjaya menyakinkan kita bahawa tak perlu keluar modal besar, semua benda pun boleh jadi asalkan kreatif.
Tapi bila dah terlebih kreatif, ada pula yang nampak pelik seperti gambar-gambar di bawah ini:
Alamak, kreatif sangat ni. Hiks!
Tak nak ruang duduk tu membazir rosak macam tu je, letak la kerusi lain. At least boleh juga la buat duduk kan
Wiper mahal sangat kot. Tu yang guna span..
Ok ini sesuai kalau buat time kenduri kahwin
Tak sempat pergi kedai betulkan side mirror, guna je la cermin solek
Hmmm..
Guna lampu bilik tidur pun boleh. Janji bercahaya. Hehe..
Okay ni kreatif, guna ganggang telefon je
Adoiiii, game console pun boleh ganti jadi handle basikal
Ok puas hati, semua orang boleh dapat angin kalau buat macam ni
Hmm, rasanya jam dinding Ikea tu murah je kan. Kenapa tak beli baru je?
Uishhh, gila kreatif
Kalau tak sejuk juga CPU tu tak tahu laa..
Hmm, nampak lebih selesa kan?
Memang nampak macam pelik, tapi kalau fikir semula ada juga relevannya untuk kegunaan harian. Cuma janganlah korang ikut sebab takut mengundang bahaya pula nanti. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!