
Pagi ini ramai pengguna Celcom yang mengeluh dikatakan gara-gara perkhidmatan internet mereka tidak boleh digunakan seawal pagi tadi.
Ramai pengguna di twitter meluahkan rasa marah dan kesal dengan servis yang diberikan oleh syarikat telekomunikasi tersebut.

Namun begitu, Celcom Axiata Berhad (Celcom) telah pun mengesahkan bahawa rangkain telekomunikasi syarikat mereka mengalami gangguan di seluruh negara susulan kerja-kerja penyelenggaraan sejak awal pagi tadi.

Gangguan ini dijangka dapat diselesaikan pada jam 10 pagi dan pihak Celcom juga memaklumkan sekiranya terdapat pengguna yang masih mengalami masalah sama selepas waktu berkenaan, mereka diminta berhubung langsung menerusi mesej dengan memberi nama penuh, nombor telefon dan lokasi semasa untuk bantuan lanjut.
Patutlah pagi tadi rakan sekerja kami mengeluh hanphonenya tak berbunyi dari semalam. Hmm!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ini Barulah Tahun 2020 Yang Kita Impi, KFC Guna ‘Food Truck’ Tanpa Pemandu Dan Operasi Sendiri

Ini bukan cerita mistik ye…hehe
Menuju ke zaman 5g, Teknologi baru 5G menjanjikan perubahan dalam hidup kita dengan menghubungkan berjuta-juta peranti dan membolehkan segala-galanya menjadi kenyataan daripada kereta tanpa pemandu hinggalah kepada rumah pintar.

Bahkan, ia boleh mengubah dunia yang sedang kita jalani ini.
Selangkah ke hadapan, KFC China pula melihat ada cara yang lebih baik untuk menjual produk makanan mereka di ‘jalanan’. Dengan teknologi 5G yang semakin meluas di China, trak mini tanpa pemandu (dikawal secara 5G) digunakan untuk menjual produk KFC di sekitar bandar Shanghai. Menarik, bukan?

Trak sajian ini merupakan hasil inovasi syarikat Neolix dan trak ini diperkasakan dengan sistem pemanduan autonomous tahap 4 dan dilengkapi sensor-sensor disekelilingnya bagi mengelakkan risiko kemalangan.
KFCの無人販売車があった。 pic.twitter.com/GyI661MlsR
— プーアル (@shanghaineko) November 17, 2020
Ia berfungsi dengan penggunaan tenaga bateri yang boleh membawanya sejauh 100km dengan kelajuan maksimum 50km/j. Pihak Neolix juga menjelaskan hanya 30 saat sahaja diperlukan untuk menggantikan bateri tanpa menggunakan sebarang peralatan.
Untuk korang yang ingin membeli KFC ini, hanya perlu berdiri berdekatan trak mini ini dan sensor-sensor akan bergerak balas untuk menghentikan pergerakan trak tersebut. Kemudian, pembayaran hanya boleh dibuat secara imbasan kod QR dan pintu akan dibuka untuk pelanggan mengambil sendiri makanan yang telah dibeli.
Wah, mudahnya!
Trak kecil Neolix ini adalah kenderaan smart yang dilihat bakal digunakan secara meluas di seluruh dunia tidak lama lagi. Walaupun comel, tetapi ia boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan.
Dalam usaha untuk mencapai status negara maju, mentaliti rakyat perlulah berubah dahulu. Semoga, satu hari nanti, Malaysia akan mencapai visi dan misi ini. Malaysia boleh!
Tapi bila agaknya KFC Malaysia akan jual ayam goreng macam ini?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Buku Tahunan Financial Times 2018 Bakal Disirikan, Tentang Rasuah & Skandal 1MDB

Masalah rasuah ternyata melangkaui sempadan agama, jantina dan latar belakang seseorang. Korang masih ingat lagi ke kes rasuah berprofil tinggi 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) yang berlaku pada tahun 2015 dan masih belum selesai sehingga kini?

Nampaknya cerita mengenai kes 1MDB yang melibatkan usahawan dan kini buruan utama Malaysia dan antarabangsa Jho Low dan bekas Perdana Menteri Malaysia bakal disiri dan diterbitkan. Pencipta House Of Cards Beau Willimon dan rakan penerbitnya di Westward, Jordan Tappis akan membuat siri yang berkisar mengenai skandal rasuah terbesar di Malaysia.
Menurut Hollywood Reporter. buku yang ditulis pada tahun 2018 oleh wartawan Wall Street Journal, Tom Wright dan Bradley Hope, Billion Dollar Whale menawarkan sudut pandang dalaman skandal terbesar pengubahan wang haram, kekayaan kaum elit, perbankan, Hollywood, dan politik.

Watak utamanya, sudah tentu Jho Low yang menjadi dalang kepada rompakan besar-besaran melibatkan USD$ 5 bilion. Malah, lelaki ini juga kini turut menjadi buruan antarabangsa termasuk Singapura, Luxembourg, Switzerland dan Amerika Syarikat.
Buku Billion Dollar Whale, ini juga menjadi buku terlaris New York Times dan dinamakan sebagai Buku Tahunan Financial Times 2018. Lebih setengah juta salinan berjaya dijual di seluruh dunia, termasuk lebih seratus ribu salinan berjaya dijual di Asia dan sehingga kini kekal sebagai buku terlaris.

Laporan Wright dan Hope mengenai aktiviti rasuah tersebut telah menyumbang kepada pendakwaan di seluruh dunia. Bukan itu sahaja, kes ini turut memain peranan penting dalam pilihan raya lalu, di mana bekas perdana menteri, Najib Razak tewas teruk dan didakwa di mahkamah.
ARTIKEL BERKAITAN : GEMPAR! Najib Jawap Semua Tuduhan Terhadapnya & Keluarga, Akui Beg Tangan Mewah Hadiah Kahwin Anak, Tiada Kaitan IMDB
“Di Westward kami tertarik dengan cerita yang mencerminkan kerumitan zaman yang kita hadapi, berpusat pada watak yang membingungkan dan mengejutkan,” kata Willimon dan Tappis dalam satu kenyataan. “Kami juga tertarik untuk menghidupkan cara inovatif bagi menghasilkan kerja dalam landskap hiburan yang berubah dengan cepat. Dengan David Henry Hwang menerajui, dan SK Global di pihak kami, projek ini membolehkan kami melakukan kedua-duanya.”
ARTIKEL BERKAITAN : Pernah Dibayar Lebih RM100k Oleh Jho Low, Ini Tip Badan Seksi Emily Ratajkowski
John Penotti dari SK Global, Charlie Corwin dan Marcy Ross akan berkhidmat sebagai penerbit eksekutif bersama Willimon dan Tappis dalam siri ini. Selain itu, bintang kelahiran Malaysia, Michelle Yeoh difahamkan bakal turut membarisi kerusi penerbit.
Rata-rata netizen menyatakan teruja dan tak sabar ingin tahu siapa para pelakonnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Bagi Tablet Macam Bagi Juadah Buka Puasa”, Syed Saddiq Curi Perhatian Warganet

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq sebelum ini pernah melakukan inisiatif bagi mengumpul dana untuk membeli tablet bagi memudahkan pelajar kurang berkemampuan di Muar. Inisiatif #ThunerBOLD itu dilancarkan pada 2 Februari lalu dan menerima sumbangan berjumlah RM196,668.
Inisiatif ini dijalankan bagi membantu pelajar kurang berkemampuan di Muar untuk mengikuti kelas dalam talian.

Terbaharu, Syed Saddiq telah memuat naik sebuah video di laman Twitternya dengan menjelaskan bahawa lebih 1,000 laptop dan tablet berkualiti telah diserahkan kepada masyarakat Muar yang tidak berkemampuan.
Rumah ke rumah untuk sampaikan tablet. Setakat ni dah 1000~ tablet sudah diedar.
Kadang-kadang sampai sesat cari rumah. Mujur ramai tolong tunjuk jalan. 😅
Bantulah pendidikan pelajar di Muar. Ramai lagi yang mohon, tetapi stok kita terhad. https://t.co/2O8OQK1EOg pic.twitter.com/QYvEU00Pra
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) June 28, 2021
1000+ Laptop & Tablet berkualiti bagi orang Muar❤️
Best pergi rumah-ke-rumah. Senang jumpa.
Please do give me feedback on what else i can do to serve better. Saya manusia yang tidak bebas dari buat kesilapan. pic.twitter.com/UDPNk3TnVl
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) June 28, 2021
Ahli Parlimen Muar ini sendiri turun padang untuk menyerahkan tablet tersebut dari rumah ke rumah dan menjelaskan ramai lagi yang memohon tetapi stok masih terhad.
Usaha YB ini mendapat perhatian warganet dan menyifatkan beliau tidak memerlukan satu pasukan yang besar sewaktu melakukan aktiviti penyerahan sumbangan tersebut.







Diharap lebih ramai lagi wakil rakyat yang turun padang bagi memberi bantuan kepada rakyat yang terjeas teruk akibat pandemik COVID-19.
Kami percaya masih ramai lagi yang memerlukan bantuan, sekiranya korang berkemampuan bolehlah menyalurkan sumbangan kepada badan-badan sah yang dilantik bagi tujuan tersebut.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

