Setiap kali tiba bulan Ramadan ramai yang mungkin tertanya-tanya bagaimanakah umat Islam lain di seluruh dunia menjalani ibadah Rukun Islam ketiga ini.
Kalau di negara kita jangka masa umat Islam berpuasa ialah lebih kurang 13 hingga 14 jam. Dan negara yang tempoh berpuasanya sama seperti negara kita ialah Singapura, Indonesia, Brunei dan Afrika Selatan.
Bagaimana pula jangka masa atau tempoh waktu puasa yang perlu dijalani oleh umat Islam di negara-negara lain?
Lima Negara Waktu Puasa Paling Lama
Menurut Al Jazeera, terdapat lima negara yang berpuasa melebihi 16 jam ke atas. Berikut adalah senarai negara tersebut;
Ads
1. Nuuk, Greenland
Di tangga pertama adalah Nuuk, Greenland. Penduduk beragama Islam di sini akan berpuasa selama 17 jam 52 minit dalam tempoh sehari.
2. Reykjavik, Iceland
Manakala kawasan kedua yang berpuasa paling lama pula adalah Reykjavik, Iceland. Di sini, penduduk Islam akan berpuasa selama 17 jam 25 minit sehari.
3. Helsinki, Finland
Helsinki di Finland menjadi kawasan ketiga berpuasa paling lama iaitu, 17 jam 9 minit dalam sehari.
Ads
4. Stockholm, Sweden
Di Stockholm, Sweden, penduduk beragama Islam perlu berpuasa selama 16 jam 47 minit.
5. Glasgow, Scotland
Seterusnya, Glasgow Scotland juga tergolong dalam lima negara berpuasa paling lama kerana umat Islam di sini perlu menahan lapar sehingga 16 jam 7 minit.
Pertama sekali, perbezaan dari segi kedudukan geografi dan jarak kedudukan dari garis waktu memainkan peranan yang menjadikan tempoh puasa itu berbeza dari sebuah tempat dengan yang lain.
Ads
Tahukah korang, Christchurch, New Zealand menjadi kawasan paling singkat berpuasa bagi Ramadan 2)24. Rata-rata penduduk beragama Islam di sini akan berpuasa selama 12 jam 42 minit sahaja.
Jadi bersyukurlah korang semua yang berpuasa di Malaysia. Sekurang-kurangnya tempoh masa puasa kita tidaklah lama seperti di beberapa buah negara Eropah.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Suatu ketika dahulu ketika Internet mula diperkenalkan dengan skala cukup besar majoritinya ia digunakan oleh golongan belia berusia 20 tahun ke atas.
Apatah lagi ketika era awal Internet masih tiada telefon pintar digunakan dengan cukup meluas ke hari ini. Malah bukan semua orang mampu memiliki komputer beribadi di rumah masing-masing.
Tapi senarionya kini berbeza. Capaian Internet boleh dikatakan diakses 24 jam sehari di mana-mana sahaja oleh semua peringkat. Dan mengikutkan trend terkini remaja dan kanak-kanak berusia 17 tahun ke bawah semakin ramai memiliki telefon pintar mereka sendiri.
Penggunaan tanpa sekatan dan pengawasan daripada golongan inilah yang sebenarnya membuatkan semakin ramai di antara mereka menjadi mangsa ketagihan Intenet dan juga permainan video secara talian.
Perkara inilah yang telah menarik perhatian Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye. Jelasnya, kerajaan kini sedang mengkaji modul-modul daripada Jepun dan Korea Selatan bagi membendung masalah ketagihan ‘game’ yang melanda rakyat negara ini terutamanya di kalangan remaja dan kanak-kanak.
Menurutnya, pihak kerjaan sedang mengkaji untuk melakukan sekatan Internet untuk golongan bawah 17 tahun selepas jam 12 malam hingga 6 pagi.
“Ada juga penyedia permainan video menyekat platform mereka kepada pengguna bawah 17 tahun untuk berada dalam permainan setajat satu hingga dua jam sahaja. Selepas itu ia akan offline secara automatik. Ini merupakan antara langkah yang sedang pihak kerjaan kaji supaya ketagihan permainan video ini dapat dikawal,” jelasnya di sesi Dewan Rakyat dua hari lalu.
Sebenarnya masalah ketagihan permainan video ini bukanlah satu perkara yang baru. Malah ia telah wujud sebelum permainan video di atas talian menjadi kegilaan seperti sekarang. Dahulu permainan video menerusi komputer dan konsol juga berdepan masalah yang sama.
Bagi REMAJA, sekatan Internet terhadap pengguna di bawah 17 tahun tidak akan dapat membendung masalah ini secara total. Malah, mungkin ia hanya memberikan kesan yang sangat minimal sahaja.
Ia lebih kepada pengawasan daripada penjaga dan juga orang lebih dewasa. Untuk mengatasi masalah ini sistem kekeluargaan perlu berfungsi dengan baik. Setiap perkara kalau diberikan kepada remaja dan kanak-kanak tanpa pengawasan memang akan boleh membuatkan mereka leka kerana pada usia inilah mereka mempunyai naluri untuk meneroka, mencabar diri dan mudah terleka.
Bagaimana pula dengan pendapat kamu? Adakah kamu setuju atau tidak sekatan seperti ini dilakukan?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak ada apa yang menghairankan sekarang jika seorang selebriti ‘terjun’ ke dalam bidang politik. Di negara jiran kita, Indonesia juga memperlihatkan penyanyi terkenal mereka Kris Dayanti kini menjadi Ahli Parlimen dan di Malaysia, Dira Abu Zahar juga merupakan selebriti pertama yang bergelar wakil rakyat.
Terbaharu, dua selebriti tempatan dikatakan bakal menghangatkan lagi pemilihan parti PKR apabila Hans Isaac dan penyanyi rap Altimet dikhabarkan telah mendaftar untuk bertanding jawatan ketua bahagian Ampang, kerusi yang pernah disandang oleh Ahli Parlimen, Zuraida Kamaruddin.
Menurut Malaysiakini, Hans dan Altimet dijangka berdepan enam yang lain, termasuk penyandang ketua bahagian Mohd Kamri Kamaruddin. Namun begitu, senarai itu masih belum muktamad kerana tempoh penamaan calon pemilihan PKR hanya dijadualkan berakhir tengah malam ini (12 Mac).
Hans sebelum ini menyertai PKR pada tahun 2020 dispekulasikan akan bertanding di kawasan parlimen Ampang pada pilihan raya umum (PRU) ke-15. Manakala, Altimet menyertai parti itu pada April tahun lalu bersama rakan selebriti, Afdlin Shauki.
Hans dan Altimet juga turut dilihat banyak melakukan kerja-kerja kebajikan seperti yang telah dimuat naik di laman media sosial. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi daripada dua selebriti ini sendiri.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ketidakstabilan politik di Britain akhirnya meletus apabila Liz Truss secara mengejut meletak jawatan walaupun baru enam minggu bergelar Perdana Menteri. Kegagalannya dalam mengadaptasi beberapa polisi serta dimalukan di dalam parlimen berkenaan kredibilitinya menjadikan dia bahan ketawa seluruh dunia.
Seiring dengan peletakan jawatan wanita berusia 47 tahun itu, Rishi Sunak yang sebelum ini merupakan Chancellor of the Exchequer ketika pemerintahan Boris Johnson telah dipilih sebagai Perdana Menteri Britain yang baharu.
Bersama kedua orang tua. Kredit foto Instagram Rishi Sunak
Jom kita kenali siapakah Perdana Menteri Britain yang baharu ini, berikut adalah 10 fakta tentang beliau.
Rishi Sunak baru sahaja berusia 42 tahun, dia dilahirkan pada 12 Mei 1980.
Merupakan jejaka keturunan Punjabi, ibu dan bapanya merupakan imigran dari Afrika Timur yang bermastautin ke Britain sekita tahun 1960an.
Rishi mengamalkan agama Hindu dalam kehidupannya.
Rishi mendapat pendidikan dalam jurusan filosofi, politik dan ekonomi di Lincoln College, Oxford.
Dia menyambung pengajian dalam jurusan Sarjana Pengurusan Perniagaan di Universiti Stanford apabila dikurniakan biasiswa Fullbright.
Rishi Sunak merupakan Perdana Menteri Britain yang pertama bukan berkulit putih.
Dia berkahwin dengan Akshata Murty pada 2009, mereka bertemu ketika sama-sama belajar di Universiti Stanford.
Isterinya seorang warganegara India merupakan anak kepada billionaire N. R. Narayana Murthy, pengasas syarikat teknologi.
Rishi Sunak dan isterinya memiliki kekayaan yang jauh lebih tinggi berbanding mendiang Queen Elizabeth II. Menurut Washington Post, mereka memiliki harta bernilai 730 juta pound.
Rishi Sunak memiliki dua orang cahaya mata perempuan yang dikenali sebagai Krishna dan Anoushka.
P/S – Malaysia juga bakal memperoleh Perdana Menteri ke-10 pada pilihan raya akan datang November ini. Namun jika dilihat pada usia calon Perdana Menteri dari setiap parti semuanya berada dalam lingkungan usia 60 ke 100 tahun.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dr Mohammed Taufiq Johari mencipta sejarah sebagai Menteri Belia dan Sukan termuda pada usia 29 tahun, menjadi inspirasi buat belia dan remaja Malaysia.