Semalam menandakan permulaan musim baharu program realiti The House yang dibawakan oleh saluran Astro Ria.
Jika sebelum ini, The House pernah menampilkan adik-beradik Maembong, keluarga Dato Seri Vida dan keluarga Rozita Che Wan.
Bagi musim keenam ini, The House membawakan kehidupan keluarga sosialit yang mungkin tidak sepopular keluarga selebriti lain di media massa namun cukup dikenali oleh peminat mereka di media sosial.
Pemilihan keluarga Ezurin Khyra pada kali ini telah mencetuskan perdebatan di media sosial sejak iklan acah pertama program tersebut dimuat naik di media sosial.
Ada yang beranggapan keluarga sosialit ini umpama keluarga ‘privileged’ yang merendah-rendahkan kehidupan golongan B40 kerana intipati program ini yang membawa mereka keluarga keluar dari zon selesa di bandar.
Tidak kurang juga sebilangan peminat Ezurin Khyra yang tidak sabar untuk melihat kehidupan beliau bersama lima orang anaknya itu, di sebalik foto dan video kehidupan mewah yang dimuat naik di media sosial.
Ads
Persoalannya, siapakah Ezurin Khyra dan lima orang putera dan puterinya ini? Dan mengapakah beliau mampu mencetuskan topik trending di Twitter sepanjang hari ini.
Ya, Ezurin pernah bergelar model sekaligus ikon fesyen sejak era 2000-an lagi. Namanya mula memuncak beberapa tahun kebelakangan ini di kalangan pengguna media sosial apabila kehidupannya yang penuh glamorous kerap dimuat naik untuk tontonan followers. Selalu terbang ke sana-sini mengelilingi dunia namun pada masa yang sama, cukup cekap menjaga lima orang anak terutamanya dalam bab pembelajaran.
Harga ilmu dan kasih sayang seorang ibu bagi Ezurin adalah lebih daripada harga kebendaan. Untung badan Tunku Aaman Khyra, Tunku Nadya Khyra, Tunku Imaan Khyra & Tunku Ooman Khyra (pasangan kembar tidak seiras) dan Tunku Rmaan Khyra.
Ramai pengguna media sosial yang seakan cannot have enough of watching their lives dan disebabkan itulah, Ezurin merupakan pilihan tepat bagi program The House musim ini.
Kata Ezurin kepada rakan media di Gempak baru-baru ini, walaupun kelima-lima orang anaknya dihantar ke United Kingsom untuk menuntut ilmu, Ezurin tetap menerapkan nilai-nilai keTimuran dalam diri mereka.
“Saya selalu ingatkan mereka tentang kepentingan sikap merendah diri tanpa mengira status. Tidak kira betapa istimewanya layanan yang diberikan kepada kita dalam masyarakat, kita harus merendah diri.
“Saya selalu beritahu dan mengajar mereka tentang adat-adat orang Melayu agar mereka dapat mengamalkannya,” tambahnya yang telah menjalani penggambaran program ini sejak Ogos lalu.
Menariknya, kami juga teruja untuk melihat Ezurin menukar gaya dan stailnya pada setiap episod nanti. Beliau sendiri mengaku telah membawa ‘selori’ pakaian untuk tujuan penggambaran. “Seperti kita makan beberapa kali dalam sehari, saya juga gemar menukar baju paling kurang empat kali sehari.
“Saya suka fesyen, saya rasa tidak lengkap sekiranya saya tidak tukar baju dalam sehari,” simpulnya. And that is just tiny bit of Ezurin Khyra for you.
*
Sebelum kita judge secara pra-matang, apa kata tonton dahulu program 10 episod – The House yang disiarkan setiap hari Rabu, pada jam 9 malam di saluran Astro RIA HD.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid akhirnya mengesahkan dia dan suami, Raf Yaakob bersetuju untuk bercerai atas sebab tiada lagi persefahaman.
Menerusi sebuah hantaran di Instastory, pelakon berusia 28 tahun itu memberitahu fokus utama mereka kini adalah memberi seluruh sokongan dan kasih sayang buat cahaya mata mereka.
“Kami berdua bersetuju untuk berpisah atas dasar tiada persefahaman. Raf dan saya kekal berhubungan baik. Fokus kami sekarang adalah memberi sokongan dan kasih sayang yang diperlukan oleh anak-anak kami.
“Kejayaan hubungan kekeluargaan bermula dari ibu bapa dan itu yang kami akan usahakan bersama biarpun tidak lagi berdua,” tulisnya.
Dalam hantaran sama, bekas peserta Dewi Remaja itu turut memohon agar tiada sebarang spekulasi yang sengaja dicipta selain meminta peminat mendoakan yang baik-baik buat mereka berdua.
“Kami berdua sedih dan sesal untuk berkongsi berita duka ini kepada kamu semua. Tetapi, ini adalah yang terbaik untuk kelangsungan hidup kami berdua.
“Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami berdua dan juga, untuk doa-doa yang baik. Itu amat bermakna untuk kami.
“Ini adalah kenyataan rasmi yang pertama dan terakhir dari kami. Harap semua pihak menghormati keputusan ini,” coretnya lagi.
Spekulasi pergolakkan rumah tangga mereka hangat diperkatakan selepas Mawar tidak lagi berhijab sekitar awal bulan lalu.
Menguatkan lagi dakwaan itu apabila dia dilihat bertindak memadam gambar bersama adik kepada penyanyi Datuk Fazley Yaakob itu.
Menerusi perkahwinan itu, pasangan tersebut telah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, Raden Seri Rosabella Cinta, dan Raden Seri Riyanna Sayang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Begitulah peribahasa yang sesuai digambarkan buat penyanyi, Syada Amzah yang menzahirkan rasa rindunya untuk berkumpul bersama ahli keluarganya, seperti sebelum ini.
Penyanyi berusia 26 tahun itu berkata, dia sangat menantikan momen untuk berkumpul bersama adik-beradiknya meskipun sedar perkara itu mungkin sukar untuk direalisasikan.
“Mustahil tidak sayang darah daging sendiri. Rindu seluruh keluarga saya.
“Bukan secara individu tetapi rindu berkumpul bersama semua walaupun perkara itu mustahil. Sayang semua,” katanya menerusi Instagram miliknya.
Video yang diulang siar daripada akaun TikTok ibunya, Fauziah Sarman, memaparkan beberapa foto zaman kanak-kanaknya bersama kakaknya yang juga penyanyi terkenal Shila Amzah, Syafiq dan Syahir.
Terdahulu, kemelut membabitkan keluarga Shila mengejutkan industri seni tanah air apabila penyanyi itu dikatakan bermasam muka dengan dua orang adiknya iaitu Syafiq dan Syada.
Antara isu yang menjadi perdebatan ahli keluarga tersebut adalah apabila Syafiq mendakwa Shila menghalau keluarganya keluar daripada rumah banglo didiami mereka yang terletak di Hulu Langat, Selangor.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
G-Dragon atau nama sebenarnya Kwon Ji Yong, 35, dalam satu kenyataan berkata, dakwaan itu tidak benar seperti dilaporkan berita, baru-baru ini.
“Tidak benar mengenai (dakwaan) saya mengambil dadah. Saya tidak ada kaitan dengan laporan berita mengenai perlanggaran Akta Kawal Narkotik dan sebagainya yang didedahkan media.
“Bagaimanapun kerana saya tahu ramai yang risau, saya akan bekerjasama lebih aktif dengan siasatan polis dan ikut serta secara tekun,” katanya.
Baru-baru ini, penyanyi terbabit dilaporkan dipanggil polis untuk kes membabitkan pengambilan dadah. Ia menimbulkan kerisauan dalam kalangan peminatnya.
Namun, polis menyatakan mereka tidak dapat berkongsi butiran lanjut kes itu kerana masih di bawah siasatan.
Polis juga menjelaskan kes terbabit tiada kaitan dengan kes pelakon, Lee Sun Kyun yang kini dalam siasatan berkaitan pengambilan dadah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO/ARTIKEL: Soompi
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!