Siri Kdrama yang makin hit dengan penyatuan Lee Dong Wook dan Yoo In Na, Touch Your Heart yang sudah menjangkau episod 6 ini pastinya membuatkan anda tak keruan dengan setiap adengan yang ditonjolkan.
Tidak dinafikan, elemen cliche terlalu banyak dalam drama siri ini, namun ia tidak sesekali hambar dan pasti senyuman di wajah anda tidak kelang walau seinci ketika menonton drama ini kan?
Rasa macam nak bercinta atau nak buat scene-scene romantis ni dengan pasangan kamu kan? Ini antara momen menarik yang akan membuatkan kamu terasa nak bercinta!
01
Sticky Note!
Pakai jelah Whatsapp! haha. Semua orang tahu akan Kwon Jung Rok yang dilakonkan oleh Lee Dong Wook, seorang peguam terkenal yang bersikap dingin dan jarang senyum. Namun setelah kemunculan setiausahanya Oh Yoon Seo yang periang dan manja, sikapnya makin berubah. Sehinggakan, setiausaha mengubah cara komunikasi mereka di pejabat dengan bertukar sitcky note! Pastinya, adengan begini yang di idamkan oleh gadis kan? Bertukar sticky note, dan menyimpan segala perbualan dengan pasangan. Tak perlulah bercinta dengan bos, tapi kalau bos kacak persis Lee Dong Wook, why not?
Siapa yang sedang dilamun cinta itu pasti tahu perasaan ni. Bak kata orang dulu-dulu, nak pikat lelaki kena pikat perut dia dulu. Daripada episod 5 ini, Oh Yoon Seo yang bangun awal pagi, dan masak untuk bosnya kerana mereka terpaksa berjalan jauh atas urusan kerja. Mungkin ada yang mengatakan adengan ini hanya bersifat fantasi, kerana realitinya gadis tidak segigih ini. Tapi, bila dilamun cinta, anything can happen! Sikap Oh Yoon Seo ini membuatkan lelaki lebih menghargai terhadap pasangan. Jadi, kalau yang belum pandai masak tu, dah boleh start tolong mak memasak dekat dapur kot. Senang nak masak untuk pasangan nanti.
Siapa tengok scene ni pasti akan teruja dan mengharapkan pasangan anda akan lakukan perkara yang sama kan? Kepada yang tak sempat dan belum tonton episod ini, ia berkaitan dengan nombor 2 tadi. Kwon Jung Rok dan Oh Yoon Seo yang sepatutnya ke penjara untuk menyelesaikan kes, singgah makan di sebuah taman. Asalnya, Kwon Jung Rok ingin ke restoran, namun kerana Oh Yeon Seo telah masak, jadi mereka makan bekalan yang dibawa oleh wanita itu.
Meskipun cuaca sejuk, Kwon Jung Rok tetap kekal makan bekalan di taman tersebut. Bukan setakat Oh Yoon Seo je tersentuh, mak cik-mak cik yang menontonnya pun pasti akan tersenyum sampai telinga. Manis tahap potong kaki!
Di awal episod 5, Oh Yeon Seo bangun pada waktu pagi dikejutkan dengan sebuah teks dari Kwon Jung Rok yang memberitahu setiausahanya bahawa dia masuk lewat ke pejabat atas urusan kerja. Tentulah, bila dah berkenan dengan seseorang, kita pasti akan ambil berat. Tapi, kalau bertepuk sebelah tangan pun tak boleh jugak kan? Dalam hal ni, Oh Yoon Seo beruntung kerana majikan merangkap Crush nya balas teksnya dengan kata-kata yang pasti akan membuatkan mana-mana wanita tak keruan. Nak macam ni? Doa banyak-banyak. hehe
Kalau dah dapat teman wanita atau teman lelaki yang sanggup membazirkan air mata untuk kamu, maka hargailah mereka. Bukan senang tau. Adengan ini terjadi apabila Kwon Jung Rok cedera akibat hentakkan di kepala. Walaupun hero dapat mengawal keadaan dengan menangkap individu yang mencederakannya, Oh Yoon Seo menangis teresak-esak kerana terkejut dan risau akan crush nya yang cedera itu. Siapa tak histeria bila orang yang kita sayang kena pukul depan mata kan? Satu je nak cakap, pandainya Yoon In Na menangis masa ni, nampak manja dan real. Rasa nak menangis sama-sama pulak.
Dan tentunya, perkembangan watak Kwon Jung Rok ini akan membawa kepada melindungi Oh Yoon Seo di mana episod akan datang, banyak konflik akan terjadi. Dari episod 3 lagi, majikan kepada Oh Yoon Seo ini telah mula menunjukkan concern nya terhadap wanita itu. Macam dalam lif ni, disebabkan Oh Yoon Seo menjerit ketakutan kerana tersekat dalam lif, Kwon Jung Rok mendekati wanita itu untuk menenangkannya. Alahai, cliche pun cliche lah, yang penting sweet. Nak macam ni, kena kerap naik lif dengan crush. Haha! Gurau je, scene macam ni, jarang-jarang jadi dalam kehidupan realiti. Teruskan berangan ye.
Sebenarnya banyak lagi adengan-adengan sweet dan menarik dari drama ini. Ramai yang mengatakan bahawa ini adalah kehidupan Grim Reaper dan Sunny setelah Goblin. Yelah, Touch Your Heart bukan saja mempunyai beberapa barisan pelakon dari Goblin, malah pihak produksi dan penulis skripnya juga dari drama Goblin. Kalau Kim Shin dan Eun Tak cameo pun macam menarik. Hiks.
REMAJA tak sabar nak tunggu episod 7. Daripada preview, Kwon Jung Rok dah mula jatuh hati pada Oh Yoon Seo. Mesti lagi banyak adengan lucu kan! Nah! bagi sikit momen terakhir episod 6 🙂
Persepsi orang kita “kulit cerah itu cantik manakala kulit gelap pula tidak menarik”.
Buktinya, kini tidak kira para gadis, wanita mahupun lelaki lebih cenderung menghabiskan wang ringgit melakukan rawatan pemutihan serta mengambil minuman tambahan agar berhasil mendapatkan kulit secerah awek Kpop. Paling merisaukan mereka ini tidak menghiraukan kesihatan diri dimasa akan datang.
Baru-baru ini, pelakon berbakat besar, Nabila Huda meluahkan kehairanan beliau apabila kebanyakan kaum wanita obses untuk memiliki warna kulit yang cerah berbanding sawo matang.
Menerusi ciapan dikongsikan di laman Twitter, pemilik nama Nabila Huda Suhaimi berpendapat warna kulit asli wanita Melayu adalah cantik dan unik.
“Kenapa ramai perempuan Melayu tak suka warna kulit sendiri? Ramai yang obses nak berkulit putih?”ciapnya.
Anak kepada penyanyi lagenda, Amy Search ini turut berkata, setiap wanita berkulit sawo matang seharusnya berbangga kerana warna berkenaan sangatlah ‘seksi’ dan mempunyai daya tarikan sendiri.
‘Beauty Standard’ Asia
Rata-rata warganet meninggalkan komen bersetuju dengan pandangan Nabila Hu dengan mengatakan kulit asli setiap wanita Melayu adalah cantik. Malah, mereka turut berkongsi pengalaman dan pendapat bahawa ada pihak meletakkan aras kecantikan seseorang wanita perlulah memiliki kulit cerah, barulah dikategorikan sebagai cantik.
Sebelum ini, Nabila Huda berbangga kerana tidak pernah mengambil sebarang pil pencerahan kulit meskipun bergelar seorang anak seni. Malah, beliau, menyatakan dia bangga dan bersyukur memiliki kulit yang sempurna, sawo matang kerana ia melambangkan ciri-ciri seorang wanita Melayu terakhir.
Tengok, kulit semulajadi dan gelap pun cantik tau…
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Meskipun 2 hari telah berlalu sejak insiden anak kapal Dayang Topaz meninggal dunia, rata-rata netizen Malaysia masih berduka dengan berita tersebut.
Dalam insiden di Kuala Baram, Miri Sarawak itu, dua orang kru warganegara Malaysia disahkan telah meninggal dunia setelah kapal penyelenggara, Dayang Topaz karam akibat cuaca buruk di sana.
Salah satu sauhnya terputus sehingga menyebabkan ia hilang kawalan dan melangar sebuah pelantar minyak yang berada berhampiran.
Dalam pada itu, 173 orang daripada 185 kru kapal Dayang Topaz telah selamat dibawa ke jeti Pelabuhan Miri.
Kerjaya sebagai seorang anak kapal dalam industri minyak & gas – atau dalam bahasa glamornya, petugas offshore – sememangnya mempunyai risiko yang tinggi.
Walaupun kerjaya ini menawarkan gaji lumayan sehingga boleh mencecah RM7,000 ke atas, kesusahan dan cabaran yang perlu mereka hadapi pada setiap hari tidak selalu diketahui oleh orang awam. Itu belum lagi kepayahan perlu berjauhan dengan ahli keluarga dan orang tersayang.
Susulan insiden Dayang Topaz, seorang pemilik akaun Twitter @faizalsani12 telah berkongsi contoh situasi berisiko yang perlu dihadapi petugas offshore. Setinggi gaji mereka, kadangkala tinggi lagi ombak di lautan.
Memang padan lah diorang ni dibayar gaji tinggi kalau macam ni risiko kerja yang diorang kena hadap pic.twitter.com/CRinc6TsQF
Rata-rata netizen berkongsi pendapat mereka mengenai pekerjaan ini.
Teringin sangat nak ‘naik offshore’
Kejadian ombak besar satu perkara normal
Petugas selalu akan hargai kehidupan
Kalau bad weather memang semua cuak sebab ombak boleh buat platform 8 kaki bergoyang angin pn boleh buat orang terbang,tapi kalau weather cantik kau nampak laa cantik nya ciptaan Allah ✨ pic.twitter.com/FyT8g8Jozs
Pelakon kacak, Idris Khan, baru-baru ini mencuri perhatian netizen apabila tampil dengan kenyataan berani mengenai trend pemakaian kanta lekap berwarna. Menurutnya, gadis Melayu jauh lebih menawan apabila mengekalkan kecantikan semula jadi tanpa perlu bergantung pada contact lenses berwarna.
Cantik Itu Bila Kekal Asli
Menerusi satu hantaran di Threads, Idris, 36, menjelaskan dia tidak berniat untuk menghakimi sesiapa, sebaliknya hanya berkongsi pemerhatiannya sebagai seorang lelaki.
“Sekadar berkongsi, jangan ada yang marah atau terasa. Tapi bagi saya, ada gadis Melayu yang sebenarnya kelihatan jauh lebih cantik dan menawan tanpa memakai contact lenses berwarna,” tulisnya.
Menurut aktor itu lagi, kecantikan sebenar terpancar bila seseorang yakin dengan wajah dan diri sendiri, bukan daripada aksesori kecantikan luaran semata-mata.
Pesanan Dari Hati
Idris turut menekankan bahawa dirinya bukanlah jenis yang suka menghakimi. “Anda semua tetap cantik walau bagaimana sekali pun, cuma saya rasa lebih indah bila kecantikan asli itu dipelihara,” ujarnya dengan ikhlas.
Tambahnya, pandangan ini seharusnya diterima daripada sudut positif. Bagi Idris, setiap gadis mempunyai keunikan tersendiri yang lebih menawan jika dikekalkan seadanya.
Inspirasi Untuk Remaja
Buat pembaca remaja khususnya gadis muda, mesej Idris ini boleh dijadikan motivasi. Trend kecantikan memang berubah mengikut masa, tetapi keyakinan diri adalah sesuatu yang kekal. Senyuman asli, personaliti menarik dan aura positif adalah kecantikan sebenar yang tak mampu digantikan walau dengan warna mata biru, hijau atau kelabu.
Tak perlu jadi orang lain untuk kelihatan cantik. Jadi diri sendiri, kekalkan keaslian, kerana itulah yang menjadikan gadis Melayu sentiasa menawan di mata semua.