Insiden kehilangan pesawat Sriwijaya Air SJY 182 dari radar yang dilaporkan semalam oleh media Indonesia telah mengejutkan ramai pihak memandangkan insiden yang melibatkan pesawat Malaysia Airlines MH370 masih lagi dirasai oleh penduduk di rantau Asia Tenggara.
Begitu juga dengan tragedi yang menipa pesawat AirAsia QZ8501 yang terhempas pada tahun 2014.
Hari ini, berita penemuan serpihan dan badan pesawat telahpun diterima selepas operasi pencarian mula dilakukan sejak semalam. Ini merupakan 3 info baharu yang diterima oleh pihak media.
Faktor cuaca buruk bukan saja melanda Malaysia malahan negara jiran termasuk Indonesia. Pesawat Sriwijaya Air SJY 182 yang dijadualkan berlepas dari Bandara Soekarno Hatta di Jakarta telah berlepas 30 minit selepas waktu yang ditetapkan.
Pasukan mencari di Basarnas mula menerima berita kehilangan pesawat Sriwijaya Air SJY 182 dari radar penerbangan pada jam 2.55 petang. Usaha pencarian bermula pada jam 5.00 petang di lokasi yang terhempas sekitar Pulau Laki dan Pulau Lancang, di kawasang peraiaran Kepulauan Seribu.
Ads
Di antara jentera yang mengikuti pencarian itu adalah kapal selam Basarnas, empat kapal perang milik TNI AL, beberapa kapal Republik Indonesia (KRI) dan enam buah kapal Polair.
Sehingga kini, sebahagian bangkai pesawat Sriwijaya Air SJY 182 dan kepingan logam terapung telah ditemui oleh pasukan penyelam tentera Indonesia di Laut Jawa pada kedalaman 23 meter pada hari ini. Usaha itu dibantu apabila kadar penglihatan di dalam air adalah baik.
Pada tengah hari tadi, media Indonesia melaporkan bahawa sejumlah cebisan badan mayat penumpang pesawat telahpun ditemui oleh pasukan pencarian di sekitar kawasan yang dikenal pasti, kira-kira jam 9.45 pagi ini.
Cebisan mayat yang ditemui itu berada di bahagian belakang badan pesawat. Kesemuanya dibawa ke Jakarta International Container Terminal (JICT) 2 Pelabuhan Tanjung Priuk Jakarta untuk disiasat.
*
Menerusi Twitter, syarikat pengeluar pesawat Boeing berkata bahawa pihak mereka sedang mengumpulkan maklumat berkaitan insiden ini dan mendoakan kesejahteraan anak kapal, penumpang serta keluarga mereka.
Boeing juga sedang berhubung dengan pelanggan syarikat penerbangan mereka dan bersedia menyokong mereka pada masa yang sukar ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hanya individu yang sayang dan 'gila' kucing sahaja faham bila mereka melihat mana-mana kucing yang telah mati, lebih-lebih lagi dilanggar kenderaan.
Viral di laman twitter apabila perkongsian daripada @rimaulah2615 mendapat perhatian netizen kerana lelaki ini mengalami kesedihan yang teruk bila mana kucing kesayangannya mati di rumah.
Tengah kerja, along datang panggil teriak nama, my brother show my cat already dead a few hours sebab tak tahu.5 Years saya bela dia dari kecik sampai ke besar. I nvr cry like this before just for "Something" , maafkan abang, Amy sayang. pic.twitter.com/ewX1voZrAl
Menurutnya, kucing itu sudah dibela selama 5 tahun sejak kecil sampai besar dan dia juga mengakui bahawa dia tidak pernah menangis seteruk itu.
Tambah sedih lagi apabila dia turut berkongsi video terakhir bersama Amy (kucing) yang selalu menunggunya ketika pulang kerja. Amy juga menjadi satu-satunya kucing yang dimandikan apabila nyawanya sudah tidak ada lagi dan jelasnya, dia akan datang menziarahi pusara Amy serta menanam pokok di atas pusaranya.
This is last video me with Amy, she waiting for me back from work, and masuk rumah sama-sama bila dengar bunyi ekzos motor. Amy sayang :'( pic.twitter.com/AKPSKWIG6Z
Ramai yang turut bersimpati dan memahami apa yang dirasai oleh pemuda tersebut.
Sudah tentu banyak kenangan yang dilalui bersama kucing kesayangannya ini. Kami harap agar brother ni kuat untuk mengharungi hari-hari akan datang tanpa kucing tersayang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Susah sebenarnya untuk kita nak puaskan hati semua pihak apatah lagi dalam perkara subjektif seperti rekaan logo.
Namun, logo rasmi Sukan Olimpik Paris 2024 yang ditayangkan malam ini di upacara penutup Sukan Olimpik Tokyo 2020 kembali mencetuskan perdebatan di kalangan penonton seluruh dunia.
Sempena segmen memperkenalkan kota Paris, Perancis selaku tuan rumah Sukan Olimpik seterusnya tiga tahun dari sekarang, ramai tertanya apakah simbolik di sebalik siluet wajah seorang wanita ini. Ia sebenarnya lebih daripada sekadar gambaran kepala ‘seorang wanita’ saja tau.
Ia menggambarkan bulatan pingat emas, obor Olimpik di dalamnya dan sepasang bibir serta rambut ‘Marianne’ yang menjadi personifikasi republik Perancis sejak revolusi 1789; seperti yang pernah diumumkan sewaktu logo ini diperkenalkan dalam sidang media pada tahun 2019.
Malah, logo yang sama juga akan digunakan untuk edisi Sukan Paralimpik Paris 2024; sesuatu yang jarang sekali dilakukan. Selalunya, logo rasmi Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik akan tampil berbeza dengan elemen yang sama, kan? Tapi tidak di Paris 2024. Bagi pihak penganjur, mereka merasakan lebih ideal untuk menyama ratakan para atlet daripada kedua-dua edisi ini.
Sayangnya, ramai yang mempertikaikan logo tersebut walaupun penjelasan mengenai telah diberikan. Ia juga dianggap mirip logo aplikasi mencari jodoh! OMG.
Guys, penukaran logo dalam Sukan Olimpik sebenarnya adalah perkara biasa bagi mana-mana pihak penganjur. Dari edisi Athens 2004 hinggalah Paris 2024, kesemua edisi ini telah menukar logo asal kepada sesuatu yang berbeza. Cer tengok, logo rasmi mana satu korang rasakan lebih baik daripada logo asal?
Athens 2004
Beijing 2008
London 2012
Rio 2016
Paris 2024
Apapun, dalam banyak-banyak logo, penulis tetap rasakan logo rasmi Tokyo 2020 istimewa di hati kita semua.
Logo asalnya ditukar kepada logo kedua yang artistik dan minimal; bersesuaian dengan estatik Jepun. Namun ia terpaksa ditarik balik berikutan dakwaan plagiarisme oleh Theatre de Liege, Belgium. Logo terakhirnya menjadi simbolik perpaduan terutamanya semasa pandemik.
Isu logo Paris 2024 ini mengingatkan penulis kepada isu logo di negara kita sendiri sempena tahun melawat Malaysia pada tahun 2020.
Salah satu bangunan bersejarah bagi umat Islam ialah Masjid Besar Cordoba. Masjid tersebut sebenarnya telah dinobatkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1984.
Tidak dinafikan, bangunan Masjid Besar Cordoba yang dibina antara abad kelapan dan ke-10 ini mempunyai sejarah yang menarik, daya tarikan seni bina yang unik dan menawan, kerana dibina di atas tanah bekas gereja.
Masjid Besar Cordoba dilaporkan menerima lebih dua juta pengunjung tahunan dan akibat menerima pengunjung dan pelancong tahunan yang tidak terkawal. Lapor Arab News, masjid itu berdepan masalah pemeluwapan akibat jutaan pelancong yang mengunjungi monumen tersebut pada setiap tahun.
Keadaan kritikal monumen itu didedahkan dalam satu laporan yang dikemukakan kepada kerajaan.
Laporan itu turut mendapati pemeluwapan merosakkan beberapa bahagian utama masjid tersebut. Pemeluwapan didapati merosakkan mihrab ikonik masjid itu yang menghadap ke arah Makkah
Foto : Masjid BesarCordoba, Sepanyol.(PIXABAY)
“Masalah itu berlaku disebabkan oleh konfigurasi seni bina khas ruang dan pengudaraan yang tidak mencukupi.
“Haba dalam badan yang dikeluarkan pelancong menyebabkan kerosakan. Penyejatan itu menyebabkan beberapa bahagian terjejas sekali gus menyumbang kepada kerosakan tersebut,” jelas laporan itu.
Untuk info, Masjid Cordoba yang dibina semasa kerajaan Islam menguasai Sepanyol khasnya wilayah Cordoba. Tapak asal binaan itu pada asalnya merupakan sebuah gereja orang Visigoth yang dibeli oleh Abdul Rahman 1 selepas dia dan tenteranya menguasai wilayah tersebut.