Lets! Pameran Marvel Akan Temui Peminat Di Kuala Lumpur 4 HARI LAGI

Share

OKAY SAH! IT IS HERE..

 

Bagi semua peminat Marvel Cinematic Universe (MCU) atau sesiapa yang pernah menonton filem keluaran Marvel Studios (which is like, er, everyone!), korang tak boleh lepaskan peluang keemasan ini.

Peluang apa?

Bermula 28 Jun (Jumaat) ini, sebuah pameran yang dicipta khas untuk peminat MCU bakal menemui kita semua di Kuala Lumpur. Julung-julung kali diadakan di Malaysia, pameran yang dinamakan Marvel Studios: Ten Years of Heroes ini adalah untuk meraikan ulang tahun 10 tahun kemunculan filem-filem kegemaran korang ke skrin pawagam.

Ia bukan saja akan menghimpunkan kesemua karakter utama MCU seperti pameran patung (mannequin) yang lain okay.

Pameran ini akan bersifat interaktif dengan para pengunjung, membawa semula kita ke semua babak menarik filem-filem Marvel sepanjang tempoh sedekad lepas dan mempunyai prop filem sebenar, kostum dan banyak lagi barangan istimewa yang diperoleh daripada pembikinan filem.

Antara tarikan lain yang REMAJA tak sabar hendak saksikan adalah 10 buah galeri yang menceritakan kisah superheroes kegemaran korang. Bermula Iron Man hinggalah Avengers: Endgame. Captain America, Thor, geng Guardians of the Galaxy, Black Panther, Ant-Man, Dr. Strange dan Captain Marvel – semuanya akan dipamerkan.

BACA#WayangRemaja – Menangi Tiket Tayangan Perdana “Spiderman: Far From Home”

Dah excited?

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan tiket di laman web Marvel Exhibition

bermula sekarang.

Pameran Marvel Studios: Ten Years of Heroes ini akan diadakan di Pavilion KL bermula Jumaat ini hingga 27 Oktober 2019. Namun jika korang menempah tiket sehingga 7 Julai 2019, korang layak untuk mendapat harga promosi sebanyak 10% seperti di bawah:

 

Jumpa di sana!

 

IKLAN