Letak Minyak Brek Motor Pada Gigi, Akibatnya Lelaki Ini Masuk ICU Muka Penuh Nanah

Share

Ini mungkin kes pertama kali didengari. Mungkin kurang memahami bahaya minyak brek motor yang tidak sesuai diletakkan pada gigi yang sakit, namun inilah risiko dihadapi seorang lelaki apabila mukanya bengkak dan giginya dipenuhi nanah yang banyak. Lebih menakutkan dirinya ditempatkan di Unit Rawatan Rapi selepas keadaannya amat kritikal kerana nanah sudah memasuki otaknya.

Baca perkongsian dari FB Happy Wee yang bertugas di Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial di Kementerian Kesihatan Malaysia

Muka lelaki ini bengkak gara-gara letak minyak brek motor pada gigi yang sakit

Inilah kisah benar sakit gigi letak minyak brek motor. Sampai masuk ICU.
Consent untuk health promotion and awareness diambil dan pesakit memberi kebenaran untuk post di media social untuk KESEDARAN semua rakyat Malaysia begitu bahayanya penyakit pergigian yang tidak di rawat dengan betul. Dia kata banyak orang tak tahu gigi pun boleh jadi macam ni.

Begini ceritanya.
Encik ini sakit gigi dah bertahun, tapi awal tahun ni sakit semakin teruk. Jadi letaklah dia minyak brek motor. Kali pertama, sakit tu hilang. Selepas beberapa minggu berlalu, sakit pulak gigi geraham atas tu, sekali lagi dia letak minyak brek. Tapi tak berkesan, gusi pun bengkak. Mungkin takut kepada doktor gigi, encik ni pergi jumpa doktor perubatan. Doktor bagi ubat tahan sakit dan antibiotik.

Inilah gigi yang rosak dan diletakkan minyak brek motor sehingga jadi jangkitan
Muka jadi bengkak dan dipenuhi nanah sehingga memaksa lelaki ini dimasukkan ke ICU

Selama seminggu makan ubat, tak berkesan (antibiotic resistant?) bengkak semakin membesar, selama 4 hari simpan dan tak tahan, baru encik ini pergi jumpa doktor gigi.

Masa itu muka bengkak macam dua biji kepala dah. Kita panggil facial cellulitis. Dengan segera doktor gigi refer kepada HRPZ II untuk emergency kes encik ni.

Masuk wad hari kedua, bengkak semakin besar, nanah penuh dalam muka. Jadi kita decide untuk cabut gigi dan buat incision and drainage (keluarkan nanah). Banyak nanah keluar weh.Hmmmm

Dengan malangnya, hari ketiga, nanah yang berlebihan sudah sampai ke sistem saraf dan OTAk. Keadan encik ni semakin teruk, dengan segera refer pakar pakar department lain, akhirnya pesakit ni di masuk ICU dengan diagnosa septic encephalopathy.

Jangkitan yg boleh membawa kematian weh.Don play play.  Hmmmm. Stres sangat team OMFS/ DENTAL sebab jangkitan kuman encik ni.

Hari yang sama, pesakit ditolak ke dewan bedah untuk keluarkan nanah yang berlebihan. Fuhh, masih banyak lagi keluar.

Selama seminggu di ICU, keadaan encik ni semakin pulih. Ditolak ke ward biasa.Begitulah ceritanya, say post di sini untuk Kesedaran kawan kawan sekalian, kena buat routine check up pergigian 6 bulan sekali. Gigi yag rosak perlu rawatan yang betul dibuat oleh doktor gigi yang bertauliah.

Sama jugak kes FAKE BRACES dan teeth whitening, gigi palsu, kena buat dengan doktor gigi bertauliah. Kalau tak habis semua gigi anda.

KESEDARAN ITU PENTING. Jangan menyesal apabila terlambat.

 

 

IKLAN