Usia baru 12 tahun, namun pencapaiannya sudah bertaraf dunia! Pelumba BMX Flatland cilik negara, Ayden ‘BamBam’ Flatlander sekali lagi mencuri perhatian apabila berjaya merangkul pingat perak dalam acara BMX Flatland Junior Boys di kejohanan FISE BMX Freestyle World Cup Shanghai 2026, China.
Kejayaan membanggakan itu membuktikan usia bukan penghalang buat atlet muda berbakat besar ini untuk bersaing di pentas antarabangsa, sekali gus mengharumkan nama Malaysia dalam sukan BMX Freestyle.
Lebih manis, pencapaian tersebut hadir selepas Ayden terlebih dahulu mencipta sensasi apabila meraih pingat emas dalam acara BMX Flatland pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026.
Daripada pentas SUKMA ke kejohanan bertaraf dunia, perjalanan Ayden nyata memperlihatkan perkembangan positif serta potensi besarnya untuk terus menyerlah dalam sukan ekstrem berkenaan.
Ayden BamBam Dedikasi Kejayaan Buat Ibu Bapa Dan Penyokong
Berkongsi kegembiraan menerusi hantaran di media sosial, Ayden meluahkan rasa syukur atas kejayaan menduduki tempat kedua dalam pertandingan tersebut.
Malah, atlet muda itu turut mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan kepada kedua-dua ibu bapanya serta individu yang sentiasa memberikan sokongan sepanjang perjalanan karier sukannya.
“Alhamdulillah! Berjaya meraih tempat kedua dalam acara BMX Flatland Junior Boys di FISE BMX Freestyle World Cup Shanghai 2026!
Ads
“Terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu dan ayah atas segala-galanya, serta semua yang mempercayai dan menyokong perjalanan saya selama ini.
“Kejayaan ini saya dedikasikan buat anda semua!” kongsinya.
Dalam hantaran sama, Ayden turut menzahirkan semangat cintakan negara dengan menyertakan Jalur Gemilang sebagai simbol kebanggaannya mewakili Malaysia.
Bintang Cilik BMX Negara Yang Wajar Diberi Perhatian
Untuk rekod, BMX Flatland merupakan salah satu disiplin sukan BMX Freestyle yang menuntut pelumba melakukan pelbagai aksi teknikal, imbangan badan dan kawalan basikal di atas permukaan rata.
Ads
Berbeza dengan acara BMX yang melibatkan lompatan atau perlumbaan di trek, disiplin ini memerlukan tahap kreativiti, ketepatan serta koordinasi badan yang tinggi bagi menghasilkan rangkaian aksi yang lancar.
Setiap aksi yang dipersembahkan memerlukan kawalan basikal yang teliti, selain keupayaan pelumba untuk mengekalkan keseimbangan badan ketika melakukan pergerakan yang mencabar.
Dalam pertandingan BMX Flatland, aspek seperti kesukaran teknik, kreativiti, kelancaran persembahan dan kawalan basikal turut memainkan peranan penting dalam penilaian keseluruhan.
Justeru, kejayaan Ayden meraih tempat kedua di pentas antarabangsa pada usia semuda 12 tahun pastinya menjadi satu pencapaian yang cukup bermakna dalam perjalanan kariernya.
Ayden BamBam Terus Cipta Kejayaan Dari SUKMA Ke Shanghai
Dengan kejayaan meraih emas di SUKMA 2026 dan kini perak di Shanghai, Ayden dilihat mempunyai masa depan yang cerah untuk terus mengembangkan bakatnya dalam arena BMX Flatland.
Kedua-dua pencapaian ini juga memperlihatkan kemampuan atlet muda negara untuk menyerlah dalam pertandingan berbeza, daripada temasya sukan peringkat kebangsaan sehinggalah kejohanan antarabangsa.
Bagi seorang pelumba yang masih berada pada usia awal remaja, pengalaman menyertai pertandingan besar pastinya menjadi bekalan berharga untuk meningkatkan keyakinan diri serta memperkukuh kemahiran dalam sukan berkenaan.
Lebih membanggakan, kejayaan Ayden BamBam turut memberikan gambaran positif terhadap potensi bakat muda Malaysia dalam sukan ekstrem yang semakin mendapat perhatian peminat di seluruh dunia.
Pencapaian seumpama ini juga diharapkan dapat memberikan inspirasi kepada lebih ramai kanak-kanak dan remaja untuk berani mencuba sukan BMX serta mengembangkan bakat masing-masing.
Tidak mustahil, dengan latihan berterusan, disiplin serta sokongan padu daripada keluarga dan pihak berkaitan, nama Ayden bakal terus menjadi sebutan dalam kalangan peminat sukan ekstrem di peringkat dunia.
Syabas Ayden! Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus mencipta lebih banyak pencapaian membanggakan buat Malaysia. 🇲🇾
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bila ditimpa ujian, ramai yang gagal mengawal emosi terutama apabila melibatkan kehilangan orang tersayang. Ramai bertanya-tanya di dalam hati, mengapa aku, kenapa keluargaku dan lain-lain. Ada ujian lebih kecil iaitu putus cinta di kalangan remaja namun mereka merasakan bebannya sangat berat.
Tahukah, ujian yang berlaku adalah tanda Allah sayang.
Rasulullah SAW bersabda, “Apabila Allah menyayangi seseorang hamba-Nya, Allah menguji dengan kesusahan sama ada pada diri, keluarga, anak mahupun pada harta supaya dibersihkan daripada dosanya. Sekiranya dosa masih ada, Allah akan membuatkan matinya menjadi susah supaya apabila bertemu Allah dalam keadaan tidak berdosa.”
Di sebalik kita sering berasa susah hati dengan setiap ujian yang menimpa hingga alami depresi (kemurungan) tahukah bahawa kekasih Allah, Rasulullah SAW tidak lari diuji biarpun diri Baginda adalah kekasih Allah dan pemberi syafaat kepada kita di hari akhirat kelak.
Jika Rasulullah yang dijanjikan syurga oleh Allah taala pun ditimpa ujian dengan kehilangan enam orang anak semasa hayatnya (kecuali Fatimah RA) yang meninggal selepas baginda wafat, adakah kita harus berputus asa dengan setiap ujian yang mendatang terutama bab kehilangan?
Bacalah kisah dikongsikan dalam fb Ustaz Azhar Idrus (original) tentang kisah Putera dan Puteri Baginda Rasulullah SAW. Semoga kita diberi kekuatan untuk menerima setiap ujian dengan rasa redha.
KENALI PUTERA & PUTERI RASULULLAH SAW
1. Al-Qasim bin Muhammad SAW. Ibunya adalah Khadijah. Rasulullah saw menggunakan nama Al-Qasim sebagi kunyah (gelaran) yaitu Abul Qasim. Usianya hanya 2 tahun dan merupakan anak Rasulullah saw yang paling awal meninggal dunia dan dikebumikan di Mekah.
2. Abdullah bin Muhammad SAW. Ibunya adalah Khadijah dan dilahirkan kemudian daripada diturunkan wahyu atas baginda. Meninggal dunia ketika masih menyusu.
3. Ibrahim bin Muhammad SAW. Ibunya adalah Mariah Al-Qibtiyah. Usianya hanya lebih kurang setahun setengah sahaja dan meninggal dunia pada tahun yang ke sepuluh hijrah dan dikebumikan di tanah perkuburan Baqi’.
Tersbut di dalam Sahih Bukhari ketika meninggal putera yang bernama Ibrahim ini Rasululllah saw bersabda : إنَّ له مُرْضِعًا في الجنَّة artinya : Sungguhnya bagi Ibrahim ibu yang menysusukannya di dalam syurga.
4. Zainab binti Muhammad SAW. Dialah anak Rasulullah yang paling sulung juga merupakan anak bagi Khadijah. Dan meninggal dunia ketika berusia dua puluh Sembilan tahun pada tahun ke lapan hijrah di mana Rasulullah SAW sendiri turun ke dalam kuburnya.
5. Ummu Kalthum binti Muhammad SAW yang ibunya juga adalah Khadijah. Ketika Ummu Kalthum dilahirkan usia Rasulullah saw ialah tiga puluh empat tahun. Beliau meninggal dunia pada tahun ke sembilan hijrah pada bulan Ramadhan.
6. Ruqayyah binti Muhammad SAW. Ibunya adalah Khadijah. Meninggal dunia pada awal tahun ke dua hijrah pada hari perang Badar ketika berusia dua puluh satu tahun dan dikebumikan di Madinah Al-Munawwarah.
7. Fatimah bin Muhammad SAW yang juga dilhairkan olih Khadijah. Ialah anak Rasulullah saw yang paling bungsu. Gelarannya ialah Fatimah Al-Zahra’. Digelar demikian kerana wajahnya sangat cantik dan berseri-seri kerana ada iras wajah Rasulullah saw. Meninggal dunia selepas enam bulan baginda saw wafat yaitu pada tahun ke sebelas hijrah. Ketika meninggal dunia Fatimah berusia dua puluh sembilan tahun dan Abu Bakkar As-Siddiq r.a. menyembahyangkang jenazahnya dan kuburnya di tanah perkuburan Baqi’.
Dalam kesemua putera dan puteri Rasulullah SAW hanya Fatimah seorang sahaja yang meninggal dunia ketika Rasulullah SAW telah wafat. Solatullah Wasalamuhu Ala Rasulillah saw wa alihi washabihi ajam'in.
Wallahua’lam.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pengorbanan seorang ibu tidak dapat diukur dan dibalas biar dengan segunung intan permata andai dihamparkan sekalipun. Itulah besarnya perumpamaan jasa seorang ibu dalam membesarkan anak-anaknya.
Seorang ibu pula amat bertuah jika anak yang dibesarkan tidak mengabaikannya dan sentiasa meletakkan dirinya sebagai perkara utama di dalam kehidupan.
Itulah yang boleh digambarkan dengan kehebatan kasih sayang pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat terhadap ibunya. Baru-baru ini menerusi satu hantaran di laman Instagram, Ayda ada memuat naik momen dia menghadiahkan sebuah rumah kepada ibunya.
Ayda bersama ibunya. Sumber Gambar: Instagram Ayda Jebat
Seperti yang disampaikan menerusi hantaran itu, “Bismillahirrahmanirrahim. Syukur alhamdulillah. Allah makbulkan doa saya. Rezeki dapat hadiahkan mama sebuah rumah.
Saya bagitau Nabil, ada benda saya kena capai sebelum saya kahwin. Inilah antaranya. Buat mama saya bahagia sebelum saya bahagiakan orang lain. Lega hati ni ya Allah.
Saya doakan semua dapat bahagiakan orang tua anda bukan saja dari harta benda, malahan banyak benda lain anda boleh berbakti untuk mereka. Semoga tercapai. Insyaallah..
Mama selalu call pesan ‘Kakak jangan kerja kuat sangat, kena rehat jugak.’ Ma, kerja keras saya tak sekuat pengorbanan mama jaga saya & adik-adik. I love you. I will always take care of you, walaupun saya dah kahwin nanti. Always and forever.”
Ayda mula menceburkan diri di dalam dunia seni apabila terpilih menjadi salah seorang peserta Akademi Fantasia musim ke-9. Kemudian Namanya semakin dikenali sebagai seorang pelakon dan kemudian mengukuhkan kedudukannya di dalam industry seni menerusi lagu-lagu juara carta seperti Pencuri Hati dan Temberang.
Ayda juga pernah beberapa kali menghiasi muka hadapan majalah Remaja sebelum ini.
Ayda Menghiasi Muka Hadapan Majalah Remaja Edisi Mac 2015.Ayda Bersama Harris Baba Menghiasi Muka Hadapan Majalah Remaja Edisi April 2016.
Semoga semakin murah rezeki Ayda selepas ini.
***P/S- Untuk remaja di luar sana, sentiasalah semat di dalam hati. Sikap mengutamakan ibu bapa dan membahagiakan mereka merupakan salah satu punca keberkatan di dalam hidup kita. Jika sudah bekerja kongsi sedikit rezeki bersama mereka, jika masih di sekolah atau universiti, rajin-rajinkan tangan menolong meringankan penat mereka dengan cara mengemas rumah atau pun bahagiakan mereka menerusi keputusan peperiksaan yang cemerlang.
Sumber: Instagram Ayda Jebat
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selain itu, dia juga mengakui kekurangan diri dan menganggap segala yang berlaku sebagai peluang untuk memperbaiki diri menjadi individu yang lebih baik.
“Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Sebagai seorang yang sudah mengakui kekurangan diri, tiada apa yang yang perlu dipertahankan. Segala apa yang berlaku saya akan menangani sampai waktu itu tiba.
“Saya orang yang jauh daripada sempurna yang nak belajar jadi baik. Sekiranya dapat putar balik masa, saya akan tarik balik daripada mengaibkan ibu kepada dua anak saya. Orang yang pernah hidup bersama dengan saya. Sekiranya perceraian ini berlaku, hak penjagaan ini akan diberikan kepada ibu, saya tidak akan melawan keputusan hak penjagaan itu.
“Apa yang saya mahukan ialah hak sebagai seorang bapa yang adil seperti melawat dan bermalam dengan anak-anak. Saya tidak mahu hubungan dengan anak-anak terputus atau terhalang,” katanya.
Pada masa sama, aktor kelahiran Singapura itu turut meminta agar masyarakat dapat mendoakan kebaikan buat dirinya sekeluarga dan berhenti mengeluarkan kenyataan negatif kepada dirinya.
“Saya harap semua akan doakan yang baik. Cakap yang baik. Fikir balik sama ada diri itu sempurna atau tidak sebelum menghukum orang lain. Memaki-hamun orang lain, keluarga orang lain dan keturunan orang lain,” tuturnya panjang.
Sebelum ini, Aliff dan pelakon Ruhainies ditangkap berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara pada 9 Mac lalu.
Aliff bagaimanapun enggan mencerikan Bella pada sebutan kedua kes tuntutan cerai pada 4 April atas alasan masih sayangkan isterinya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Penyanyi Indonesia, Lesti Kejora tampil menjernihkan keadaan susulan kontroversi melibatkan dakwaan seorang petugas keselamatan menegur anaknya dengan nada kasar ketika Konsert Gema Bumantara, baru-baru...