“Lena Tidur Gini”, Hanya Guna Katil Asrama Tapi Bilik Ala ‘Rimba Kecil’ Ni Cukup Rileks!

Share

Hijau sungguh ni. Tenang kepala masuk bilik!

Dah namanya trend, sudah tentu ia datang dan pergi. Begitu juga dengan trend dalam dekorasi dalaman rumah.

Baru-baru ini, perkongsian dari seorang lelaki, Muhd Shauqi di facebook menarik minat orang ramai apabila dia berkongsi suasana di dalam bilik tidurnya.

Memang ringkas dan tenang berada dalam bilik sebegini. Ditambah deko yang tidak terlalu sarat, sesuai dengan orang bujang, perkongsiannnya menarik minat untuk orang mengenalinya lebih lanjut kerana mahu mahu tahu tips bagaimana biliknya nampak kemas dan teratur.

Kalah bilik anak dara guys!

Tapi apa salahnya. Dengan berbuat demikian, rumah yang diduduki kita juga akan semakin cantik dan ia secara tidak langsung menambahkan lagi semangat kita untuk terus kekal positif apabila berada di dalam rumah.

Umpama berada dalam rimba yang penuh dengan elemen semulajadi

Menurut lelaki ini, beliau hanya mengunakan katil asrama sahaja dan transform kepada bunk bed. Jimat duit tapi ala ikea kan katil ni?

 

So korang, kalau nak bilik tampak kemas dan wow macam biliknya, apa paling penting ialah rajin dan kena ada kesungguhan. Bila kita ubah sikap, maka semuanya akan jadi.

Betul kan?

Sumber : Facebook Muhd Shauqi

 

 

IKLAN